in

Maharaja Lawak Mega 2012 Bakal Umum Peserta

Bertitik tolak daripada fenomena dan kejayaan yang dicetuskan pada musim pertama, Astro Warna dengan bangganya menampilkan kembali 13 kumpulan pelawak dan pelakon komedi tersohor dalam Maharaja Lawak Mega 2012.

Program yang menerima penyertaan daripada tiga buah negara untuk suatu pertandingan komedi terulung di rantau ini bakal bersiaran setiap hari Jumaat, 10.00 malam bermula 16 November 2012 di Astro Warna (Saluran 132) dalam pakej Mustika.

Majlis Sidang Media Pelancaran Maharaja Lawak Mega 2012 akan berlangsung pada minggu depan.

Turut hadir sewaktu majlis sidang media itu ialah para peserta dan pengacara program ini, Dato’ AC Mizal, Johan, Zizan, Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Nabil, Abon, Sathiya, Imuda, Mat Over, Taukeh, Yus, Rahim, Wan Lopez, Shahrol, Ajak, Abu, Ajo, Dodon, Amin Bawel, Aman, Eko, Bocil, Vicha, Bobo, AR Badul, Arif Sudin, Syuk, Fandi, Hazone, Achoe dan Wan.

Tak sabar nak tonton komedi terbaru dari peserta kali ini. Jangan ulang lawak musim lepas sudah lah.

Maharaja Lawak Mega 2012

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Kamal Adli Curang Dengan Intan Ladyana

Jelajah Anugerah Skrin 2012