Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Majlis Berinai dan Bertunang Serina Redzuwan – Gavin



Semalam, 31 Disember 2009, jan 12 tengahari telah berlangsung Majlis Merisik dan Bertunang anak kepada Chef Wan, Serina dengan Gavin. Berlangsung dengan meriah di Hotel Chulan Square, Jalan Conlay, Kuala Lumpur.

“Sebagai seorang ayah, saya memang gembira kerana anak gadis saya akhirnya bertemu jodoh. Maklumlah sebelum ini dia telah dikaitkan dengan ramai lelaki. Macam-macam cerita yang sampai ke telinga saya. Malah, ada juga kerabat Diraja yang merisik Serina dengan saya. Tetapi, akhirnya Gavin yang menjadi pilihan dia. Saya tidak kisah dapat calon menantu yang macamana pun, asalkan dia menyayangi Serina sepenuh hati. Lagipun, jodoh di tangan Tuhan. Saya terima siapa sahaja calon suami Serina walaupun dia ‘Mat Salleh’” – Chef Wan.

Majlis perkahwinan Serina – Gavin berlangsung secara besar-besaran selama 3 hari 3 malam. Hari ini, majlis akad nikah akan berlangsung jam 11 pagi di Masjid Wilayah Persekutuan.

Asian Food Channel (AFC) buat liputan untuk semua resepsi termasuklah majlis berinai kecil, akad nikah, berinai besar dan persandingan yang akan diadakan di Royale Chulan Hotel pada Sabtu ini.

Gavin

AFC akan siarkan majlis perkahwinan ini menerusi rancangan khas yang dinamakan ‘The Making of Chef Wan’s Daughter’s Wedding’ pada bulan Februari nanti.

Chef Wan telah menghadiahkan pakej berbulan madu ke Pulau Santorini pada bulan Jun nanti. Pulau yang pernah menjadi lokasi penggambaran filem ‘Mamma Mia’ itu menjadi pilihan Chef Wan kerana dia merasakan pulau itu cukup mempesonakan.

Majlis resepsi Serina dan Gavin akan diadakan pada 2 Januari ini.

 

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Majlis Berinai Kecil Serina Redzuawan
  • Serina Redzuawan Selamat Melahirkan Anak Sulong
  • Gambar Majlis Akad Nikah Serina & Salahudin Ghafar
  • Gambar Serina Redzuawan di Pelancaran Mifa 2009
  • Penyanyi Ezlynn Bertunang
  • Gambar Majlis Pertunangan Pelakon Puteri Chichi
  • Gambar Majlis Pertunangan Puteri Fatin Nasuha Part 2
  • Biodata, Profile & Gambar Serina Redzuawan
  • Pelakon Zul Yahya Bertunang?
  • Gambar Pelakon Drama Puteri Beego Bertunang



    • bunga tanjung

      tahniah……semoga ikatan yang dijalinkan direstui dan dirahmati oleh-Nya.

    • asha

      ALHAMDULILLAH…selamat pengantin baru..selamat tahun baru..pastikan sinar islam tetap d hati..amin

    • NONA

      yg tu ker ibu serina (berbaju kurung merah) ? Chef Wan hadiahkan pekej bulan madu ke Pulau Santorini….phehhh bestnya..bulan madu kt pulau memang romantik..memangla chef wan ni sayang sgt kt anak gadisnya..ye la anak gadis tunggal la katakan..sumer dia support..harap serina dan pasangannya bahagia hendaknya dan tidak menempuh saat2 duka seperti ayahnya..ingatla jasa ayah tu dan hormatla ibu tu..

    • Anita Yusof

      Alhamdulillah…sama cantik, sama padan…semoga berkekalan. Teruja tgk hantaran, semua cantik2 belaka. Tahniah Serina & Gavin.

    • syarifah huzaida natarh

      SELAMAT PENGANTIN BARU WAT KAK SERINA CAYANG….
      LUV U SO MUCH….
      SEMOGA NERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT….

    • aini

      tahniah…dpt menantu mat salleh…ensom gak…harap2 biar la brkekalan. jagan lupa didikan agama..penting tu

    • nana

      Tahniah.. semoga berkekalan sehingga akhir hayat..
      saya tunggu chef wan punya majlis kawin, rupanya anak dara dia dulu yg kawin… jangan marah chef..

    • ana

      SEMOGA DAPAT BABY YG SIHAT DAN COMEL YO!

    • Hamba Allah

      Semoga berbahagia selalu….



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK