Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Lirik Lagu Terbaru Aizat – Sahabat



Pada 3 September 2007, jam 9 malam khabarnya bintang AF5, Aizat ada bertandang di studio Radio X-Fresh bersama dengan pengacara Fulus Mania, Adi Fashla.

Jom layan lagu Sahabat dari Aizat AF5. Keep on play!

Secara eksklusif, pendengar radio muda mudi yang sukakan muzik segar itu telah diperdengarkan sebuah lagu single dari bintang voice over untuk Disney’s High School Musical 2, Aizat yang berjudul Sahabat. Khabarnya, lagu Sahabat merupakan single kedua dalam album terbaru Aizat akan datang. Single pertama ialah lagu Hanya Kau Yang Mampu yang juga dicipta Taufik dan diterbitkan pula oleh Sham Kamikaze. Namun, mungkin Aizat agak cerewet dan mementingkan mutu, lagu Hanya Kau Yang Mampu diperbaiki lagi untuk menghasilkan buah tangan terbaik untuk peminat.

blogLagu Sahabat berentak pop rock ini pada saya biasa-biasa sahaja apabila diperdengarkan pertama kali. Namun, setelah beberapa kali saya menikmatinya, makin lama rasa macam ada sesuatu keistimewaan pada lagu ini. Budiey cuba mendengar lagu ini beberapa kali dan mendapati bahawa lagu ini ada bau-bau persis lagu dari Indonesia. Apabila diberitahu lagu ini adalah antara lagu yang dicipta oleh komposer berbakat besar iaitu Taufik dari Indonesia, maka tak syak lagi lah. Memang tipikal sangat bunyi irama sebegini. Istimewanya, intro lagu ini disuntik dengan irama acoustic dengan petikan gitar dan violin. Aizat juga punya vokal yang boleh membawa lagu nada rendah dan medium pada korusnya memang sesuai dan agak santai mendendangkan lagu ini.

Sayang sekali, lagu ini rasanya akan lebih elok andainya ada formasi suara latar berkoir. Aiyo! Hahaha, mohon maaf kerna saya masih lagi terpengaruh dengan kehebatan vokalize koir dalam lagu Lelaki Ini dendangan Anuar Zain. Lagu diterbitkan oleh Mujahid (bekas anggota Nowseeheart) yang kini sibuk dengan mengendalikan Rumpun Records dan menjadi pengurus kepada band popular dengan lagu Tak Bisa Memilihmu, Sixth Sense. Lagu Sahabat mengisahkan tentang perpisahan dengan seorang sahabat. Satu luahan perasaan yang biasanya akan berlaku apabila sahabat atau best friends kita berjauhan daripada kita. Rasa rindu yang mendalam, rasa kesal kerana berjauhan dan rasa setia menunggu diluahkan dengan terus terang tanpa menggunakan perlambangan dan simbolik menjadikan lagu ini senang untuk melekat di jiwa pendengar. Cuma pada bahagian korus, penulis lirik cuba menggambarkan keadaan yang tidak pernah berubah dalam dirinya dan tak dapat lakukan bersendirian dalam bait “Kau tahu ku tak bisa, Beranjak terbang dan melayang, tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah.”

Apa-apa pun, saya cuma berpegang dengan mesej lagu ini… hargailah setiap saat bersama sahabat dan tidak perlu kesal seandainya masa mencemburui anda berdua dan menghalang untuk bersama lagi. Saya sayang sahabat saya sebagaimana saya menyayangi setiap pembaca blog ini juga. Anda pula macamana? Sudahkah anda mengucapkan kata-kata sayang buat sahabat anda? Ucapkanlah hari ini selagi sahabat anda masih lagi hidup! Usah simpan untuk diluahkan pada hari esok yang masih belum pasti.

Saya suka dengan penggunaan muzik acoustic, irama violin, gitar string dan suara jantan Aizat dalam lagu Sahabat. Apa pendapat anda pula?

