in

Lirik Sang Penuntun Hati Single Terbaru Nana Azmi

SANG PENUNTUN HATI SINGLE TERBARU NANA AZMI

2Ogos 2012 –Mungkin ramai yang sudah mengenali siapa Nana Azmi. Beliau merupakan peserta rancangan realiti TV “Jangan Lupa Lirik” yang telah pun memenangi RM100,000. Tidak lagi menoleh kebelakang, bakat yang ada dalam diri Nana terus dikembangkan dengan penghasilan beberapa buah single seperti Raja DiHatiku dan Batu Loncatan.

Kini Nana kembali mewarnai arena muzik tempatan dengan single terbaru bertajuk Sang Penuntun Hati. Nyanyian duet bersama Gea, vokalis kumpulan Manglo dari Indonesia.

Gabungan dua suara ini diharap mendapat sambutan yang hangat dari pendengar di Malaysia mahupun Indonesia. Nana yang kini bernaung dibawah syarikat DM Records percaya dengan terhasilnya single terbaru ini dapat menaikkan namanya sebaris dengan artis ternama di Malaysia dan juga Indonesia.

Pra tonton muzik video Sang Penuntun Hati dari Nana Azmi dan Gea Manglo di youtube boleh di dilihat di link ini:

Lirik Sang Penuntun Hati

Artis:Nana Azmi Feat Manglo
Lagu: Sang Penuntun Hati
Hakcipta : Dm Records Sdn Bhd
(Lelaki)
Ku Tahu Dimana Dirimu,Yang Selalu Menyejukkan Jiwaku,
Wajahmu Dekat Dihatiku,Dan Kau Selalu Ada,
Sang Penuntun Hati,Kau Buat Diriku Pun Beerti,
Aku Pun Tak Ingin Berpisah Dengan Mu Kasih

(Perempuan)
Kau Hapuskan Air Mataku,Yang Dulu Menitis Di Pipiku
Berpisah Jauhku Tak Mahu,Lebih Baik Aku Mati,
Sang Penuntun Hati,Kau Buat Diriku Pun Beerti,
Aku Pun Tak Ingin Berpisah Dengan Mu Kasih

(Chorus)
Sang Penuntun Hati,Kau Buat Diriku Pun Beerti,
Aku Pun Tak Ingin Berpisah Dengan Mu Kasih
Sang Penuntun Hati,Hanyalah Dirimu Yang Mengerti,
Kini Ku Tak Lagi Ditemani Malam Sepi

Laman Sosial Nana Azmi

Facebook : http://www.facebook.com/OfficialNanaAzmi
Twitter : @nanazmijll

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Music THE ALIF Empayar Caliphso

Gambar Awal Ashaari & Scha Alyahya di Majlis Iftar Astro Shaw