Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Majlis Tahlil Ulangtahun Pemergian Allahyarham Sudirman ke-17



Pada 19 Februari lalu telah berlangsung majlis tahlil sempena memperingati ulangtahun pemergian Allahyarham Sudirman ke-17 di Restoran Puteri, Taman Tun Dr. Ismail anjuran Suria FM dan Kosmetik Leesa Formula.

Majlis tahlil yang berlangsung mulai pukul 6.30 petang itu turut disertai oleh lebih 30 rakan artis, Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin, penyampai Suria FM dan Pengarah Urusan Leesa Formula Sdn. Bhd., Che Mona Din beserta suami dan anak-anaknya.   

Antara selebriti yang hadir adalah Erra Fazira, Noniswara, Eira Syazira, Emma Akma, Bob AF, Khai AF, Didie AF, Rabbani, Alyah, Farah Ashikin, Ina Naim dan suami, Din Wahab, Rubiah Suparman, dan Habsah Hassan.

Menurut Engku Emran, ini merupakan kali pertama Suria FM menganjurkan majlis tahlil untuk arwah Sudirman dengan kerjasama Kosmetik Leesa Formula. 

“Selain itu, kita juga mengadakan majlis ini untuk mangsa Israel di Gaza dan mereka yang telah meninggal dunia termasuk arwah bapa Datuk Siti Nurhaliza. Kita mulakan majlis ini dengan solat Maghrib berjemaah, selepas itu membaca surah Yassin, solat Isyak, jamuan makan sekaligus dengan majlis beramah mesra antara tetamu yang hadir. Selepas kami memberitahu niat untuk membuat majlis ini, pihak Leesa Formula juga bersetuju dengan hal itu dan sudi menaja makanan untuk malam ini (semalam). Dengan bantuan Habsah Hassan yang dapat dengan keluarga arwah, alhamdulillah majlis pada malam ini berjalan dengan lancar.” – kredit Mstaronline

Tags: ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Majlis Tahlil Arwah Bapanya
  • Cetakan Semula Album Sudirman Aku Bukan Penghibur & Kul It
  • Rumah Allahyarham Sudirman Terbakar
  • BIO Channel Siar Bio. Beat: Sudirman Arshad
  • Lirik Lagu Sudirman – Bila Wajahmu Aku Bayangkan
  • Komposer Lagu Ku Pendam Sebuah Duka Meninggal Dunia
  • Rabbani Kini Dah Ada Studio Sendiri
  • Komposer Zubir Ali Meninggal Dunia
  • Sekitar Party Ulangtahun Budiey.com Ke-4 – Pendaftaran Part 2
  • Kenang P Ramlee Menerusi Program Aku, Dia & Lagu



    • http://sweet17september.blogspot.com Honeybee

      Innalillah ..

      Last Breath … http://www.youtube.com/watch?v=jPOhcgAQ9ws

    • june

      dah lama yer arwah pergi..tiada gantinya..

    • http://myspace zam

      tak sangka Erra Fazira pun minat arwah sudir .esok esok anak Erra( insyallah) jadi cam Sudirman tak pun jadi pengganti nya aku rasa lah.Al Fatihah

    • NUR

      Mana tahu kan Zam ? Jadi artis tapi seorang peguam cemerlang:-)

      p/s : Siapa kata artis tak suka ke majlis agama…Tengok ramai je yang muda – muda datang majlis Tahlil ni

      Soseh Soseh: Selebriti dan majlis agama

      KALAU jemput buat parti kat kelab, bukan main pantas lagi undangan dipenuhi.
      Tak payah tanya banyak, jam 7 malam kelab dah penuh. Kalau tak jemput ada yang kecil hati, merajuk dan entah apa-apa lagi.

      Pakaian mesti fesyen kemban atau tali halus dengan skirt takat pinggul.

      Lepas itu, adalah yang menghantar foto mereka bergambar sakan ke Internet untuk tatapan ramai terutama mereka yang tidak biasa berkunjung ke pusat hiburan.

      Tetapi cerita rakan SS, dia hairan dan pelik apabila ada artis apabila ajak datang ke majlis kenduri doa selamat, malu pula nak datang.

      Siap telefon tanya majlis dah habis ke belum. Bagaimanapun, sampai sudah tak nampak batang hidung.

      Kalau segan nak datang masa orang baca Yasin, datanglah makan saja.

      Dalam bab ini, artis perempuan senang bagi alasan tengah ‘uzur.’

      Tapi setahu SS, banyak juga majlis tahlil dan bacaan Yasin dianjurkan artis di restoran milik komposer Habsah Hassan dan pelakon Rubiah Suparman mendapat respons baik artis termasuk yang muda.

      Rakan setugas SS yang selalu hadir, maklumkan perkara ini.

      Malah, katanya, mereka tidak malu hadir dengan cukup sederhana dengan pakaian sesuai majlis.

      Mungkin juga ada yang takut hendak menghadiri majlis keagamaan. Tapi ilmu pengetahuan SS belum sampai ke tahap ulama, jadi SS gagal mencari jawapannya.

      Mungkin mereka takut hendak menghadiri majlis agama bimbang dibayangi dosa silam dan rasa tak layak untuk menghadiri majlis yang membawa kebaikan seperti itu.

      Kalau takut dosa, segeralah bertaubat. Ini tidak, semakin teruk pulak bergelumang dosa. Allah itu Maha Pengampun yang sentiasa mengampunkan dosa hamba-Nya.

      Tetapi jangan pula tunggu sampai tua baru hendak balik ke pangkal jalan. Bukan apa, SS takut tak sempat kerana umur orang sekarang makin pendek.

      Sumber :Mymetro 16/309

      http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Rap/20090316091209/Article/index_html



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK