• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

M. Nasir Puji Suara Dato’ Siti Nurhaliza

7
  • by Budiey
  • in Siti Nurhaliza
  • — 17 Nov, 2008

Wow, M. Nasir puji suara Dato’ Siti Nurhaliza. Kata M. Nasir, Siti adalah suara! Baca berita di bawah ni buat Budiey rasa tak sabar nak dengar lagu-lagu baru Siti.

Siti adalah suara – M. Nasir

SEBAIK sahaja kaki melangkah masuk ke studio Luncai Emas milik M. Nasir di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor telinga terus menangkap ritma dan alunan lagu yang sedang berkumandang dari tingkat atas studio tersebut.

Telahan mula bermain di fikiran. Apakah lagu ini bakal dimuatkan dalam album terbaru penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza berkonsepkan tradisional kontemporari yang akan menjengah pasaran tidak kurang daripada sebulan sahaja lagi?

Daripada pendengaran saya, lagu yang berjudul Ada Masa Mata itu mampu mencuri perhatian pendengar dan peminat setia Siti kerana keunikan yang terletak dalam lagu tersebut. Iramanya begitu berbeza dengan apa yang pernah dipersembahkan Siti sebelum ini.

Bukan itu sahaja, lagu itu lahir dari hati seorang komposer ternama bernama M. Nasir yang bergabung tenaga dengan penulis lirik, Ad Samad. Bila M. Nasir bergabung dengan Siti – ia membawa makna yang cukup besar seperti mana impak yang diberikan mereka berdua pada lagu duet Bagaikan Sakti pada tahun 2004. Namun kali ini, kolaborasi ini sewajarnya diiktiraf sebagai kerjasama bistari kerana M. Nasir ada pandangan tersendiri bila membicarakan mengenai biduanita muda itu.

Dalam pertemuan eksklusif Hits dengan mereka berdua di studio rakaman itu minggu lalu, M. Nasir memberikan rumusan yang menarik mengenai penyanyi wanita yang masih belum mampu ditandingi tred rekod kejayaannya itu.

“Apabila memperkatakan tentang Siti, dia adalah suara. Dia (Siti) tidak perlu untuk mengikut trend semasa dalam melahirkan sebarang album. Apa sahaja lagu, dia boleh nyanyikan dan dia tiada masalah untuk mencari lagu yang sesuai untuknya,” demikian luahan jujur seniman terbilang ini mengenai Siti.

Malah, M. Nasir turut memuji Siti yang begitu berani bereksperimen dengan muzik serta lagu yang baru dan bermain dengan lenggok vokal yang boleh dianggap mampu mencabar kredibiliti vokalnya.

Bagi komposer terulung ini, dia juga melahirkan rasa gembiranya kerana dapat berkerja dengan penyanyi terbaik yang pernah dilahirkan oleh industri muzik tanah air. Dan untuk kerjasama kali kedua ini, M. Nasir menyifatkan gabungan ini sebagai takdir meskipun pernah digandingkan pada pelbagai pentas persembahan.

“Mengenai lagu Ada Masa Mata ini, ia merupakan lagu pertama yang saya cipta dalam bengkel berkenaan. Alhamdulillah, ia berjaya menambat hati Siti dan saya sebenarnya tidak mengambil masa yang lama untuk menghasilkan lagu ini. Jika ditanya kepada saya tentang keistimewaan lagu ini, ia terletak pada elemen muzik rambong serta mempunyai jalur muzik dari negara Thailand. Malah, saya juga terapkan sedikit unsur muzik Melayu dan Cina.

“Kita perlu berani lakukan perubahan demi peminat masa kini dalam usaha mereka untuk terus mencintai khazanah muzik kita,” tutur seniman ini penuh makna.

PELBAGAI IRAMA

Jika begitu terjemahan M. Nasir mengenai Ada Masa Mata, Siti Nurhaliza pula sudah tentu mempunyai sebab yang kukuh mengapa lagu ciptaan sifu muzik itu menjadi pilihannya untuk dimuatkan dalam album terbarunya itu.

