in , ,

LoQue Selamat Dikurniakan Anak Sulong Perempuan

[dropcap]P[/dropcap]agi ini, Budiey dihubungi oleh penyanyi, pemuzik dan komposer terkenal, LoQue atau nama sebenarnya Khairil Ridzwan Annuar melalui Whatsapp. Vokalis grup MonoloQue ini memberitahu satu berita gembira di mana isterinya, Dahlia telah selamat melahirkan anak sulong mereka seberat 2.785 kilogram di University Malaya Specialist Center (UMSC), Petaling Jaya pada jam 3.36 petang, pada hari Rabu, tanggal 17 April 2013 yang lalu.

[pullquote align=”right”]LoQue dan isteri mendirikan rumahtangga dengan Dahlia Nadia Johari pada Januari 2010[/pullquote]

Budiey juga turut diperkenalkan nama bayi perempuan comel yang bernama Anggerik Dang Jelita. Sangat klasik nama anak MonoloQue. Ya, sesuai dengan imej beliau yang sangat sukakan akar umbi Melayu. Namun menurut MonoloQue, nama baby ini dipilih kerana untuk mengikut legasi nama bondanya yang juga dari nama bunga (Dahlia). Jadi, disebabkan dapat anak perempuan, memang elok untuk sambungkan nama bunga sebab nama bunga ni cantik-cantik dan sangat sedap untuk disebut.

anak loque

“Saya sangat sukakan sesuatu yang klasik di samping semua orang tahu maksudnya tapi taklah sampai menggunakan prosa-prosa klasik yang kena pakai kamus untuk faham nama itu. Maklumlah zaman sekarang ni, banyak nama-nama moden yang bunyinya agak kebaratan. Jadi, saya dan isteri mahu kembali ke akar umbi.”

Betul juga tu, yang penting senang nak sebut & simple.

LoQue juga ada meletakkan gambar di Facebook miliknya:

Wahai Anggerik Dang Jelita,
Hadir bagai pelita,
Penerang, memecah gelap gelita,
teruja Ayah dan Bonda, tak terkata..

Apa perasaan LoQue bila dikurniakan seorang anak perempuan yang comel?

“Saya sangat terkesima, tak percaya dapat anak comel dan cukup sifatnya. Saya sangat bersyukur pada Tuhan kerana dikurniakan seorang anak.”

Tahniah Budiey ucapkan buat LoQue dan isteri. Semoga anak sulong ini membesar dengan sihat, menjadi anak yang berguna dan dibelai dengan penuh kasih sayang. Terima kasih kepada LoQue di atas gambar-gambar baby Anggerik Dang Jelita yang comel-comel ni.

Untuk info, LoQue (sebut: Lohk) merupakan vokalis dan gitaris untuk band Butterfinggers dan berkelulusan Berklee College of Music, Boston, Amerika Syarikat (Ijazah jurusan Composition & Synthesis) dan pernah mendapat pengiktirafan sebagai pelajar Dean’s List dari Berklee College; graduan Magna Cum Laude kelas 2009. Loque pernah popular dengan lagu duet bersama Atilia berjudul Kekanda Adinda dan lagu tersebut berjaya ke pentas finalis Anugerah Juara Lagu. Monoloque pernah merakam album yang diberi judul Hikayat Halimunan Abad Ke-21.

Anak Pertama MonoloqAnak Pertama Monoloq

Anak Pertama Monoloq

monoloQue isteri

Dari kiri: Nadiya Nisaa, Dahlia & LoQue semasa hadir di Pelancaran FFM25 yang lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Datuk Seri Najib Orang Pertama Dapat Kad Kahwin Beego & Linda

Kisah Cinta Tidak Berkesudahan Dalam Love Compulsory 2