Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Majlis Pelancaran Album Wana Berjudul SIAPA



Pada jam 3 petang tadi, bertempat di Bangkok Jazz, Chulan Square, Bukit Bintang telah diadakan Majlis Sidang Media dan Pelancaran Album Wana, juara MyStarz LG musim ke-2 yang berjudul …SIAPA?

Soalnya, adakah gadis kelahiran Johor Bahru ini dapat menongkah arus dalam industri yang semakin tenat ini? Yea, jawab Wana dengan positif dan optimistik, memang boleh seandainya peminat dapat menghargai bakat, lontaran vokal yang unik, punya identiti tersendiri tanpa berselindung di balik lain atau dicop penyanyi klon.

Di majlis ini, Wana juga turut menghiburkan peminat yang hadir, siap lengkap dengan pakai baju T putih dengan 4 buah lagu.

Nashrin~!

Sejauhmana vokal Wana ini tidak meniru mana-mana penyanyi yang sedia ada? Itu anda kena beli album Wana dan dengarkan kehebatan vokal memikat Wana~!

Dihoskan oleh Khairul Ikhwan yang akan ke Bali pada Sabtu ini bersama dengan pendengar Hot FM yang juga pemenang kuiz di Hot FM. Siap dapat perakan video SONY sorang satu lagi… Perggghhh… mantap~!

Hattan juga turut hadir~! Lama tak nampak, bro~!

Sebenarnya, kelahiran baby baru Wana ini adalah hadiah daripada kemenangan Wana sebagai juara yang dijanjikan oleh Warner Music Malaysia. Pastinya dengan kontrak eksklusif selama setahun dapat memberi peluang cerah buat Wana untuk menyemarakkan lagi dunia muzik tanahair.

Lompat jangan tak lompat~!

Tampil bersama rakan My Starz LG yang lain, Wana memilih konsep yang lebih segar dan bertenaga, sesuai dengan semua peringkat terutama golongan remaja. Antara penerbit yang terlibat untuk debut istimewa ini termasuklah Lah VE, Ashraff, Rudi dan Audi Mok. Dalam album ini adal 5 buah lagu iaitu

1. Siapakah Orangnya

2. Gerhana… Sebuah Percintaan

3. Orang Biasa

4. Ingin Bersama Kembali

5. Dalam Dilemma

Untuk single pertama, Warner memilih lagu Orang Biasa yang berentak pop reggae yang lebih catchy~! Antara single lain yang best ialah Siapakah Orangnya dan Ingin Bersama, sebuah lagu duet Wana bersama dengan Naib Juara MyStarz LG musim ke-2 iaitu Nashrin.

Mengikut Warner Music, sekarang ini 5 buah lagu dalam satu album sudah boleh dikira atau dipanggil ALBUM PENUH oleh RIM. Tidak macam dulu, kalau 5 buah album kita kira MINI ALBUM.

Harga pasaran RM19.90. Kepada peminat Wana, jangan lupa beli yang ORIGINAL~!

Wana mengingatkan Budiey kepada seorang bintang AF iaitu Atie, ada bau bau bacang kah~?

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Wana My Starz LG Lancar Album Pertama
  • Wana dan Ahli Fiqir Promosi Album di Perak, Penang dan Kedah
  • Album Terbaru Wana MyStarz LG Kini Di Pasaran
  • Gambar Selebriti di Majlis Pelancaran Album ALL Your LOVE
  • Lirik Lagu Wana Cinta Benar Cinta
  • Sneak Preview Pelancaran Album Aizat Percubaan Pertama
  • Gambar Sekitar Pelancaran Album Nora HIKMAH
  • Hafiz AF7 Akan Lancar Album Sulung Masih Jelas
  • Yuna & Diandra Arjunaidi Lancar Album di DBKL
  • Gambar Fara Fauzana Jadi Hos Pelancaran Album CTKD



  • 7 Komen untuk entri “Majlis Pelancaran Album Wana Berjudul SIAPA”

    1. badiuzaman kata:

      wah, kak azie & the gang monopoli

    2. libragirl kata:

      arap2 album wana akan diterima peminat insyaallah dan semoga berjaya

    3. afiq kata:

      jangan lesap lepas nih yerrrrr

    4. Ntahla.. kata:

      Alahai, dah bnyk nah artis2 baru skrg ni..mcm cendawan lps ujan..timbul jap, pastu tenggelamlah….

    5. ms kata:

      wana MyStarz LG ni bukan peserta yd dlm mentor tu ke?protuge pd lah ahmad 2.muke cam same jer….

    6. LINA BINTI SEMAWI kata:

      nampaknya wana sekarang dah makin cun lah…kalau wana couple dgn nashrin kan bagus…semoga wana akan terus memperoleh kejayaan.

    7. nabila kata:

      wana ada potensi untk lgu2 yg santai..
      lgu balada tdak berapa sesuai dgn vibrato suara wana…
      siapa orangnya lagu yang mudah dan santai lebih sedap di dgr berbandng lgu2 balada yg penah dinyanyikan semasa program mystarz lg…

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK