Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Majlis Pelancaran 1 Komuniti 1 Persatuan di One Utama



Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan kerjasama Majlis Belia Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur akan mengadakan Majlis Pelancaran 1 Komuniti 1 Persatuan pada 22 Mac 2009 (Ahad) jam 3 petang bertempat di Perkarangan Tempat Letak Kereta Pusat Membeli Belah One Utama. Majlis akan disempurnakan oleh Y.B. Menteri Belia Dan Sukan Malaysia.  

Sempena Majlis Pelancaran ini juga, satu pelancaran lagu tema dalam menyokong kempen ini akan turut diadakan. Seramai 12 orang artis telah terpilih untuk menyanyikan lagu tema tersebut. Lagu yang diberi judul ‘SATU SUARA’ adalah ciptaan Jamil Wilson manakala liriknya oleh Norm Aidid sementara barisan artis yang terlibat iaitu Dayang Nurfaizah, Aizat, Sam Bunkface, Hannah Tan, Dina, Andy Flop Poppy, Ezlynn, Amir Sofaz, Reshmonu, Balan, Silent Scream dan Point Poetic Ammo.

Selain artis- artis yang terlibat dalam menyanyikan lagu tema tersebut, artis lain yang akan turut hadir dan membuat persembahan sempena Majlis Pelancaran tersebut seperti Dafi, Meet Uncle Hussein, OAG dan ramai lagi. Acara bermula seawal jam 10 pagi. Manakala persembahan artis akan bermula jam 1.30 petang.

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Majlis Sidang Media & Pra Pelancaran Celeb Nexus Komuniti Premium
  • Karyawan Sumbang Duit Raya Untuk Artis Veteran
  • Gambar Majlis Resepsi Wedding Zaff di Dewan Komuniti TTDI
  • Senarai Jawatankuasa Penasihat FINAS 2010/2011
  • Senarai Jawatankuasa Penasihat FINAS 2010/2011
  • Gambar Selebriti di Majlis Pelancaran Album ALL Your LOVE
  • Karyawan Sedia Platform Untuk Artis Berniaga
  • Gambar Selebriti di Pelancaran Program Raya TV3 & TV9
  • Portal GUA Bantu Rumah Kebajikan
  • Siaran Langsung Majlis Pelancaran Festival Kuala Lumpur Di TV1





































































































































































































































































































  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK