Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Magik Mila Bakal Menjuarai AF5?

Mila… namanya agak sunyi ketika Akademi Fantasia 5 membuka tirai. Seolah Mila pada awalnya adalah pelajar picisan yang tidak ramai menggamit peminat. Suara lunak merdunya tidak menjana tarikan yang segah mana. Buktinya, Mila tidak mempunyai kelab peminat seawal penubuhan kelab peminat Heliza dan Dafi. Mengapa ini berlaku?

Segalanya berubah dari minggu ke minggu, vokal Mila menampakkan satu kualiti yang berhasil. Kita telah saksikan pada malam ini Mila telah melalui fasa peningkatan yang begitu ketara. Saya kagum dengan pencapaian Mila. Suaranya sudah matang dan mempunyai tone yang dikehendaki dalam industri muzik tempatan. Lagu pop dan balada seolah menagih sentuhan suara Mila selepas ini.

Keselesaan Mila ketika mendendang lagu Pudar (Rossa) dengan gerak tari keceriaan serta vokal yang mantap bikin ramai yang jatuh hati dengan Mila. Bukan setakat itu sahaja, Mila mencatas halangan demi halangan. Ternyata untuk lagu duetnya, My Heart bersama Ebi terus membuka laluan cemerlang dengan persembahan dramatis yang cukup romantis. Satu-satunya aksi roman percintaan yang tidak terduga, kreatif dan inovatif dari Mila & Ebi. Begitu menjadi dan cocok sekali. Secara umumnya, Mila akhirnya meletop dengan magik memberangsangkan dalam konsert ke 9 ini. Syabas Mila! Sebagaimana yang diduga, Mila menerima biasiswa yang lumayan untuk ke pentas akhir minggu hadapan. Tahniah!

Mungkinkah Mila akan melakukan magiknya lagi? Mungkinkah magik Mila bakal menggendong Mila kepada trofi kejuaraan AF5? Kalaulah benar menjadi realiti, nampaknya kita terpaksa akur, juara AF5 dimiliki oleh pelajar perempuan. Dan ini yang anda ingin lihat bukan? Kita dah jemu melihat klisenya 4 juara berderet-deret digondol oleh kaum Adam, mengapa tidak kali ini anda naikkan nama Mila sebagai juara? Anda bersetuju? Teruskan mengundi Mila!

Technorati Tags: , ,

Tags: , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Lirik Lagu Persis Mutiara - Mila AF5
  • Mila Bergaduh Dengan Candy Sebab Ebi?
  • Mila AF5, Juara Yang Sedang Laris
  • Sebalik Pembikinan Video Klip Mila Terbaru GILA
  • Gossip Mila Kena Ludah Ebi, Video Klip Ilham di Matamu
  • Apa Kata Survey & Pool gua.com.my; Mila atau Siti Nurhaliza?
  • Jom bersantai Bersama Mila di Perasmian DA VOM!
  • Gambar Mila Jirin AF5 @ Pra Tonton High School Musical 2
  • Mila Juara Wanita Pertama Akademi Fantasia!
  • Perjanjian Persefahaman MC Voices & Stars Sdn Bhd bersama MAESTRO



  • 23 Komen untuk entri “Magik Mila Bakal Menjuarai AF5?”

    1. pakcik MMA kata:

      afundi mila. tapi budeiy sure lagi suker heliza kan? hehehe. Bereh

    2. harman kata:

      Mila mmg layak ke final….in fact dia layak menjadi Juara af5 pun!!! saya rasa mila lah pelajar yg paling tekun, committed, dan she has done the trainers proud…saya mula tertarik dgn mila masa dia perform aishah’s song melukut di tepi gantang pd minggu ke 3 tu….dan from then on mila just kept improving and she never failed to impress me….harapan saya ……moga2 mila dpt menjulang trofi juara af5 pd 19/5 nanti….dengan ebi sebagai naib juara :)

    3. Lina kata:

      Mila memang layak menjadi JUARA AF5….mempunyai suara dan rupa. Sekurang-kurangnya dia bukan juara di sebabkan sms. Dia telah membuktikan yang dia layak ke final di sebabkan bakatnya.

    4. coinsss kata:

      Klau betul Mila juara AF5, Mila berjaya melakar sejarah sebagai Pelajar perempuan Pertama yg berjaya Menjuarai Akademi Fantasia. Doakan Kejayaan Mila dan jangan Lupa AFUNDI MILA

    5. faidhi kata:

      i think mila can be a champion … she shows a lot of improvement .. cayala mila .. wazzup wazzup

    6. sharmilla kata:

      mila mmg layak jadi juara af5 tahun nie…..go go go AFUNDI MILA….jangan sia-siakan bakat mila…dia mmg ada magik…..