Lirik Lagu Terbaru Aizat – Sahabat

Sahabat
Mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat
Ingatlah kau selalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat
Aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku inginkan kau hadir

Korus:
Aku di sini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
Tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah

kredit: kasigegar.blogspot.com

[tags]lagu terbaru aizat sahabat, imeem lagu terbaru aizat, video klip lagu aizat sahabat, lirik lagu aizat sahabat, mujahid rumpun records, profile aizat, download mp3 lagu terbaru, top 10 carta era, cinta sahabat novel, lagu tema filem, youtube lagu otai soundtrack, muatturun novel percuma, e-novel, sixth sense lagu tak bisa memilihmu, album terbaru anuar zain, x-fresh fm, website aizai, laman web radio malaysia, aizat dalam durrani, gitar belajar guna, kelas muzik malaysia, tips belajar violin, kedai muzik, tempah baju raya, gossip adi fashla, kekasih sahri, chaser, komposer taufik profile, nowseeheart lagu mp3, tips sahabat cinta, simbol cinta sahabat, lagu terbaru aizat sahabat, imeem lagu terbaru aizat, video klip lagu aizat sahabat, lirik lagu aizat sahabat, mujahid rumpun records, kangen band, numata songs[/tags]

aizat

aizat

Tags:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Jemputan Pembaca Sensasi Selebriti ke Rumah Terbuka Aizat AF5
  • Eksklusif! Single & Album Terbaru Aizat – Sahabat
  • Sneak Preview Pelancaran Album Aizat Percubaan Pertama
  • Gambar Aizat Amdan di Anugerah Juara Lagu Ke 26
  • Aizat Tetamu Undangan My Starz LG Ahad Ini
  • Aizat Bakal Berlakon Filem Animasi Firefly
  • Video Aizat Nyanyi Lagu Kau dan Aku di Pelancaran Anugerah Skrin 09
  • Gambar Aizat Amdan di Malam Gala SimplySiti
  • Aizat Cipta Lagu Erti Hari Ini Untuk Rakyat Palestin
  • Lirik Lagu Sinar Cinta – Abi AF5



    • Hariz Izdihar

      assalammualaikum …………. Abg aizat besssssssssssssssssssssst …….
      Klu bolh btg lah rompin ……………… gud luck 4 u ……. smoga abg aizat pnjang umur ………

    • nadya

      i like dis song

    • PUTEWI

      LAGU2 AIZAT MMG BES GLER LAGI2 FIKIRLAH @ KAUAKU

    • http://- hakimi

      mohon lagu

    • http://haiiii nadyaa

      aizat tak de lagu baru ke!!!!??????

    • http://- tomy

      ley tahan la…lagi ngetop!!

    • Atie

      aizat i sgt ske kt lgu u ney..lgu u sume best2 r..

    • Atie

      abg aizat smoge hppy slalu..god luck 4 u..

    • WA90

      SEMUA LAGU AIZAT MEMANG BEST,SAYA MNAT SGT DGN AIZAT

    • shazwani

      hi sume!!!!Saya peminat setia Aizat sejak dia kat AF lagi tau.Suara dia power!!!!

    • shasha

      hai sumer…? wat apa…? boringnyerrrr…. urm lagu abg aizat memg sumerrr nyerrr powerrrrr2 belaka….. besttttttttt sangattttttttt2… hai abg aizat saya suka sangat kat lagu sahabat….. semoga abg berjaya dalam kerjaya abg…. & berjaya d,dunia & d,akhirat………….. doakan saya lulus stpm 2010….

    • burn

      gua respek sama lu aizat…
      lu mmg artis…
      semulajadi berbakat…
      teruskan usaha…

    • putri

      wow…ajl aizat yg menang beb…mmg rr, lagu bezz gila. tp sedap lg aizat yg berjudul lagu kita…hehe

    • amirulaminz

      tahniah,truskan usaha

    • rizal ejal

      assalamualaikum,apa perkembangan baru skrng……

    • kakna,kedah

      assalamualaikum,aizat generasi baru yg akan mempopulasi indsri muzik tanah air,harap aizat sukses,kami akan skong aizat selamanya.

    • aina syamina

      aizat i like your song.your are very good singer.saya suka smau lg aizat lbh-lbh lagi lg sahabat.saya hrp aizat lbh sukses lagi di masa akn dtg.doakn sya dpt 5A dlm UPSR 2010 thn ini .



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK