Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)











[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Majlis Pelancaran Filem Selamat Pagi, Cinta!

Majlis Pelancaran Filem Dan Doa Selamat Pembukaan Cawangan Baru Restoran Lemon (Selayang Mall)
MIG Production hari ini melancarkan filemnya yang ke-26 berjudul Selamat Pagi, Cinta!. Filem cinta ini akan memaparkan dua buah kisah cinta remaja sekarang. MIG juga akan mengumumkan seorang pengarah baru yang merupakan pengarah filem wanita paling muda di Malaysia. Jika ramai terkejut dengan perancangan dan percaturan MIG Production, tujuannya hanyalah satu iaitu menyediakan pelapis pengarah muda di Malaysia. MIG meletakkan sasaran menghasilkan 10 pengarah baru sebelum ini dan akan berusaha bagi memastikannya dapat direalisasikan.

Pengarah ini akan mendapat bimbingan dan tunjuk ajar dari pengarah Ahmad Idham sebagai penasihat. Namun, MIG mengharapkan sokongan dan galakan daripada semua pihak terlibat seperti pelakon, krew produksi dan penggiat-penggiat seni tanah air. Terlebih penting adalah sokongan padu di kalangan media cetak dan elektronik. MIG menyedari bakat yang beliau miliki, dan dengan sokongan dan galakan anda semua, nescaya bakatnya itu dapat mewarnai lagi industri perfileman Malaysia.

Skrip Selamat Pagi, Cinta! dihasilkan oleh Pierre Andre yang merupakan pengarah filem cereka paling muda di Malaysia melalui 9 September yang telah mencatat kutipan RM1.2 juta dalam tempoh 2 minggu tayangan. Ini adalah sesuatu yang sangat membanggakan bagi seorang pengarah yang baru pertama kali mengarah filem. MIG akan terus mencari bakat-bakat baru dalam dunia pengarahan untuk diberi peluang membuktikan kebolehan mereka. 

Dengan bajet mencecah RM1.5 juta termasuk kos pengedaran dan promosi, Selamat Pagi, Cinta! akan menjalani pengambaran di sekitar Kuala Lumpur bermula10 Disember ini. Selamat Pagi, Cinta! akan membariskan pelakon-pelakon muda Malaysia yang bakat lakonan mereka diakui ramai seperti Pierre Andre, Fazura, Que Haidar dan Sharifah Amani. Selain mereka, filem ini akan dimantapkan lagi dengan pelakon-pelakon terkenal tanahair seperti Cat Farish, Noniswara, Kuza dan ramai lagi.

Filem keduanya berjudul I’M Not Single akan menemui penonton pada tahun hadapan, begitu juga dengan dua lagi filem arahan Ahmad Idham iaitu Brainscan, sebuah filem fiksyen komedi dan sebuah lagi filem seram berjudul Congkak.

Majlis ini juga dibuat bersempena pembukaan Restoran Lemon cawangan ke-3 di Selayang Mall. Selepas menerima sambutan menggalakkan dari pelbagai lapisan bangsa di cawangan pertama di Metrowpoint Kajang, pengasasnya, David Teo tidak teragak-agak melebarkan empayarnya dengan pembukaan cawangan ke -2 di The Mines dan kini yang ke – 3. Selepas ini Lemon akan bertapak di beberapa bandar utama Lembah Kelang seperti Kota Damansara, Ampang, Shah Alam dan sebagainya. Sememangnya menjadi impian kami membuka 10 cawangan Restoran Lemon dalam masa 2 tahun ini.

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Video Trailer Filem Selamat Pagi Cinta
  • David Teo & Tips Marketing Restourant
  • Majlis Pelancaran 1 Komuniti 1 Persatuan di One Utama
  • GAMBAR DAFI & SYARIFAH AMANI DI PELANCARAN PERADUAN SAYANG YOU CAN DANCE
  • Gambar Sairah di Majlis Pelancaran Album Tahajjud Cinta
  • Sekitar Majlis Pelancaran Filem Selamat Pagi Cinta!
  • Sharifah Amani & Que Haidar Bercinta?
  • Pelancaran Filem Libas & Album Ahli Fiqr IRAMA BERIMAH
  • Gambar Siti Nurhaliza di Majlis Pelancaran Album Tahajjud Cinta
  • Norliana Shamsudin, Pengarah Wanita Termuda Malaysia



  • =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:












    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!