in ,

Lisa Surihani Tampil dalam Oh My English

SIARAN ISTIMEWA UNTUK PEMINAT-PEMINAT ‘OH MY ENGLISH!’ PADA HUJUNG MINGGU INI!

Terima Kasih kepada semua peminat Oh My English! atas sokongan anda!

Para peminat dari seluruh negara. Astro TVIQ berterima kasih atas sokongan anda dan menjemput anda semua meraihkan kejayaan rancangan ini.

Pada hujung minggu ini setiap hari dari Julai 20 – 22 (Jumaat – Ahad), pastikan anda menyaksikan Siaran Istimewa ‘Oh My English’, khas untuk peminat setia ‘Oh My English!’ dari pukul 10 pagi hingga pukul 10 malam di Astro TVIQ (saluran 610).

Sepanjang Siaran Istimewa ‘Oh My English!’ pada hujung minggu ini, peminat-peminat boleh menyaksikan Siaran Maraton Khas ‘Oh My English!’ daripada episod 1 hingga 10 yang akan diacarakan oleh pelakon-pelakon ‘Oh My English!’. Peminat-peminat ‘Oh My English!’ turut boleh menyaksikan klip-klip video pendek dan detik-detik kegemaran mereka (‘Top 10’) seperti yang diundi oleh mereka, bersama dengan Siaran Esklusif “Bloopers” pelakon-pelakon ‘Oh My English!’

Bukan itu sahaja!Pastikan anda menonton episod khas ‘Oh My English!’ pada 22 Julai (Ahad) pada pukul 10 pagi dengan pelakon jemputan terkenal tanahair – Lisa Surihani. Dalam episod ini, Lisa Surihani memainkan dirinya sebagai seorang pelakon yang ingin mencari bakat-bakat baru untuk sebuah filem baru dalam bahasa Inggeris. Saksikan gelagat lucu murid-murid Kelas 3M apabila Lisa melawat sekolah mereka untuk mengadakan sesi uji-bakat dalam Bahasa Inggeris.

Selain itu, pastikan anda juga terus melayari laman resmi ‘Oh My English!’ di www.ohmyenglish.com.my untuk keterangan lanjut mengenai rancangan ini atau mempelajari Bahasa Inggeris menerusi permainan-permainan interaktif seperti Go Go English! dan aktiviti-aktiviti lain seperti Oh My Worksheet.

Para peminat juga boleh mengikuti video-video terkini Oh My English! di www.youtube.com/ohmyenglishtv. Sebagai alternatif, penonton juga boleh mengikuti laman Oh My English di laman sosial facebook di www.facebook.com/ohmyenglish untuk berkongsi pengalaman masing-masing tentang cara-cara memperbaiki Bahasa Inggeris anda.

Jangan ketinggalan untuk menonton Siaran Istimewa ‘Oh My English’ pada hujung minggu ini pada 20 – 22 Julai (Jummat – Ahad) dari pukul 10 pagi – 10 malam, serta penampilan istimewa Lisa Surihani di rancangan ‘Oh My English!’ pada Julai 22, (Ahad) pada pukul 10 pagi di Astro TVIQ (Saluran 610)! Pelanggan Astro juga boleh mengambil kesempatan menonton Siaran Istimewa ‘Oh My English!’ melalui perkhidmatan terbaru Astro On-The-Go di mana jua.

Untuk melanggan ASTRO, sila hubungi 1300 82 3838 atau layari www.astro.com.my

Lisa Surihani

Lisa Surihani

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Corat Coret Sekitar Sidang Media Justin Bieber

Audio Format Post