in ,

MAJLIS PERASMIAN KOMPLEKS PENYIARAN TUANKU MUHAMMAD NEGERI SEMBILAN

MAJLIS PERASMIAN KOMPLEKS PENYIARAN TUANKU MUHAMMAD NEGERI SEMBILAN.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang kini meyambut ulang tahun yang ke-62 kini melangkah maju setapak lagi dengan tersergamnya Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad Negeri Sembilan. Tanggal 29 Julai ini telah dipilih sebagai tarikh keramat dimana kompleks penyiaran yang tersergam megah menjadi salah satu kebanggaan RTM bakal dirasmikan. Majlis bakal disempurnakan oleh DYMM Tuanku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Projek yang menelan belanja kira-kira RM40 juta ini dimiliki Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan yang bertanggungjawab terhadap proses pengurusan dan pentadbirannya. Kini, RTM Negeri Sembilan terus melangkah maju ke hadapan dibawah kepimpinan Encik Mohd. Roslee Mohd. Salleh selaku Pengarah Penyiaran Negeri Pahang. 

Ternyata dengan wujudnya Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad Negeri Sembilan ini menyumbang kepada banyak kemudahan yang membantu melancarkan lagi program-program dan aktiviti melibatkan Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan kepada lebih teratur dan berjalan lancar. Besar harap pihak RTM Negeri Sembilan dengan adanya kompleks penyiaran yang baru ini akan memudahkan lagi kakitangannya menyampaikan dasar-dasar kerajaan.

Setelah hampir 17 tahun beroperasi di Jalan Raja Ali, RTM Negeri Sembilan mulai 21 Julai 2007 telah berpindah pula ke kompleks penyiaran baru yang terletak di Sungai Gadut ini. Siaran percubaan pertama ialah pada 1 Ogos 2007 dengan bersiaran sepanjang 24 jam. Kelengkapan di kompleks baru ini adalah serba canggih dengan keseluruhannya menggunakan sistem digital.  

RTM Negeri Sembilan atau lebih dikenali dengan panggilan NEGERIfm sebelum ini pernah dikenali sebagai Radio 3 Seremban dan juga Radio Malaysia Negeri Sembilan. Bermula dengan penubuhan stesen radionya sendiri di bawah naungan RTM yang terletak di sebuah bangunan lama kerajaan di Jalan Raja Ali, Seremban. Sebelum ini siaran radio untuk Negeri Sembilan digabungkan bersma Selangor melalui Kawasan Tengah dari Wisma Radio, Angkasapuri. Siaran pertama yang dipancarkan dari stesen Seremban ke udara pada 16 Ogos 1990. Pada mulanya stesen ini beroperasi selama 10 jam sehari manakala mulai Januari 2003, waktu siarannya ditambah kepada 18 jam bermula dari 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.  

Produk yang menjadi kebanggaan RTM Negeri Sembilan adalah NEGERIfm. Kini siarannya meliputi ke seluruh negeri . Antara rancangan yang menghiasi NEGERIfm adalah seperti Slot Pesona Negeri, Slot Suri Negeri, Slot Santai Negeri, Slot Klik Sembilan, Slot Lembayung Negeri dan Slot Halimun Malam. NEGERI fm boleh didengari di gelombang siaran seperti berikut daerah Seremban (107.9 MHz), daerah Jelebu (92.6 MHz), daerah Kuala Pilah (92.6 MHz), daerah Jempol (107.7 MHz), daerah Tampin (95.7 MHz), Port Dickson (101.3 MHz) dan Rembau (107.9 MHz).  

Daripada sudut lain, sumbangan dan peranan stesen RTM Negeri Sembilan bukan hanya terhad kepada siaran tempatan sahaja tetapi juga berperanan menyumbang kepada siaran daerah dan siaran nasional. Ini mewujudkan semangat intergrasi nasional. Sekaligus ia menyumbang kepada menambahkan lagi kreadibiliti stesen tempatan dalam member hiburan, maklumat dan pendidikan kepada orang ramai.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SLOT SINEMA JUMAAT SEPANJANG BULAN OGOS 2008 DI RTM2

HOLLYWOOD BLOCKBUSTERS BLOWOUT IN AUGUST!