in

The Lomas Super Duper Fc Bowling Tournament Havoc

Pada 25 Oktober lalu telah berlangsungnya satu pertandingan bowling tertutup anjuran Kelab Peminat The Lomas FC iaitu gabungan empat buah FC artis iaitu Belanisticfans, Indah Lover Fans, Real Team Esah dan Team Amira.

Objektif pertandingan bowling tersebut adalah bagi mengeratkan lagi hubungan peminat The Lomas yang terdiri daripada Nabila, Amira, Aisyah dan Indah yang kini tampil berempat sebagai The Lomas menerusi lagu Bila Larut Malam yang kini hangat di corong radio.

Azhar, Bella, Indah, Amira, Aisyah,Hael

Azhar, Indah, Bella, Amira, Aisyah & Hael

Program yang bermula pada jam 3 petang itu berlangsung di Ampang Superbowl Ampang Point turut diserikan lagi dengan penampilan Azhael yang muncul membuat kejutan dengan membawa kek hari jadi sempena ulang tahun Amira yang ke 21 pada penghujung acara.

Bellanistic Fans

Bellanistic Fans

Alhamdulillah event yang dirancang oleh semua admin The Lomas telah berjalan dengan lancar jadi disini Bella ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang mengikut serta event bowling The Lomas yang dianjurkan oleh The Lomas Fc sendiri. Ia merupakan event yang tak dapat dilupakan kerani kami The Lomas dapat mengeratkan dan merapatkan lagi hubungan kami dengan fans. Bella berasa amat terharu atas sokongan yang tidak terhingga mereka terhadap kami dan Bella berharap mereka semuacakan terus support kami dan bella harapa akan diadakan lagi event yang sebegini sebab event macam ni sangat bagus untuk kami juga. ☺ Jatuh Bangun Bersama!

Perasaan Aisyaah sangat terharu apabila melihat penggemar-penggemar kami semua berkumpul dan menunggu kedatangan The Lomas and bila kami sampai je mereka semua start menyanyikan lagu Bila Larut Malam! And fact that they made an effort untuk organize the whole event, siap ada trophy dengan nama Lomas, ada banner siap. And knowing that kami Cuma ada satu single je sekarang ni, makes me feel so much more appreciated and loved.

Real Team Esah

Real Team Esah

BellanisticFans muncul juara dalam pertandingan ini. Tempat kedua pula di menangi oleh Indah Lover Fans manakala tempat ketiga dimenangi oleh Real Team Esah . Team Amira terpaksa berpuas hati ditempat keempat. Peminat dan artis ternyata sangat havoc dan sporting dan pelbagai aksi lucu dan mencuit hati dapat dilihat sepanjang aktiviti berlangsung.

First sekali aktiviti ni Indah enjoy sangat-sangat dan bagus untuk The Lomas juga sebab sekian lama tak buat gathering yang macam ni plus main bowling pun satu sukan yang sihat dan boleh mengakrabkan lagi perhubungan antara artis dan peminat. Indah rasa lebih dekat dengan fans dan rasa lebih menghargai antara satu sama lain. Insyaalah. Kalau boleh selalu la buat gathering lagi sebab Indah suke hehehe.

Team Amira

Team Amira

Perasaan Mira semestinya sangat gembira dan paling-paling Mira excited dan rasa sangat dihargai bila mereka semua buat suprise birthday untuk Mira. Mira harap sangat ada lagi event macam ni, jadi kami dengan fans akan lebih rapat serta bekerjasama dan hubungan tu akan berkekalan dan berpanjangan tak kiralah susah atau senang kita tetap bersama. So lepas ni kalau ada show ke boleh la kita ramai-ramai berkumpul lagi. Overall Mira sangat happy dan nak ucap terima kasih sudi datang buat suprise, spent duit, spent masa, spent tenaga untuk buat semua ni. Tanpa korang sapa lah kami hehehe.

Kepada semua peminat yang ingin mengikuti perkembangan The Lomas, boleh la follow Twitter serta Instagram The Lomas FC .

Twitter : @theLOMASfc
Instagram : @theLOMASfc

Indah, Bella, Amira, Aisyah

IMG-20141026-WA0197

IMG-20141026-WA0205

IMG-20141026-WA0225

Indah Lover Fans

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh Peserta Program Mentor Legend TV3

Pengalaman Pelanggan Maxis Di Midnight Express™ iPhone 6