in

Magis Top 5 Dalam Showdown 2011

Magis Top 5 Dalam Showdown 2011

Pentas SHOWDOWN 2011 digegarkan muzik dan persembahan hebat peserta Top 6. Suasana di i-City, Shah Alam minggu lepas riuh-rendah dengan sorakan penyokong-penyokong Top 6 SHOWDOWN 2011 yang membuat persembahan.

Kru-kru SHOWDOWN 2011 ternyata begitu teruja dengan tema “Street Flava” minggu lepas yang merupakan makanan mereka. Namun cabaran “Street Flava” ini tidak dipandang remeh oleh peserta Top 6. Masing-masing bersungguh-sungguh mempamerkan persembahan unik dan kreatif bagi meraih perhatian penonton dan juri.

Rata-rata persembahan Top 6 memukau pandangan sehingga pihak juri menghadapi kesukaran untuk memilih persembahan terbaik pada minggu lepas. Rokusteps dan Panic buat julung-julung kalinya menerima persembahan terbaik daripada pihak juri.

PANIC

Panic Tersingkir dari Showdown 2011

Satu lagi kru B-boy Blazin Squad terpaksa menamatkan perjalanan dalam SHOWDOWN 2011 apabila tersingkir pada minggu lepas. Blazin Squad yang tewas dalam sesi BATTLE menentang Rokusteps akur dengan keputusan juri dan menganggap penyingkiran ini sebagai adat dalam setiap pertandingan. Empat kru yang terpaksa ke sesi BATTLE minggu lepas ialah Rokusteps, Blazin Squad, Panic dan Bounce Stepperz.

SHOWDOWN merupakan program realiti ‘battle dance’ terbitan stesen tv hip 8TV. Program yang cukup dikenali sebagai satu-satunya rancangan pencarian tarian kru jalanan yang tergempak di Malaysia kembali menggegarkan industri hiburan untuk mencari kru terbaik untuk musim ke-dua. Objektif rancangan ini diadakan adalah untuk membawa tarian jalanan ke suatu tahap yang lebih tinggi disamping mengubah persepsi masyarakat terhadap tarian ini.

Sekali lagi kerancakkan melodi dan gerak tari unik dapat anda saksikan dalam sesi uji bakat SHOWDOWN 2011 yang telah diadakan di beberapa lokasi di Malaysia. Lebih daripada 100 kru telah hadir mencuba nasib sewaktu sesi ujibakat di adakan dibeberapa lokasi terpilih di Malaysia dan 12 kru terbaik telah dipilih untuk beraksi di pentas SHOWDOWN 2011.

Kini hanya tinggal lima (5) kru meneruskan perjalanan dalam SHOWDOWN 2011 bagi merebut gelaran juara SHOWDOWN 2011 sekaligus membawa pulang wang tunai RM 50, 000!

TOP 5 kru yang akan beraksi di pentas SHOWDOWN 2011 malam ini ialah Panic, Bounce Stepperz, Elecoldxhot, HMC Phlow dan Rokusteps.

Tema minggu ini ialah ‘Magic’ di mana peserta Top 5 perlu menggunakan kreativiti masing-masing untuk memberikan persembahan terbaik sekaligus meraih undian penonton.

Elecoldxhot @ Showdown 2011 Top 5 Live Show

SHOWDOWN 2011 sekali lagi mengalu-alukan penglibatan Joe Flizzow, penerbit album/rapper popular kumpulan Too Phat yang telah memenangi banyak anugerah industri, kembali memanaskan kerusi bersama kareografer/penari Sensasi terkenal – Maple Loo. Minggu ini ahli silap mata terkenal Anslem Roy Eric akan bersama-sama memeriahkan SHOWDOWN 2011 sebagai juri undangan. Turut sama memanaskan pentas SHOWDOWN 2011 minggu ini ialah penyanyi Iz Sulaini yang akan menghiburkan penonton.

“SHOWDOWN 2011 semakin hampir ke penghujung. Kini hanya tinggal lima (5) kru berentap di pentas SHOWDOWN 2011. Tekanan mula dirasai dan kelima-lima peserta bekerja keras untuk memastikan persembahan mereka mendapat komen yang baik dari pihak juri sekaligus memikat hati pengundi,” ujar Cik Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7.

Airin menambah “Saya cukup berbangga dengan komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan oleh kru-kru ini. Saya ucapkan Selamat Berjaya kepada kelima-lima kru ini,”

SHOWDOWN 2011 dengan bangganya dibawakan oleh 8TV dan dipersembahkan oleh Hotlink selaku penaja utama dan Sony sebagai rakan penaja. Kami turut mengalu-alukan kehadiran Vitagen sekali lagi yang turut tampil menjadi rakan penaja. Program ini turut disokong oleh Office Make Up yang menaja tatarias dan juga Snips yang menjaga dandanan rambut peserta-peserta. Manakala stesen radio FlyFM dan majalah Just Dance!, Majalah tarian No.1 di Malaysia diangkat sebagai rakan media tahun ini.

