LURVE… Apa Ada Pada Cinta?

Cinta… Love… Lurve…

Satu perkataan yang sungguh keramat. Penuh dengan azimat dan di dalamnya ada rasa nikmat. Tapi jangan sampai kita terperangkap.

Ada apa pada cinta?

Bagi Budiey cinta boleh membuatkan seseorang itu bahagia dan boleh jugak buat seseorang itu menderita.

Makna cinta itu sangat luas dan kompleks. Kerana cinta itu adalah satu perasaan yang datang dari hati. Terpulang pada kitalah untuk mencorakkannya.

Persoalan, sejauh mana cinta memainkan peranan dalam hidup kita.

Ada orang suka dengar lagu cinta, ada orang suka layan filem cinta. Macam-macam lagilah pasal cinta.

Dua tiga menjak ni, kita disogokkan dengan berita artis berkahwin dan artis bercerai. Macam-macam kisah yang kita dah dengar. Kalau buat novel atau drama barangkali boleh buat dalam 20-40 episod.

Yang pasti, kerana cinta, manusia sanggup lakukan apa sahaja.

Orang kata, kerana cinta, ada artis yang jadi tak tentu hala, hilang pertimbangan.

Kerana cinta, ada juga yang nampaknya sanggup mengenepikan undang-undang negara.

Cakap pasal cinta ni, Budiey ada terjumpa dengan sebuah video di Youtube. Video tu berjudul “Taking Back My Lurve”. Anda boleh klik di SINI !

Sila klik video ini untuk menonton:

Bagi Budiey, secara keseluruhan video yang dilakonkan oleh sepasang kekasih iaitu Kevin Chan dan Olivia ini menceritakan tentang kerenah sepasang kekasih yang selalu bergaduh, merajuk dan marah. Orang kata, marah-marah sayang.

Sebenarnya, kalau nak tahu, lakonan & jalan cerita ini adalah spoof dan diinspirasikan daripada sebuah iklan TV untuk snek “Lurve”.

Budiey tengok diorang ni pun memang lawak sebab bersungguh-sungguh suka dengan snek tu sampai sanggup berebut-rebut dan bergaduh. Betapa istimewa dan pentingnya snek itu dalam hidup mereka.

Realitinya, situasani sebegini adalah cermin kepada kehidupan sebenar di mana kita secara naturalnya akan suka dan jatuh cinta dengan orang yang lebih sihat dan lebih ceria daripada kita. Jadi, snek tu cuma adalah satu simbolik.

Namun, akhirnya, kerana cinta yang ada dalam jiwa, couple ni kembali tenang. Yang marah jadi sayang, yang rajuk rela dipujuk.

Dalam pada itu, Budiey rasa ada rahsia terselit dalam video ini. Walaupun cinta setinggi gunung sekalipun, tapi kalau hidup masih lagi tidak sempurna dan bahagia, cinta itu tak ke mana sebenarnya.

Jadi, betullah orang kata, untuk bercinta kena capai cita-cita dulu.

Bagi Budiey, video ini sangat kreatif dan berani. Ianya senang difahami walaupun terlalu banyak konflik yang berlaku dari awal hingga akhir.

Dilatari pula dengan lagu Taking Back My Lurve. Lagu asal dinyanyikan oleh Enrique Iglesias. Tapi dalam video ini, ada beberapa rangkap lirik dinyanyikan sendiri oleh Kevin Chan. Memang sempoi je vokal dia.

Video ini sudah tentu menelan kos dan belanja yang agak tinggi kerana banyak barang yang dimusnahkan. Termasuklah cermin kereta dipecahkan, botol minuman keras, dihempas ke lantai, pinggang, buah tembikai dan macam-macam lagi. Berani betul. Ada bakat jadi pelakon filem.

Shot yang diambil pun memang menarik dan kreatif. Syabas kepada pencipta video ini. Dalam 5 bintang, Budiey kasi 3 bintang.! Bravo!

Apa-apa pun, klik di sini untuk tengok sendiri rakaman video ini. Klik SINI !

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Kenangan Project Alpha Reunion di Kuching Sarawak

Peraduan Jom Menonton Filem Diary Of A Wimpy Kid