in ,

Lirik Video Lagu YANG TERINDAH Achey Capai 1 Juta Tontonan di YouTube

Lirik Video Lagu “Yang Terindah” Achey Capai 1 Juta Tontonan di YouTube Dalam Masa Seminggu!

SEMINGGU dimuat naik ke laman YouTube, lagu ciptaan dan nyanyian pelawak terkenal, Achey berjudul “Yang Terindah” kini sudah menerima sejuta tontonan! Video tersebut kini berada di kedudukan #11 ‘trending’ di YouTube!

Menurut Achey, dia bersyukur lagu yang dibuat khas untuk isterinya Nur Hasanah Yahaya itu mendapat maklum balas positif peminat.

“Alhamdulillah, saya tidak sangka dengan sambutan luarbiasa peminat kerana ini merupakan percubaan pertama saya memasuki bidang nyanyian.

“Lagu ini pula saya buat khas tentang perjalanan rumahtangga kami yang terbina selama enam tahun. Tapi jika didengar semula, ia bukan hanya berkisar tentang seorang wanita tetapi membawa maksud yang lebih meluas,” ujarnya.

ACHEY FINAL ARTWORK

Achey atau nama sebenar Mohd Nasir Hamzah berkata dia mengambil masa lebih kurang enam bulan untuk menyiapkan lagu berkenaan. Susunan muzik lagu tersebut disempurnakan oleh Zimi Sofazr.

Dalam pada itu, Achey turut berharap agar peminat-peminatnya membuat permintaan lagu berkenaan di radio-radio tempatan.

“Kepada peminat atau pendengar yang suka lagu ini, saya harap anda buat pemintaan dan undi lagu ini di radio-radio kegemaran anda,” katanya.

Lirik video “Yang Terindah” Achey diterbitkan oleh Sarah Shaber Production dan diedarkan Seventeen Eleven Music Sdn. Bhd.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Tonton Kini Boleh Ditonton dalam Pesawat AirAsia

Coca-Cola Bekalkan Air Minuman di Pusat Pemindahan Banjir