in

Maharaja Lawak Mega Minggu Ke 3

Seperti yang telah diumumkan oleh pengacara AC Mizal minggu lalu, Maharaja Lawak Mega akan menyaksikan lima buah penyingkiran yang akan diumumkan pada persembahan minggu ketiga di awal rancangan. Selain itu, undian SMS juga akan ditutup selama seminggu sehingga pengumuman siapa yang akan tersingkir dibuat kelak.

Lima peserta yang mendapat markah gabungan juri dan undian SMS paling rendah akan disingkirkan daripada gelanggang Maharaja Lawak Mega menjadikan hanya 12 peserta sahaja yang akan bertarung di pentas.

Budiey pasti ramai pembaca yang ingin menonton Siaran Langsung Maharaja Lawak Mega Minggu 3 pada 11 November ini jam 9.00 malam @ Royal Theater Selangor, Shah Alam (terletak di belakang Hotel Grand BlueWave).

Saksikan persaingan sengit 17 peserta yang bertanding iaitu Kumpulan PIMAI (Sathiya, Imuda dan Mat Over), HIRO (Hamdan, Ilya dan Ropie Cecupak), BOBOI (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik), ANJE (Achong Sweet Child dan Joey Daud), OSBON (Mr Os dan Abon), BP – Bawal Power (Bob Kuman dan Sobri), RAP (Aziz Kota, Pak Lah Cecupak dan Rama Jangan Ketawa), COMEL (Radhi Khalid dan Bell Ngasri), 3G (Yassin, Didie Alis dan Enot), ADLIN AMAN RAMLI, JALIL HAMID, SYOK (Suhaimi, Ifa Raziah dan Arif Sudin), GEBU (Hani dan Azian), LANUN (Jegan, Elyas dan Salman Al-Farisi), BAWEL (Dodon Jambul, Amin Bawel dan Dadang Ragas), SAEHU (Eko, Bocil dan Vicha) & CAER (Adetao, Mister Ibo dan Lugiana).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zee Avi’s Homecoming Tour 2011

AirAsia X & Mister Potato Fullfills Dream of Boy With Rare Disease