in ,

Majlis Pelancaran Novel Adaptasi Filem LANGIT CINTA

Buat julung kalinya, Astro Shaw bakal membuat kelainan tersendiri dengan mengadaptasi filem ke sebuah novel pada hari ini. Novel yang diadaptasi dari filem LANGIT CINTA ini telah mendapat kerjasama dari penerbit buku terkenal iaitu Grup Buku Karangkraf.

Filem Langit Cinta arahan Osman Alif yang akan ditayangkan di pawagam pada penghujung tahun ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Keith Foo, Nur Fazura, Farid Kamil, Siti Saleha, Fauziah Ahmad Daud, Datuk Jalaluddin Hassan dan Dian P Ramlee.

Pada jam 3 petang ini, Ahad, 3 Mei 2015 Budiey dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran novel ini yang akan berlangsung di Level 2, Dewan Tun Dr Ismail, PWTC, Kuala Lumpur.

Antara artis dan pelakon yang ada di sana Farid Kamil, Siti Saleha dan Osman Ali.

See you guys there!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

This Is Mixology Music Volume One

Ulasan Album ANUGERAH MU