in

Majlis Pelancaran Buku Koleksi Doa Imam Besar Masjid Negara

MAJLIS PELANCARAN BUKU ‘KOLEKSI DOA IMAM BESAR MASJID NEGARA’ TERBITAN MASJID NEGARA, JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) PADA 17 OKTOBER 2011

Putrajaya – Masjid Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Majlis Pelancaran Buku ‘Koleksi Doa Imam Besar Masjid Negara’ di Auditorium JAKIM, Aras 5, Blok D8, Kompleks D, Putrajaya pada 17 Oktober 2011M bersamaan 19 Zulkaedah 1432H bermula jam 8.30 pagi. Buku Koleksi Doa tersebut merupakan hasil karya Imam Besar Masjid Negara, YBhg. Tan Sri Dato’ Syaikh Haji Ismail bin Haji Muhammad di mana doa-doa tersebut kebanyakkannya dihasilkan ketika beliau menghadiri Majlis-Majlis Rasmi Kerajaan, swasta dan persendirian.

Majlis Pelancaran ini disempurnakan oleh Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Datuk Haji Othman bin Mustapha dalam upacara ringkas mengisi slot Perhimpunan Bulanan JAKIM bagi bulan Oktober yang turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Imam Besar Masjid Negara sendiri, pegawai-pegawai kanan JAKIM, kakitangan dan petugas JAKIM dan Masjid Negara.

Buku ini merupakan himpunan koleksi doa-doa bernilai tinggi yang pernah dibaca oleh beliau dalam pelbagai Majlis-Majlis Rasmi Kerajaan sama ada di Peringkat Kebangsaan mahupun Antarabangsa. Sebanyak 30 doa pilihan dimuatkan dalam buku ini antaranya termasuklah:

  1. Doa Mengangkat Sumpah Jawatan Yang Dipertuan Agong
  2. Doa Keputeraan Yang Dipertuan Agong
  3. Doa Selamat Persidangan Majlis Raja-Raja
  4. Doa Hari Pahlawan
  5. Doa Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan
  6. Doa Sambutan Maulid al-Rasul Peringkat Kebangsaan
  7. Doa Sempena Hari Kemerdekaan Negara
  8. Doa Majlis Pembukaan dan Penutupan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa
  9. Doa Majlis Santapan DiRaja
  10. Doa Majlis Anugerah Media Islam Negara

Juga disertakan Doa Qunut Nazilah, Bacaan Talqin, Doa Selamat Majlis Perkahwinan dan salinan asal tulisan tangan YBhg. Tan Sri Dato’ Imam Besar Masjid Negara.

Buku setebal 116 muka surat ini ditulis dalam tulisan jawi sepenuhnya. Teks doa ini merupakan hasil karya peribadi sepanjang beliau bertugas di JAKIM sehinggalah ke hari ini. Teks doa ini disusun dengan adab-adab dan gaya bahasa yang mudah, kosa kata yang tersusun di samping penggunaan puji-pujian yang bertepatan dengan maksud doa. Justeru buku ini amat sesuai dijadikan rujukan dan garis panduan kepada mereka yang terlibat dalam memimpin bacaan doa sama ada dalam majlis-majlis rasmi atau tidak rasmi anjuran kerajaan, swasta dan persendirian.

Orang ramai boleh mendapatkan naskah buku Koleksi Doa ini bermula pada hari Isnin, 17 Oktober 2011 dengan harga RM15.00 senaskah. Untuk pertanyaan lanjut berkenaan buku ini, orang ramai boleh datang terus ke:

Unit Multimedia dan Penerbitan, Masjid Negara
Masjid Negara, Jalan Perdana, 50480, Kuala Lumpur

Pelancaran Buku Imam Masjid Negara

Pelancaran Buku Imam Masjid Negara

Pelancaran Buku Imam Masjid Negara

Pelancaran Buku Imam Masjid Negara

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sebalik Tabir Pengambaran Video Klip Warna – Taxi

Tips Menghilangkan Bau Peluh dari Rexona