    7. mamatTok kata:

      Setuju…penyampaian Mila lagu “Melukut di Tepi Gantang” mengangkat undian kepadanya saban minggu..suka dengar Mila nyanyi. Tapi juara AF? Hmmm….suka nak tengok Heliza jadi juara sebenarnya! Ok dok? Bereeeeh!

    8. Don Alfian kata:

      Hanya Mila yang layak jadi juara AF5…..no one else can..
      Sejak dari minggu pertama lagi, masa org lain tak nampak Mila,
      aku dah rasa budak kecik ada something yg hebat. Memang tepat
      tekaan aku…. go Mila.

    9. aLya75 kata:

      mila juara sebenar af5…!. Juara pertama wanita setelah 4 tahun berturut-turut digondol oleh pelajar lelaki. Tahun ini kita bakal melihat juara wanita yang pertama. Setelah Vince, Zahid, Mawi, Faizal…Mila akan pasti menjadi penyambung kepada juara-juara yang terdahulu. Mila…layak dinobatkan sebagai juara af tahun ini.. Cayalah cakap aku…Mila punyai magic. Dia tiada aura tetapi magnet!.

    10. FND84 kata:

      Mila….aku caya final nanti kau pasti akan menjulang trofi kemenangan!. Kau adalah juara af5 yang sebenar. Walau apapun…semoga impian kami selaku penyokong kuatmu akan tercapai. Kau pasti akan menjadi juara…Mila in a million!!!

    11. Ultraman Dyna kata:

      Comel budak ni…. aku suka kalau dia jadi juara….

    12. Astro Boy kata:

      Wazzup wazzup…..yes Mila memang sesuai kalau bergelar juara
      AF5, pakej cukup, comel, suara husky, gedik sikit (tu yang best tu),
      semua okla.. keluar album nanti, abg mesti beli…

    13. ischae kata:

      mila:love: wazzup wazzup..mila for juara af5!

    14. sar_endear kata:

      Mila is the best…tidak rugi kalau kita semua vote dia. dia memang berbakat. bak kata siti…kecil-kecil cili padi, tapi saper tahu isinya, sejauh mana pedasnya. so apa tunggu lagi guys, vote for her. jadikan mila champion di konsert akhir ni….

    15. Samdol Hensem kata:

      Sapa tak undi Mila memang buta seni….takkan tak nampak mila
      punya bakat yang besar….. dia nampak gedik dalam diari tu biasala..
      korang pun kalau dah 10 minggu duduk dalam tu mungkin biol jugak
      kepala… tu pasalla nampak dia macam gedik. Pada aku tu bukan
      gedik… tapi jujur. Yang penting, jgn lupa afundi mila, pastikan dia
      jadi juara AF5….

    16. vea _ mitchi kata:

      Mila mempunyai suara yang power.memang patut mila masuk Final.

    17. ViVa_MiLa kata:

      Mila layak digelar JUARA AF5…
      Jgn sia2kn bakat yg ada dalam diri MILA…
      AFUNDI MILA…. teruskn undian kita….
      sudah semestinya MILA akan lakukan magic!
      dan penyokong MILA juga perlu lakukan magic utk MILA….

    18. aek kata:

      mila oh mila … aku jatuh cinta

    19. CiK kEpO kata:

      MILAAAAAAA JUARAAAAAAA!!!!!!!! SHE DESERVED IT!!!!! DYE BYK IMPROVEMENT….MMG KETARA… SPTTNYA NO.1–>MILA NO.2–>HELIZA NO.3–>CANDY EBI N ASWAD NO.4 N 5…….. PENGUNDI2 EBI N ASWAD bUTA SENI!!!!!!!!! DAH LA NYANYI XSEDAP!!!! PENGKRITIK PUN TAK HENGEN BG 4LMPU BIRU!!!!!!!!!!!! WAKAKAKAKAKAKAKAKKAKA GURL RULEZZZZZZZZZZZ!!!!!!!!!!!

    20. bdk pop kata:

      huhu..
      mila mmg best!!
      cute lg 2!!
      really2 talented..
      hope she’ll success in he career!!
      lurve ya mila!!
      take care!!
      wazzup2!!(a litte bit sengau ayte?!)

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET