in

Maharaja Lawak Mega Minggu 7

Minggu lalu yang bertemakan “Komedi Muzikal” menyaksikan dua kumpulan iaitu 3G yang terdiri daripada Didie Alias, Enot dan Yassin begitu juga BAWEL, kumpulan berasal dari Indonesia yang terdiri daripada Dodon Jambul, Amin Bawel dan Dadang Ragas terpaksa disingkirkan setelah berada di kedudukan terbawah pada akhir rancangan. Kumpulan SAEHU yang turut diumumkan sebagai peserta yang berada di kedudukan 3 terendah bagaimanapun masih selamat.

Kini masih tinggal tujuh peserta yang masih kekal untuk bertarung iaitu Kumpulan PIMAI (Sathiya, Imuda dan Mat Over), BOBOI (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik), OSBON (Mr Os dan Abon), BP – Bawal Power (Bob Kuman dan Sobri), ADLIN AMAN RAMLI, SYOK (Suhaimi, Ifa Raziah dan Arif Sudin) & SAEHU (Eko, Bocil dan Vicha)

Seperti biasa, siaran langsung Maharaja Lawak Mega Minggu 7 pada 9 Disember ini jam 9.00 malam @ Royal Theater Selangor, Shah Alam (terletak di belakang Hotel Grand BlueWave. Kumpulan manakah yang akan tersingkir?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Merlin Season 4

The Murder of Canny Ong