in ,

Lisa Surihani Tercalon Dalam Nickelodeon Kids Choice Awards 2014

Walaupun hari ini dihangatkan dengan isu kontroversi Hanez Suraya VS Nurliyana, apa kata kita sejukkan dengan berita tentang selebriti terkenal, Lisa Surihani yang berjaya menyerlahkan namanya di peringkat antarabangsa setelah namanya tersenarai dalam pencalonan Favourite Asian Act dalam sebuah anugerah yang gah iaitu Nickelodeon Kids Choice Awards 2014. Tahniah Budiey ucapkan!

Budiey rasa Lisa Surihani berjaya tercalon kerana pernah menjadi pelakon alih bahasa filem The Smurfs untuk HBO pada tahun lepas. Mungkin juga!

Lisa Surihani, seorang model, pelakon popular, duta produk dan pengacara televisyen dan graduan jurusan undang-undang telah membuat kemunculan beliau pada tahun 2012 berlakon dalam Teater Tun Siti Hasmah sebagai watak utama dan telah mengukir nama serta menyinari industri filem tempatan dengan memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23.

Lisa Surihani bakal bersaing dengan penyanyi G.E.M dari Hong Kong, boy band dari Indonesia iaitu Coboy Junior, dan penyanyi Filipina-Australia, Anne Curtis untuk iconic Nickelodeon rocket, yang dianugerahkan berdasarkan undi popular oleh kanak-kanak dan remaja di seluruh dunia.

Anugerah Pilihan Kanak-Kanak juga akan menampilkan beberapa selebriti popular Hollywood seperti Jennifer Lawrence, Johnny Depp, Sandra Bullock, dan Hugh Jackman sebagai sebahagian daripada senarai calon-calon cemerlang selama lebih 20 kategori.

Budiey sangat bangga dengan pencapaian ini. Semoga Lisa Surihani sukses merebut takhta!

Lisa Surihani The Smurfs

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hanez Suraya Nafi Kekasih Taja Kereta Alphard Vellfire

Ticket Launch Konsert 2NE1 World Tour in Malaysia 2014