Song List:
Panic (PNC) Will.I.am feat. Nicki Minaj – Check It Out
HMC Phlow (HMC) – Pitbull – Pause
Bounce Stepperz (BOS) – Pink – Raise Your Glass
Rokusteps (RKS) – Enrique Iglesias – Dirty Dancer
Elecoldxhot (ECX) – Rihanna – S&M

SHOWDOWN 2011 juga sekali lagi akan memperlihatkan kelincahan Hafiz Hatim penyampai FlyFM untuk menjadi pengacara bagi rancangan paling hip ini. Bersedialah untuk menyaksikan persembahan oleh kru penari jalanan Malaysia di dalam SHOWDOWN 2011 di mana aksi tarian sebenar berlaku.

SHOWDOWN 2011 telahpun ke udara pada 6 April 2011 yang lalu, setiap hari Rabu jam 9.30 malam secara eksklusif hanya di stesen hip 8TV. Bermula pada 4 Mei 2011 SHOWDOWN 2011 akan bersiaran secara LIVE dari Ruang Terbuka (bertentangan dengan Snowalk) di i-City Shah Alam dan di sinilah segala-galanya bakal bermula.

Setiap minggu penonton akan dapat berkongsi rasa suka duka perjalanan kru-kru ini dan mengalami debaran akan pengumuman empat (4) kru yang mendapat undian SMS paling bawah yang ditentukan sendiri ditangan rakyat Malaysia. Empat (4) kru ini akan berhadapan dengan situasi BATTLE, di mana mereka perlu bertarung dengan skil tarian masing-masing untuk memenangi hati juri. Kru yang lemah akan dihantar pulang.

Untuk mengundi kru kegemaran, anda boleh menghantar SMS dengan menaip SD KOD KRU ke nombor 33399. Jika anda ingin mengundi secara pukal, taip SD 5 or SD 10 KOD KRU ke 33399.

Untuk mengikuti kisah-kisah sebalik tabir dan mengenali kru TOP 12, mendapatkan gosip-gosip dan info-info terkini, jangan lupa menonton SHOWDOWN 2011 Diaries…From the Streets yang akan disiarkan setiap hari Selasa, jam 11.30 malam bermula 3 Mei 2011.

Jika anda ingin menyaksikan dan mengalami sendiri trauma bagaimana kru-kru ini beraksi di hadapan anda, dapatkan tiket masuk ke persembahan `LIVE’ setiap minggu di sekitar seri jelajah untuk tujuan promosi di tempat-tempat berikut di bawah:

Anda juga boleh mendapatkan tiket SHOWDOWN 2011 dari kumpulan bergerak 8Team, dengan menonton 8TV Quickie ataupun melawati laman Facebook SHOWDOWN 2011. Selain dari itu, anda juga boleh datang sendiri ke Pondok Pengawal di Sri Pentas, setiap hari Isnin hingga Jumaat. Tiket-tiket boleh didapati dari jam 10.00pagi hingga 12.00 tengahari atau 2.00 petang hingga 5.00 petang bermula pada 30 April 2011.

Saksikan kehebatan gerak tari energetik, teknik `spin’ dan ‘stunt’ yang akan mereka pamerkan khas buat peminat-peminat dan mereka yang ingin mengenali mengenai tarian jalanan. Semua ini dapat anda saksikan hanya di 8TV atau menerusi Astro di saluran 708.

Interaktiviti dan isi kandungan laman sesawang SHOWDOWN 2011 juga menunjukkan perubahan yang besar tahun ini. Peminat-peminat berpeluang mendapatkan info-info terkini mengenai program, peserta dan muat turun dengan melayari laman sesawang SHOWDOWN2011 di www.8tv.com.my/showdown/2011. Apakah yang menarik dan terbaru tentang laman ini?

Anda bukan sahaja dapat mengenali dengan lebih dekat kru TOP 12 anda, bahkan peminat juga berkesempatan mendapatkan tip-tip tarian melalui video dari pakar tarian seperti Byron Carter dari Amerika dan BBoy China dari Thailand. Hanya tekan `LIKE’ di laman muka Facebook kru penari kegemaran anda, seterusnya anda akan memperolehi laman Galeri Video dengan meluasnya (video yang tidak pernah dipaparkan di TV sebelum ini, episod program SHOWDOWN 2011, episod-episod terbaru SHOWDOWN 2011 dan juga diari mingguan) dan Galeri Gambar (sesi ujibakat, Meltdown & kisah-kisah belakang tabir) serta banyak lagi. Satu lagi yang pasti bakal menarik perhatian adalah pengenalan aplikasi interaktif The Flippin Tournament dan anda berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik!

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan program-program 8TV kegemaran anda dengan melayari laman sesawang www.8tv.com.my. Apa yang lebih menarik lagi SHOWDOWN 2011 boleh ditonton oleh peminat dari luar negara menerusi www.tonton.com.my.

Anda juga boleh mengikuti perkembangan terkini di www.facebook.com/8TVshowdown. Kini anda juga boleh menonton program-program kegemaran anda di m.tonton.com.my menerusi telefon bimbit anda! Pastikan anda menjadi saksi kepada gerak tari baru yang kreatif dan teknik luar biasa peserta-peserta SHOWDOWN 2011.

Andakah anda seberani mereka?

HMC Phlow @ Showdown 2011 Top 5 Live Show

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mas Selamat The Fugitive Terrorist

Comment Judges Magic Top 5 Showdown