Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)















[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Majlis Berbuka Puasa Warga Emas dan Anak-Anak Yatim anjuran KL FM di The Legend Hotel

Pada 9 September lalu, Budiey telah dijemput untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Emas dan Anak-Anak Yatim anjuran bersama KL FM dan The Legend Hotel. Mungkin ada pembaca yang jarang memetik siaran radio KL FM di gelombang 97.2. Untuk pengetahuan, stesen interaktif kota ini merupakan sebuah stesen radio berbahasa Malaysia yang bersiaran 24 jam sehari dan ianya khusus untuk pendengar sekitar Lembah Klang.

Dah jadi lumrah, bila sampai bulan puasa, memang tidak banyak event atau acara yang dibuat pada siang hari. Budiey banyak sekali menerima jemputan berbuka puasa. Pada hari yang sama, Budiey sebenarnya mendapat jemputan ke majlis berbuka puasa anjuran Noraniza Idris di Hotel De Palma, Ampang. Tapi apa boleh buat, Budiey dapat memilih lokasi yang berdekatan dengan rumah Budiey. Lagi pun jalan ke Ampang memang selalu sesak.

Bersempena bulan Ramadan, stesen ini tidak ketinggalan untuk mengadakan program berbentuk kebajikan dan kemasyarakatan bagi meraikan golongan yang kurang bernasib baik.

Tahun ini, KL FM meluahkan rasa syukur kerana dapat bekerjasama dengan Hotel The Legend bagi menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Emas dan Anak-Anak Yatim. Budiey kira ini satu langkan yang bagus untuk meraikan dan memberi penghormatan kepada warga emas dan anak-anak yatim supaya dapat menikmati suasana berbuka puasa seperti dinikmati orang lain.

Budiey kira seramai 40 orang warga emas dari Majlis Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia (MPKSM) Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur telah dijemput khas ke majlis berbuka puasa ini. Sementara itu, penganjur juga turut mengundang seramai 50 orang anak-anak yatim dari Persatuan Ehsan Wanita dan Anak-Anak Yatim PEWANIDA, Jalan Kg Atap, Kuala Lumpur.

Selain menjamu selera dengan juadah berbuka puasa yang ditaja oleh Hotel The Legend, para tetamu yang diraikan telah dihadiahkan dengan duit raya dan goodie bag. Mereka juga telah dihiburkan dengan lawak jenaka mencuit hati dan lagu nyanyian dari Pelawak OS dan penyanyi Syikin.

Santapan berbuka memang sedap. Budiey suka dengan masakan Rendang Tok Daging dan nasi beriani Gam Ayam tu. Memang jadi kegemaran. Selain itu ada sambal udang, beef and chicken satay… wow menyelerakan. Juga ada ayam masak Ros Johor dan Sup Soto Ayam.

Apa yang jelas, Budiey lihat peranan KLFM dan Hotel The Legend, walaupun berbeza namun kedua-duanya mampu bekerjasama dalam menjayakan tanggungjawab sosial terutama kepada golongan masyarakat yang kurang bernasib baik seperti warga emas dan anak-anak yatim.

Syikin, penyanyi dangdut

Pandai betul Os cari mangsa… gigi pun nak sama yek?

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Majlis Berbuka Puasa Yayasan JUSCO Malaysia
  • Jom Berbuka Puasa Bersama Tv9
  • Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Tahun 1428H / 2007M
  • Program Iftar Ramadhan Anjuran Abim dan Masjid Negara
  • VIDEO BOB NYANYI LAGU RAYA DI MAJLIS BERBUKA BLU INC
  • Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia
  • Majlis Berbuka Puasa Bersama Keluarga Bersamamu Maytower Hotel
  • Sekitar Majlis Berbuka Puasa Majalah EH! dan Hotel Nikko
  • Gambar Mawi dan Ekin di Majlis Berbuka Puasa Astro
  • Ashraf Muslim & Wardina Rai Anak Yatim



  • 3 Komen untuk entri “Majlis Berbuka Puasa Warga Emas dan Anak-Anak Yatim anjuran KL FM di The Legend Hotel”

    1. wina kata:

      ahahahha lawak arr aku tengok Os ngan budak tu,,gelak nak mamposszzz

    2. mk klfm kata:

      salam… saudara budiey.. terima kasih sudi datang pada hari tersebut. Insya Allah KLFM akan terus menjalankan program sebegini selain memberi hiburan dan info kepada waga kota dan pendengar tidak kira melalui frekuensi 97.2 atau http://www.kl.fm. thanx bro… hope u’ll succes…

    3. comel kata:

      wakakakakaaa….lawak la mr os ni…pndi bnr die pili mngsa…klo org xknl mr os msti dorg blg budak ni anak die kn…hehe

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!