in ,

Majlis Pelancaran Album Raya Suria FM Ceria Raya

Hari Raya anda pasti meriah dengan kehadiran Album raya yang bertajuk CERIA RAYA yang akan berada di pasaran sepanjang bulan Ramadhan ini. Kompilasi lagu raya dalam CD ini memuatkan 10 buah lagu raya termasuk 2 buah lagu baru.

Suria FM dengan kerjasama NSR Records dan Tesco (M) Sdn Bhd melancarkan dua buah lagu baru hasil nyanyian oleh penyampai Suria FM. ‘Suria di Pagi Raya’ merupakan lagu nyanyian Halim Othman, Linda Onn dan Zizi manakala lagu kedua yang bertajuk ‘Sebulan Berhari Raya’, adalah hasil nyanyian Tuah Zoqarnain, Myra, Naim, Bob, Lin, Halim Othman, Linda Onn dan Zizi. Ini merupakan kali kedua di mana semua penyampai Suria FM merakamkan suara mereka untuk menyanyi selepas rakaman lagu medley yang dinyanyikan semasa Konsert Kemuncak Suria FM 2010 yang lalu.

SURiA FM

Album ‘ Ceria Raya’ turut memuatkan lagu-lagu raya yang popular seperti lagu ‘ Selamat Hari Raya- Puan Sri Saloma’, ‘Balik Kampung- Dato Sudirman Hj Arshad’, ‘ Pulanglah Berhari Raya- Aishah’ dan banyak lagi. Album ‘Ceria raya’ ini hanya boleh diperolehi di seluruh Tesco Mall yang terpilih.

Caranya ialah dengan satu resit pembelian barangan bernilai RM50 keatas di mana kedai-kedai penyewa di dalam Tesco, anda boleh menebus resit tersebut dengan sekeping Album ‘Ceria Raya’ . Namun penebusan itu hanya boleh dilakukan pada tarikh tertentu sahaja iaitu pada 28 dan 29 haribulan untuk bulan Ogos, 4 dan 5 haribulan untuk bulan September.

Selain dari itu, orang ramai juga boleh mendaptkan Album ‘Ceria Raya’ dengan menyertai peraduan yang ke udara di Suria FM selain melalui Krew Suria Wheels yang akan membuat ‘Exclusive Stop’ di beberapa tempat terpilih. Untuk mengetahui tempat, tarikh dan masa ‘Exclusive Stop’ Krew Suria Wheels, orang ramai boleh layari laman web Suria FM di www.suriafm.com.my.

Showcase Album ‘Ceria Raya’ akan diadakan di beberapa Tecso terpilih dan ia merupakan sebahagian dari aktiviti untuk mempromosikan album ini. Showcase itu nanti akan diadakan bermula dari 21 Ogos di Tesco Johor Bahru, 28 Ogos di Tesco Melaka dan terakhir ialah pada 4 Ogos di Tesco Sg.Petani. Selain dari penyampai Suria FM, juga turut serta dalam showcase Album ‘Ceria Raya’ ialah artis-artis terkenal tanahair untuk memeriahkan lagi showcase itu nanti.

Menurut En. Subarma Mohtaruddin, Pengarah Strategi dan Latihan Suria FM “ Album ‘Ceria Raya’ merupakan bukti kerjasama yang baik di antara Suria FM dengan NSR Records dan Tesco (M) Sdn Bhd. Sebelum ini, ramai artis-artis yang menghasilkan lagu raya tidak kira nyanyian semula yang diberikan sentuhan baru ataupun lagu baru mereka sendiri.

Jadi, Suria FM melihat ia merupakan peluang yang baik dan tidak salah sekiranya penyampai-penyampai Suria FM yang sebelum ini terkenal dengan celoteh mereka, kini cuba untuk menyanyi pula. Oleh itu lahirlah dua buah lagu yang diberi nama ‘Suria di Pagi Raya’ dan ‘Sebulan Berhari Raya’ hasil nyanyian semua penyampai Suria FM yang ada sekarang ini. Harapan saya agar lagu ini akan dapat diterima orang ramai”

Selain itu, sepanjang bulan ramadhan ini juga pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh Suria FM. Antaranya ialah ‘ Juz Jumbo Suria FM’ iaitu gerai jualan bazaar ramadhan. Gerai ‘Juz Jumbo Suria FM’ ini merupakan kerjasama diantara Suria FM dan Permanis Sdn Bhd.

Bagi mereka yang ingin pulang ke kampung menaiki bas secara percuma, mereka boleh menyertai peraduan ‘Jom Balik Raya’ di Suria FM. Mereka hanya perlu mendaftarkan diri di www.suriafm.com.my dan mereka yang terpilih akan berpeluang pulang ke kampung secara percuma selain mendapat duit raya dan barangan hadiah dari penaja.

Pendengar setia Suria FM berpeluang untuk memenangi telefon CSL Blueberry dengan menyertai kempen ‘Telefon Ramadhan CSL’ yang akan berlangsung sepanjang Ramadhan ini bermula dari 9 Ogos 2010 hingga 6 September 2010 jam 9.00am – 9.30am setiap hari Isnin- Jumaat.

Cara untuk menyertainya ialah Halim Othman dan Zizi akan membacakan teks yang dinamakan’ 21 fakta tentang CSL’. Pendengar perlu menaip semula semua ayat yang dibacakan oleh mereka dan hantarkan ke 33988. Siapa yang paling pantas dan betul ayatnya akan dipilih sebagai pemenang. Pemenang akan dihubungi setelah seketika dan dikeudarakan sebagai pengumuman pemenang.

SURiA FM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Siti Nurhaliza di Majlis Berbuka Puasa SNP 2010

Teater Muzikal Terima Kasih Cinta