“Saya mahu mempelbagaikan lagi irama dan muzik yang belum lagi diterokai dalam usaha untuk kita memartabatkan lagu-lagu warisan bangsa kita. Lagu Ada Masa Mata sememangnya cukup unik dan saya amat menyukainya. Muziknya ringkas namun catchy dan itu yang telah memikat hati saya. Secara zahir nampak mudah, namun, ia agak sukar juga untuk dibawakan kerana saya perlu mencorakkan lenggok vokal saya untuk menepati apa yang dimahukan oleh M. Nasir. Apatah lagi, dia mahu disampaikan dengan gaya nakal (ketawa kecil) dan saya telah mencuba yang terbaik,” demikian jawapan yang diberikan Siti pula.

Ada Masa Mata merupakan salah satu daripada 13 buah lagu yang dicipta untuk Siti menerusi Bengkel Cipta Ekspres yang dianjurkan oleh Badan Perlindungan Hak Cipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP) yang diadakan pada awal tahun ini. Kolaborasi Siti dan M. Nasir kali ini ternyata menyingkap kenangan manis antara mereka berdua kerana selepas empat tahun, mereka bertemu kembali atas nama seni.

Kali pertama mereka digandingkan dan berpadu kesaktian vokal masing-masing adalah menerusi lagu indah, Bagaikan Sakti yang menjadi salah satu lagu tema untuk filem termahal negara, Puteri Gunung Ledang pada tahun 2004. Empat tahun berlalu, ternyata tiada yang banyak berubah apabila dipertemukan sekali lagi dengan Nasir.

Yang berubah hanyalah status Siti sahaja yang kini sudah bergelar isteri.

“Saya memang menghormati cara dia bekerja. Walaupun raut wajahnya nampak tegas namun apabila bekerja, dia sebenarnya seorang yang relaks dan tahu apa yang perlu dilakukan. Seperti mana rakaman lagu Ada Masa Mata ini juga, ia tidaklah susah mana sebenarnya. Cuma, ada kalanya bila kita menyanyi, kita rasa dah okey tetapi ia tidak mencapai kepuasan seperti mana yang dikehendaki oleh komposer.

“Malah, sewaktu rakaman ini pun, tiada sebarang masalah yang berlaku dan kalau dia tidak puas hati dengan penyampaian saya, dia akan beritahu dan saya akan perbaiki mengikut apa yang dia mahukan,” jelas Siti yang anggun meskipun berpakaian ringkas pada petang itu.

Tambahnya lagi, dengan adanya lagu seperti Ada Masa Mata ini, ia mampu mempelbagaikan lagi jalur muzik untuk dibawakannya dalam setiap persembahannya. Album terbarunya yang akan dipasarkan pertengahan Disember ini merupakan album studionya yang ke-13 manakala yang kelima untuk diskografi tradisional selepas Cindai (1997), Seri Balas (bersama Noraniza Idris) (1999), Sahmura (2000) dan Sanggar Mustika (2002).

Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa juga tidak mampu menyembunyikan kegembiraannya di samping mengharapkan album ini diterima dengan baik sementelah lagu bercorak demikian kini semakin kurang mendapat perhatian.

“Saya rasa bangga dengan penghasilan album ini kerana ia berjaya menghimpunkan ramai nama besar yang begitu mahir dan arif dalam penghasilan lagu sebegini. Begitu juga dengan komposer muda yang saya kagum dengan semangat mereka. Saya percaya dengan jentera promosi yang kuat, album ini mampu memikat hati pendengar dan peminat saya yang sudah sekian lama menantikan album ini daripada saya,” katanya optimis.

Daripada 13 buah lagu yang dicipta untuk Siti dalam bengkel tersebut, Siti hanya memilih 10 yang terbaik manakala selebihnya disimpan untuk projek yang akan datang. Termasuk Ada Masa Mata, Siti telah merakamkan lima buah lagu yang dicipta oleh Johari Teh, Johan Nawawi, Adnan Abu Hassan dan Zul Mahat.

