Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)





















[ Iklankan Produk & Website anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Live Band NRG @ Planet Hollywood, Kuala Lumpur

BERHIBUR BERSAMA NRG DI PLANET HOLLYWOOD , KUALA LUMPUR!

Kumpulan live band yang cukup bertenaga sekali; NRG kembali menggegarkan pentas utama Planet Hollywood, KL bermula dari 1 Mei hingga 30 Jun 2008. Kumpulan ini menjanjikan untuk memberikan hanya yang terbaik sahaja buat setiap peminatnya di luar sana!

Ditubuhkan pada tahun 1991, NRG masih tetap menyengat, sama seperti awal-awal kemunculan mereka sebelum ini. Malah, mereka makin mantap dari hari ke hari. Keupayaan mereka memberikan persembahan terbaik dan cukup bersemangat berjaya membuatkan NRG menjadi begitu popular di kalangan penggemar-pengemar muzik di kelab-kelab malam. Barisan pemuzik yang ada di dalam kumpulan NRG juga bukan calang-calang orangnya.

Diketuai oleh Jasminor Jamil, atau lebih di kenali sebagai Jasmine (Drum/ Gitar & Vokal Utama), NRG juga di anggotai oleh tujuh (7) orang yang lain iaitu Kelana Ulong Idris (Drum), Syed Ahmad Fauzi Syed Zain (Bass, Vokal), Errie Naham Abd Hamid (Gitar, Vokal), Shah Reezal Mohd Yusof (Gitar, Vokal), Muhamad Haszrul Ibrahim (Keyboard, Vokal), Sharon Hussein (Vokal) dan Malisa Janudin (Vokal).

Muzik yang dipersembahkan oleh NRG juga memainkan peranan penting di dalam melakar kejayaan mereka hari ini. Kepelbagaian yang di persembahkan oleh NRG di dalam menyanyikan berbagai genre muzik, dari R&B ke Pop, Dance, Rock, Retro sehinggalah ke muzik terkini (top-40) membuatkan mereka di nobatkan di antara ‘Club Band’ terbaik di Malaysia.

Jangan lupa datang berhibur bersama NRG di Planet Hollywood dari hari Isnin hingga Sabtu, sepanjang bulan Mei dan Jun 2008 ini, bermula dari pukul 10.30 malam!

Planet Hollywood terletak di KL Plaza, Kuala Lumpur.  Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 03- 2144 6602. 

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Show Band Asia Reforms di Planet Hollywood
  • Superfriends Live Band Di Planet Hollywood
  • SingleTrackMind LIVE @ Hard Rock Café Kuala Lumpur
  • Ulangtahun Ke- 8 Planet Hollywood Kuala Lumpur
  • Sunday Nite Live Ulangtahun ke 21 Wings @ Planet Hollywood
  • Showcase Nitrus dan Pretty Ugly @ The Ship Sabtu Ini
  • Show Pretty Ugly, Flop Poppy, Nitrus, 6ixth Sense, Brainhead, Meet Uncle Hussain & Hujan di Planet Hollywood
  • Konsert Showcase Samsons di Menara PGRM 11 Ogos ini
  • Band NRG Kembali Menghiburkan Planet Hollywood
  • Minggu Setiausaha Bersama Dayang Nurfaizah di Planet Hollywood



  • Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET