in

Majlis Berbuka Puasa dan Ulangtahun Ke-2 Portal GUA

FUYOOO… PORTAL GUA DAH PUN 2 TAHUN~! TAHNIAH

Pada sore Jumaat, 11 September 2009 lalu, Budiey telah dijemput untuk menghadiri Majlis Meraikan Ulangtahun 2 Tahun Portal GUA yang diadakan di Dewan Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Razak di Kuala Lumpur. Masih tak terlewat untuk Budiey ucapkan Happy 2nd Anniversary untuk Portal GUA~! Semoga terus sukses untuk tahun seterusnya.

Budiey rasa cepat sangat masa berlalu. Macam baru sahaja Budiey dan rakan media lain menghadiri ulangtahun pertama Portal Gaya Hidup dan Hiburan ini yang diadakan di Restoran Nelayan, Tasik Titiwangsa tahun lepas. Sekarang masih terasa lagi betapa meriah dan happeningnya acara itu. Siap terbau-bau lagi steamboatnya, Pergh~!

Kini, macam juga tahun lepas, hari jadi GUA jatuh di bulan Ramadan, maka diraikan juga bersekali dengan majlis berbuka puasa. Kali ini suasananya agak lain kerana diadakan di dewan yang begitu besar dan gah di tengah ibukota. Lagi happening, kan?

Media yang hadir telah bersiap beratur untuk mencedok makanan untuk berbuka~

Siap dengan tema BALIK KAMPUNG, di mana rakan media dan juga artis yang hadir dah siap lengkap dengan baju-baju raya yang cantik molek. Budiey tengok ramai jugak lah selebriti yang sudi hadir. Antaranya, Cheryl Samad… oh dia memang lah kena datang sebab Cheryl kan jadi pengacara majlis, juga penyanyi Shila OIAM, Tomok pun ada, Imran Ajmain, Ben Ibrahim, oh ikon-ikon dari GUA TV pun ada datang jugaklah… dua orang jejaka hangat yang menggunakan nama yang sama… ALIFF, pelakon yang dah tak lama keluar ke event iaitu Maya Karin dan ramai lagilah.

Eh eh, macam kenal je ni… haa ini dia, Eliza. Dari bintang AF ke dunia lakonan. Masih tembam dan berisi kamu, Eliza.

Dua Aliff~

Mr. Tomok yang sempoi dan sporting~ Tq Tomok~!

Nor Aliah Lee yang mengomel bila rambutnya tak terurus padahal, rambut dia dah cantik molek dah tu… Ayu sungguh~

Wah, fesyen yang lain. Macam orang Arab, ini dia Sheikh Imran Ajmain.

Cukup meriah lagi kerana sambutan kali ini juga telah diserikan dengan anak-anak kurang bernasib baik. Mmm… inilah masanya untuk kita mengingati bahawa masih ada lagi insan malang yang perlukan perhatian dan kasih sayang dari kita. Itu yang mahu diterapkan oleh Portal GUA, selain motif majlis diadakan untuk berhibur dan bergembira menyambut usia GUA yang dah pun 2 tahun. Syukur juga itu penting, semoga dengan syukur juga, Budiey kira dapat menambahkan lagi rezeki untuk semua warga GUA, yelah, saban hari telah berpenat lelah menyajikan sesuatu yang fresh dan ranum untuk semua pembacanya.

Juga diraikan oleh 20 orang pelayar setia portal GUA. Dalam ramai-ramai selebriti, Budiey nampak Maya Karin yang lebih dekat dan berani bermesra-mesra dengan riang-rianya dengan kanak-kanak malang ini. Ibarat ibu dan anak-anaknya. Love Maya~

Nah ambik, Budiey letak gambar Maya Karin edisi BUMPER untuk korang~

Kami berbuka puasa bersama-sama mengecapi masakan Melayu yang begitu menyelerakan. Serentak dengan itu, disajikan juga hiburan nyanyian dan sketsa daripada artis dan warga GUA sendiri. Memang diorang ni kreatif juga. Tengok diorang buat lawak dengan sketsa bertemakan hari raya, memang pecah perut jadinya.