Malah, Siti juga sudah merakamkan lagu ciptaan komposer seberang, Katon Bagaskara yang berjudul Cinta Ini dan Datuk Shuhaimi Mohd. Zain atau Pak Ngah yang sinonim dengan lagu tradisional untuk Siti juga sudah menyiapkan sebuah lagu untuknya. Untuk memberikan yang terbaik, Siti telah mengambil masa selama 11 hari daripada jadualnya untuk menumpukan perhatian kepada pembikinan album ini.

“Selepas habis rakaman vokal, barulah album ini nanti akan dimasukkan dengan elemen muzik yang lain seperti strings di bawah pimpinan Eddie Marzuki sebelum dihantar untuk mastering,” katanya yang akan menjalani penggambaran untuk kulit album yang masih belum berjudul ini minggu hadapan.

Lirik peribadi Ad

Sementara itu, penulis lirik lagu Ada Masa Mata, Ad Samad berkata, dia hanya mengambil masa selama 30 minit sahaja untuk menulis liriknya. Tambahnya, dia berterima kasih di atas situasi yang dihadapinya ketika itu yang telah melancarkan kerjanya.

“Ada Masa Mata lahir daripada tekanan dan emosi yang saya alami ketika itu. Pada ketika itu, semua mengalami masalah yang sama kerana perlu menghasilkan lagu dan lirik dalam masa tiga hari. Jadi, selepas berdepan dengan insiden yang cukup menyakitkan hati (ketawa), saya terus pulang ke bilik dan tanpa disedari, lirik pun sudah siap. Asasnya, lagu ini mengisahkan bagaimana ada kalanya mata dan hati bisa memberikan pandangan dan nilaian yang berbeza antara satu sama lain,” katanya yang kali kedua bekerja dengan M. Nasir.

Jelas Ad, lirik untuk lagu ini dihasilkannya adalah ringkas seiring dengan melodi lagunya.

“Bimbang juga kalau persepsi masyarakat apabila melibatkan lirik yang ringkas ini. Nanti mereka mengatakan kita lekeh dan tidak serius tetapi hakikatnya, kita perlu faham dan tahu karakter lagu tersebut untuk disesuaikan dengan liriknya,” kata Ad yang pernah menyumbangkan dua buah lagu untuk Siti dalam album E.M.A.S untuk lagu Oda Bumi Anbiya dan Airmata Ibu.

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: Siti Nurhaliza

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Evian Launched Limited Edition Bottle Debuts in Malaysia
  • Next story Gambar Wedding Rusdi Ramli dan Sharon Paul Kahwin

ENTRI BERKAITAN

  • Dato’ Siti Nurhaliza Kembali Bekerja 1 April Ini 26 Mar, 2009
  • Siti Nurhaliza Tidak Sihat Dinasihatkan Cuti Rehat 16 Sep, 2010
  • Gambar Ceria Dato’ Siti Nurhaliza Dalam Majalah MANJA 25 Oct, 2008
  • Datuk Siti Nurhaliza Hantar Mohd Adib Study ke Melbourne, Australia 13 Feb, 2008

7 Comments

  1. kirana says:
    Tuesday, November 18, 2008 at 4:39 pm

    aku rse budiey ni mmg peminat ct ar…bkn men pjg lbr g cite nye…tp korg pasan x pe yg aku pasan?aku xckp pape ar.mgkn penataan cahaya ms amik gmbr kot @ mmg kaler suar/kain ct skin kaler…

  2. NAK KOMEN says:
    Tuesday, November 18, 2008 at 7:19 pm

    La baru perasan ke Kirana…Budiey ni sama macam Sultan Muzaffar..Dua – dua Blogger ni memang fanatik Datuk Siti kot:-) Takpelah….dah Blog / portal mereka…suka hati diorang la nak lambakkan cite artis kesukaan mereka kan? hehe…Kalau suka baca, tak suka abaikan jelah:-)

  3. Brunei bah... says:
    Tuesday, November 18, 2008 at 10:24 pm

    Takdelah…. Aku rase kan Budiey nih.. Dier dah mula nak berpaling arah (minat) kat CT…! Before ni memang dier minat artis lain.. Tak ingat la sape tu nama dier.

