in ,

Lisa Surihani Kini Bergelar Duta Produk Marigold Peel Fresh

[dropcap]R[/dropcap]ezeki Lisa Surihani nampaknya semakin mencurah-curah sejak berumahtangga ni. Baru-baru ini, Budiey dapat tahu, Lisa Surihani dilantik jadi duta Sony dan WeChat. Terbaru, Budiey dikhabarkan, Lisa Surihani telah dilantik menjadi duta produk minuman yang terkenal iaitu MARIGOLD PEEL FRESH. Berita mengumumkan pelantikan Lisa Surihani telah diumumkan semalam di mana selebriti terkenal dan pelakon popular Malaysia, Lisa Surihani akan muncul sebagai wajah baru bagi kempen jenama tersebut di Malaysia. Wah, tahniah Lisa Surihani.

Lisa Surihani Kini Bergelar Duta Produk Marigold Peel Fresh

Timbalan Pengurus Besar MARIGOLD PEEL FRESH, Michael Ong berkata bahawa Lisa adalah pilihan yang terbaik sebagai duta jenama berdasarkan kejelitaan, kebijaksanaan, keyakinan dan kepelbagaian bakat yang dimilikinya serta keprihatinannya terhadap kesihatan. Justeru, ciri-ciri ini menampilkan gambaran sebenar jenama tersebut sebagai jenama tempatan yang boleh dipercayai dan kukuh di Malaysia.

“Setelah sekian lama kami mencari duta yang sesuai yang dapat melambangkan keunggulan nilai dan personaliti MARIGOLD PEEL FRESH, Lisa ternyata menepati dengan ciri-ciri jenama kami kerana beliau juga mengutamakan kesihatan keluarganya melebihi diri sendiri.”

Komitmen MARIGOLD PEEL FRESH dalam menyediakan kualiti tertinggi kepada pelanggan-pelanggan digambarkan dengan nyata dalam slogan Kempen Duta MARIGOLD PEEL FRESH baru iaitu “Kesihatan Keluargaku, Kebahagiaanku”. Komitmen ini, berserta pemahaman yang mendalam terhadap keperluan dan kehendak pelanggan telah membolehkan syarikat ini menghasil dan menyediakan produk-produk yang bukan hanya mempunyai citarasa lazat, malah turut mengandungi nilai khasiat yang tinggi untuk pelanggan dan seisi keluarga. Ini sejajar dengan hasrat MARIGOLD PEEL FRESH untuk menyediakan keperluan harian yang seimbang kepada pelanggan dan keluarga.

Dalam majlis Pelancaran Duta MARIGOLD PEEL FRESH hari ini, Lisa Surihani turut berkongsi sentimen dan semangat yang sama dalam menyediakan hanya yang terbaik untuk keluarga, di mana beliau mengakui bahawa rahsia kebahagiaan beliau adalah memastikan bahawa keluarganya berada dalam keadaan yang sihat dan hanya yang terbaik disediakan untuk mereka. Lisa turut berasa bangga kerana dilantik sebagai Duta MARIGOLD PEEL FRESH. “Setinggi-tinggi terima kasih kepada MARIGOLD PEEL FRESH kerana memilih saya menjadi Duta mereka. Saya benar-benar gembira kerana terlibat dengan jenama yang begitu saya gemari sejak kanak-kanak lagi dan bangga untuk mewakili suatu jenama yang dipercayai oleh saya dan keluarga saya. MARIGOLD PEEL FRESH sememangnya sebahagian daripada kehidupan saya sepanjang tempoh saya membesar. Hingga kini, MARIGOLD PEEL FRESH yang lazat dan kaya dengan khasiat masih kekal sebagai pelengkap hidangan saya.”

Sebagai peneraju dalam penyelidikan dan pembangunan berterusan, MARIGOLD PEEL FRESH telah mencetuskan pelbagai inovasi produk dalam industri minuman jus buah-buahan seperti jenama pertama mengeluarkan jus oren dipasteur dengan sari dan memperkenalkan perisa “Superfruits” yang kaya dengan antioksidan. Dengan rangkaian vitamin dan kebaikan semula jadi yang ditawarkan, MARIGOLD PEEL FRESH sememangnya pilihan yang lebih sihat bagi semua rakyat Malaysia.

Walau bagaimanapun, dengan kemunculan pelbagai jenis minuman buah-buahan dalam pasaran sejak akhir-akhir ini, ramai pengguna beranggapan bahawa MINUMAN BUAH-BUAHAN dan MINUMAN JUS BUAH-BUAHAN adalah sama; walhal hakikatnya kedua-dua jenis minuman ini adalah amat berbeza.

Minuman jus buah-buahan seperti MARIGOLD PEEL FRESH mengandungi sekurang-kuranya 35% atau lebih jus buah-buahan berbanding minuman buah-buahan yang mungkin mempunyai kandungan jus buah-buahan serendah hanya 5%. MARIGOLD PEEL FRESH juga melalui proses pempasteuran yang ketat bagi mengekalkan nilai khasiat dan memelihara kesegaran jus buah-buahannya. Oleh kerana jus-jus yang dipasteur seperti MARIGOLD PEEL FRESH mempunyai kandungan lebih segar, minuman tersebut perlu disimpan di dalam peti sejuk sepanjang masa bagi mengelakkan kerosakan. Sebaliknya, minuman buah-buahan tahan lama di pasaran boleh tahan selama berbulan-bulan tanpa perlu disimpan di dalam peti sejuk.