Shila OIAM ada nyanyi beberapa buah lagu… Tomok juga tak kurang happening dengan shownya yang melagukan lagu single terbarunya.

Budiey terhibur juga dengan gandingan hebat oleh dua orang penyanyi Malaysia dan Singapura yang berkongsi nama… ALIFF.  Satu Aliff Aziz dan satu lagi Aliff Satar… mengalunkan lagu Balik Kampung.

Pastinya, untuk semua media yang hadir, Portal GUA tidak lupa untuk menghadiahkan hamper raya yang cukup eksklusif. Tiap-tiap tahun memang GUA tak lokek untuk memberikan penghargaan buat semua media yang sudah banyak membantu dalam mengembangkan lagi wilayah GUA dalam menjadikan sebuah portal yang tersohor dan bakal menjadi portal gaya hidup dan hiburan nombor satu di Malaysia. Insyaallah. Yang penting sekali, GUA telah didokong oleh ramai media yang telah mempromosikan berita serta event yang dianjurkan oleh GUA.

Budiey nak ucapkan kepada GUA yang sudi menghadiahkan satu penghargaan kepada blog Sensasi Selebriti.

Gambar ini dicolok dari Facebook M.zul, bos besar GUA. Thanks, bro~!

“Dua tahun…” itu kata Boss GUA~

Pengurus Besar Pengisian, Jenama dan Pemasaran Alt Media Sdn. Bhd, M. Zulkifli Abdul Jalil berkata, “Kami sangat gembira kerana acara ini bukan sekadar majlis sambutan ulang tahun kedua GUA. Malah, ia juga cara terbaik untuk memulakan sambutan perayaan Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi. Ia bukan sahaja menandakan ini tahun kedua kami berada dalam industri media online tetapi juga tahun kedua kami menyambutnya pada bulan Ramadan yang mulia. Ini kerana GUA telah dilancarkan secara rasminya pada 11 September 2007 dan secara kebetulan tarikh tersebut jatuh pada bulan puasa untuk dua tahun berturut-turut. Kami telah mengambil kesempatan di atas waktu ini dan ternyata ia merupakan langkah yang membuahkan hasil.”

M. Zul tengah berucap~

Dalam majlis yang sama, M. Zulkifli turut mengumumkan GUAMUZIK SUPERGIG kedua akan berlangsung pada hujung November tahun ini. Beliau menambah, konsert yang mula diperkenalkan pada tahun lalu itu diadakan bagi memperkenalkan guamuzik.com.my, portal muzik terbesar yang mempromosikan penjualan muat turun muzik secara sah.

Sesi potong kek… mmm semuanya berseri-seri je wajah masing-masing.

Satu lagi berita penting yang telah disampaikan oleh orang kuat GUA itu adalah pelancaran GUA MOBILE, laman mobile penuh portal tersebut yang membolehkan para pengguna untuk melayari GUA daripada telefon bimbit mereka secara percuma! Fasa pertama laman mobile ini akan dilancarkan pada Hari Raya Puasa pertama manakala fasa kedua pula akan dilancarkan pada bulan November dan akan membolehkan para pengguna menonton video-video terpilih GUA. 

Sebagai penghargaan buat tetamu yang hadir, acara cabutan bertuah turut diadakan yang menawarkan pelbagai hadiah menarik seperti Pemain MP3 dan Pemain DVD Samsung, Mesin Pencetak Canon, hamper barangan Raya dan barangan eksklusif Majalah Cosmopolitan.

Tak lupa juga jutaan terima kasih pada Cake Indigo yang telah menaja kek harijadi GUA.

Di majlis itu juga, Budiey bertemu dengan PR Sony Music dan diberinya album terbaru Jaclyn Victor untuk dibuat review. Budiey dah dengar semua lagu dalam album ini. Semua lagu best~! Suka lagu di track 3.

Okaylah, sebelum melabuhkan pena, sekali lagi nak ucapkan tahniah dan selamat menyambut ulangtahun ke-2 untuk portal GUA. Semoga terus gemilang~!

Kepada pembaca, teruskan membaca melayari GUA di www.gua.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Poster Filem Papadom

Battleground Street Dance Competition