    Ewah Ewah Ewahhhh…. Pandai pulak kite ni cakap cemni eh.

    Hehehheee

  4. coco says:
    Tuesday, November 18, 2008 at 10:30 pm

    betol tuh Nak Komen.. kalo dah masing2 nyer minat kan suke ati dorang la kan.. xkan kita lak nak sibuk2.. mcm yg Nak Komen ckp la kalo suka baca n kalo xsuka abaikan jer.. mcm coco gak kalo coco xsuka pada artis tu coco xbaca n nyibuk nk kutuk @ komen yg kononnye nk menegur tuh… hmm rasenyer budiey pon x amik pusing pon nga kata2 pembaca yg budiey xkenal ni.. lgpon die peduli ape, kalo org nk masuk baca blog dia dialukan tp kalo xmau pon rasenyer budiey xpenah paksa pon lgpon dgn kemasukkan korang ke blog ni akan menambahkan lagi hit blog ni & pendapatn budiey sndiri. ye x budiey? hehehe

  5. Itsme says:
    Wednesday, November 19, 2008 at 12:54 am

    baru sekarang nak puji…?

  6. amar182 says:
    Wednesday, November 19, 2008 at 1:58 am

    tapi ade la sesetengah umat manusia ni walaupun x suka die tetap nak baca & bagi komen. komen2 diorang plak of course la negatif sokmo…

    orang yg macam ni yg aku paling tak faham skali. x suka tp still nak baca. isn’t that stupid? :-/

  7. zeti says:
    Saturday, June 26, 2010 at 11:09 am

    yg kt bwh 2 skin ct ke sluar?

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Nasihat Anzalna Nasir Kepada Sharifah Sakinah
    • Pengakuan Tasha Shila Tentang Hubungan Dengan Mahali Jasuli
    • Lebih 20 Selebriti Jayakan Festival Hari Belia 2013
    • Maxis Umum Pelaksanaan Program Rintis Maxis Ekelas
    • Senarai Program Menarik Sempena Cuti Sekolah di TV3
    • Belia Hangatkan Jom Heboh Putrajaya
    • One Nite Only With Nash Lefthanded
    • Telemovie Kisah Fantasi Mesin Masa Cinta Atuk
    • ntv7 Anjur Kempen Will & Kate & The Royal Baby
    • Senarai Filem Menarik di Cuti Sekolah Di TV1
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • nashOne Nite Only With Nash LefthandedSaturday, May 25, 2013
    • Bintang-Mencari-BintangAchey Juara Konsert Penentuan Kumpulan A Bintang Mencari BintangWednesday, May 22, 2013
    • konsert-mega-bintangPeraduan Menangi Tiket Konsert Mega BintangTuesday, May 21, 2013
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • nura on:Bapa Afiq Muiz Diminta Tampil Jadi Orang Tengah Selesai Kemelut
    • nina on:Datuk Seri Najib Orang Pertama Dapat Kad Kahwin Beego & Linda
    • nina on:Gambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala Lumpur
    • nina on:Gambar Nubhan & Mila Jirin Berkaraoke Lagu Cinta Kasih di Red Box
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Nasihat Anzalna Nasir Kepada Sharifah Sakinah
    • Pengakuan Tasha Shila Tentang Hubungan Dengan Mahali Jasuli
    • Lebih 20 Selebriti Jayakan Festival Hari Belia 2013
    • Maxis Umum Pelaksanaan Program Rintis Maxis Ekelas
    • Senarai Program Menarik Sempena Cuti Sekolah di TV3
    • Belia Hangatkan Jom Heboh Putrajaya
    • One Nite Only With Nash Lefthanded
    • Telemovie Kisah Fantasi Mesin Masa Cinta Atuk
    • ntv7 Anjur Kempen Will & Kate & The Royal Baby
    • Senarai Filem Menarik di Cuti Sekolah Di TV1
    • AirAsia Foundation Awards Sabah Social Enterprise with Micro Hydro Grant
    • Thirty Seconds To Mars Exclusive Album Preview Party
    • Afiq Muiz Mengaku Hilang Kerja & Dibanned Stesen TV
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.