Lisa menambah, “Saya amat berhati-hati dengan apa yang saya dan keluarga saya ambil setiap hari sebagai sebahagian daripada pemakanan kami. Kesihatan keluarga saya sudah tentu menjadi keutamaan saya kerana bukan sahaja mereka merupakan orang yang paling saya sayangi, tetapi juga kerana saya bertanggungjawab memilih hanya yang terbaik untuk mereka. Itulah yang diberikan oleh MARIGOLD PEEL FRESH kepada saya.”

Bermula dengan hanya empat perisa segar, MARIGOLD PEEL FRESH kini mempunyai 15 (lima belas) perisa lazat lagi menyihatkan yang memberi pilihan Regular (biasa) dan No Sugar Added (tanpa gula tambahan) untuk menepati citarasa dan keperluan semua rakyat Malaysia. Hingga kini, minuman jus Oren MARIGOLD PEEL FRESH kekal sebagai minuman jus buah-buahan dipasteur kegemaran pengguna.

MARIGOLD PEEL FRESH terkenal dalam industri jus buah-buahan sebagai jenama revolusi dengan pelbagai inovasi produk terulung. Jenama tersebut adalah yang pertama menghasilkan jus oren dipasteur dengan sari dan memperkenalkan perisa “Superfruits” yang kaya dengan antioksidan seperti Manggis MARIGOLD PEEL FRESH Tanpa Gula Tambahan, Powerberries MARIGOLD PEEL FRESH Tanpa Gula Tambahan dan Powerveggies MARIGOLD PEEL FRESH Tanpa Gula Tambahan. Perisa terbaharu yang telah dilancarkan adalah Cloudy Apple MARIGOLD PEEL FRESH Tanpa Gula Tambahan. Perisa ini adalah campuran unik beberapa jenis epal terbaik iaitu Ralls Genet, Granny Smith dan Golden yang sarat dengan Vitamin A dan E serta antioksidan seperti polipenol dan Vitamin C.

Lisa Surihani Kini Bergelar Duta Produk Marigold Peel Fresh

Lisa Surihani Kini Bergelar Duta Produk Marigold Peel Fresh

Lisa Surihani Kini Bergelar Duta Produk Marigold Peel Fresh

Mengenai MARIGOLD PEEL FRESH
Malaysia Milk Sendirian Berhad (MMSB) ditubuhkan pada 1969, dan memulakan operasi pengeluarannya sendiri di Petaling Jaya pada 1977. Syarikat memasarkan dan mengedarkan jenama seperti MARIGOLD dan VITAGEN di bawah Syarikat Perdagangannya iaitu Cotra Enterprises Sdn Bhd. Dua jenama utama MARIGOLD, iaitu MARIGOLD PEEL FRESH dan MARIGOLD HL Milk, masing-masing diiktiraf sebagai jenama Jus Buah-Buahan Pasteur No. 1 dan jenama Susu Pasteur No.1 di Malaysia.

Bermula dengan hanya empat perisa, MARIGOLD PEEL FRESH telah muncul sebagai jenama sebutan ramai sepanjang lebih 25 tahun lalu. Kini, MARIGOLD PEEL FRESH menawarkan 15 (lima belas) perisa minuman jus lazat yang memberi pilihan Regular (biasa) dan No Sugar Added (tanpa gula tambahan) untuk menepati citarasa dan keperluan semua rakyat Malaysia. Hingga kini, minuman jus oren MARIGOLD PEEL FRESH kekal sebagai minuman jus pasteur kegemaran di kalangan pengguna.

Perasa regular (biasa) MARIGOLD PEEL FRESH adalah:
• Oren
• Mangga
• Jambu
• Epal
• Anggur Putih Aloe Vera
• Epal Aloe Vera
• Anggur Hitam dan Kranberi Aloe Vera
• Campuran Lobak Merah dan Buah-Buahan
• Jambu Batu Merah Muda

Varian No Sugar Added (tanpa gula tambahan) kami termasuk:
• Oren
• Epal
• Cloudy Apple
• Campuran Buah-Buahan Manggis
• Powerberries
• Powerveggies dan Buah-Buahan

Produk lain di bawah jenama MARIGOLD termasuk: Susu HL MARIGOLD, Yogurt dalam Cawan MARIGOLD, Minuman Yogurt MARIGOLD, Minuman Asia MARIGOLD, Susu UHT MARIGOLD, Minuman Buah-Buahan UHT MARIGOLD, Jus 100% UHT MARIGOLD, Susu Isian Penuh Pekat Manis MARIGOLD, Krimer Manis MARIGOLD dan Susu Sejat MARIGOLD.

Untuk maklumat lanjut mengenai Malaysian Milk Sendirian Berhad dan MARIGOLD, sila layari laman web www.mmsb.com.my dan www.marigold.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Teduhan Kasih Episod Akhir Cecah 4.1 Juta Penonton

Gambar Tiz Zaqyah Berseronok Dengan Kekasih Di Pulau Perhentian