in , ,

Mahkamah Batalkan Perintah Hak Penjagaan Anak Awie

Menurut sumber akhbar KOSMO!, Mahkamah Tinggi Syariah membatalkan perintah hak jagaan sementara anak yang diberikan kepada penyanyi rock, Awie, 47, pada Julai tahun lalu.

Laporan media menyebut Hakim Syarie, Mohd Amran Mat Zain memutuskan sedemikian selepas membenarkan permohonan isterinya, Rozana Misbun, 37, mengetepikan perintah berkenaan yang difailkannya pada 22 Ogos tahun lalu.

Sementera dalam satu laporan berasingan, isteri penyanyi itu, Rozana Misbun bersyukur dengan keputusan tersebut.

awie_sekeluarga

“Selepas ini saya akan berjumpa anak-anak di tempat yang selamat seperti di sekolah mereka, bukan di rumah yang saya kena hempuk.” katanya.

Dengan keputusan terbabit, Awie kini terpaksa berkongsi hak penjagaan ke atas tiga anak mereka iaitu Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezkki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 4, bersama Rozana.

Hakim Syarie Mohd. Amran Mat Zain turut memutuskan seluruh permohonan yang dikemukakan Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, selepas kes itu termasuk hak jagaan anaknya secara kekal juga terbatal dengan mahkamah mengenakan kos RM5,000 terhadap penyanyi itu.

Keputusan mahkamah itu sekali gus membolehkan Rozana yang merupakan adik pelakon Haliza Misbun mene-mui ketiga-tiga anak mereka tanpa sebarang halangan daripada Awie pada bila-bila masa.

Mohd. Amran dalam penghakimannya berkata, mahkamah menekankan dua perkara berdasarkan permohonan Awie ketika mendapat perintah hadanah sebelah pihak sebelum ini.

“Isu pertama iaitu mengenai pemastautin Awie yang mana mahkamah menolak permohonan itu ekoran Awie menggunakan Mykadnya yang beralamat di Kampung Pandan, Kuala Lumpur, namun permohonan bagi tempat tinggal dan alamat untuk jagaan anak mereka menggunakan alamat di Ukay Perdana, Ampang, Selangor,” katanya.

sumber : Kosmo!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelawak Zizan Razak Dilarang Sain Kontrak Baru Dengan Produksi

Jessie J Lancar Muzik Video Single Terbaru MASTERPIECE