in

Liyana Fizi & Couple di My Acoustic Affair

Managemix mempersembahkan My Acoustic Affair

Peminat kumpulan-kumpulan indie rock tempatan akan mendapat peluang untuk melihat band kegemaran mereka membuat persembahan yang istimewa dalam set akustik!

Bersiap sedia untuk persembahan konsert akustik ‘My Acoustic Affair’, 7 April 2012 di Auditorium Muzik Bentley, Mutiara Damansara dari jam 6 petang. ‘My Acoustic Affair’ adalah satu platform untuk pemuzik tempatan terkenal mahupun pemuzik generasi baru yang ingin mencuba bakat muzik mereka ke tahap yang seterusnya. Konsert ini akan menjanjikan persembahan akustik yang akan pasti membuat anda tidak senang duduk!

Persembahan untuk siri pertama akan mempersembahkan kumpulan melodi metalcore Massacre Conspiracy, penyanyi dan pencipta yang tidak asing lagi Liyana Fizi, kumpulan pop indie, Couple dan memperkenalkan sensasi You Tube tempatan terbaru, Iamneeta dan ‘kumpulan ‘soul funk’ terbaru, Friday King Road.

Oleh kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kumpulan They Will Kill Us All tidak dapat meneruskan persembahan mereka pada kali ini. Sebaliknya, kumpulan rock indie OJ Law, yang terkenal juga namanya kepada peminat-peminat muzik indie tanahair, telah pun melengkapkan barisan persembahan “My Acoustic Affair”.
Tiket konsert boleh didapati sekarang di mana-mana cawangan Rock Corner dan juga di Auditorium Muzik Bentley pada hari acara, dan berharga RM40 untuk tiket “early bird” (dilanjutkan sehingga 31 Mac) dan RM55 bagi harga tiket biasa.

Acara akan berlangsung pada 6:30 petang. Pastikan anda bertemakan pakaian ‘casually smart’. Instagrammers juga boleh hash tag #myacousticaffair pada hari konsert! Untuk maklumat lebih lanjut, layari www.myacousticaffair.weebly.com

konsert akustik ‘My Acoustic Affair', 7 April 2012 di Auditorium Muzik Bentley, Mutiara Damansara

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trailer & Sinopsis Filem 8 Jam

Lirik Lagu Liyana Jasmay Cinta Bersatu