in

Luxola Perkenal Jenama Baru Yang Halal & Terjamin

[dropcap]J[/dropcap]enama e-dagang untuk produk kecantikan terkemuka di Asia Tenggara, Luxola.com semakin bergerak maju ke depan dan Budiey lihat laman sesawangnya juga sudah berjaya menggamit ramai pembeli, Terbaru, Budiey dikhabarkan ada ciri-ciri jenama baru bahagian halal dan vegan. Wow ini dah bagus dan sangat sesuai dengan orang Islam di serata tempat.

Luxola

Budiey kira ini adalah satu kesedaran sivik untuk menjaga keselesaan pelanggan, ciri-ciri yang juga baru-baru ini ditambah sempena bulan Ramadhan ini untuk menggalakkan pembeli Muslim untuk berasa selesa semasa membeli-belah untuk produk mereka.

Menurut kata Pengarah Pemasaran bagi Luxola Malaysia, Nadzirah Hashim:

“Adalah penting bagi orang ramai berasa selesa semasa membeli-belah untuk produk di laman web kami. Kami memahami bahawa ramai orang Islam dan vegan suka dan menghargai usaha ini yang mengapa kami membuat keputusan untuk melaksanakan ciri ini.”

Antara banyak jenama yang halal dan vegetarian untuk membeli-belah di Luxola termasuk kosmetik oleh Smooch, berus solek oleh Sigma, produk penjagaan kulit dengan VMV, pengilat kuku oleh Models Own dan juga mandi dan produk badan oleh Korres.

“Menyedari keperluan pasaran Malaysia dan Indonesia, team Luxola akan terus membawa masuk produk yang terbaik dari jenama kecantikan antarabangsa… Yang paling penting, kami akan memastikan produk adalah halal dan vegan untuk pelanggan-pelanggan kami bagi memberikan kepuasan membeli-belah dengan penuh keyakinan.”

Untuk info lanjutla kan, anda yang suka sangat nak beli secara online tu, boleh melawat www.luxola.com untuk menyemak ciri baru ini.

Luxola

Luxola

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Airasia Not Involved With Lottery Programs

The Super Cute Rancangan TV Cari Bakat Model Kanak-Kanak