in ,

Lirik Lagu RINDU Shae & Nukilan

Pada 24 Februari 2015 yang lalu, sebuah lagu berjudul RINDU hasil gabungan suara Nukilan dan Shae telah pun berkumandang secara serentak di seluruh Malaysia menerusi corong radio. Ternyata, gimik ini menghasilkan impak di mana hashtag #Rindu242 telah menjadi trending pada masa tersebut. Juga lagu RINDU pula mendapat sambutan di Spotify dan juga di Youtube.

Tiga minggu lalu, video klip lagu ini telah pun berada di Youtube. Sila klik pada video kat atas ni.

Lirik Lagu Rindu oleh Shae & Nukilan

Verse 1
Di malam yang sepi
aku sendirian
dengar bisik hati
kupejamkan mata
biarkan dibawa
kembali ke suatu
ruang dan masa
indahnya bila
dibuai sejarah
di dalam keasyikan
terlihatkan seraut wajah

Chorus
Rindu
membelenggu
terkenang masa lalu
hati jadi rindu
tak terkata
manapun kau berada
semoga berbahagia

Verse 2
Ku bertanyakan mana Sita
kembalikan warkah cinta
moga manis jangan tangis hakis tinta
semua janji yang pernah dideklarasi
tinggal puisi sepi minta dideklamasi
aku masih bergelut memeluk takdir
detik bermula sehingga kemelut berakhir
apapun juga keputusan
aku terima walau jujurnya tak keruan dan
yang dah berlaku biarkan berlalu
nescaya nestapaku kan diubat waktu
kau harus bahagia walau tak bersamaku
khabarnya hidupmu kini ibarat ratu
nahu lagu berbaur tabu ku tahu
namun bukan niat ‘tuk menggugat dan menggangu
semoga kau pun merindui
dua lokasi, hati satu frekuensi,
aku rindu

Bridge
Rindu
sejujurnya ku menginginkanmu
di sini
bersama menempuh dunia ini

(Chorus)

Verse 3
Andainya diberi kesempatan
banyak yang mahu kuperkatakan
menyusur rekahan mengukur punca retakan
sejujurnya dirimu tak kupersalahkan
sempurna perbuatan, perkataan dan perwatakan
mungkin semuanya berpunca dari aku
yang selalu keterlaluan memahukan sesuatu
memorabilia, paraphernalia cinta
setia mencerita sisa memori tercipta bila (rindu)
ku mengadu ke purnama
bertanyakan khabar pujanggaku di sana
puisi cinta lama sibuk dihidupkan
menjadi senandung lestari bayu tiup-tiupkan
yang kau nyanyikan aku nyanyi juga
tak sempurna tapi ku kan tetap coba
semoga terus merindui
dua lokasi, hati satu frekuensi,
aku rindu

(Chorus)

Outro
Jangan ku kau lupa hingga hari kita bersua

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Madonna Terjatuh Masa Perform di BRIT Awards 2015

Shahrol, Adi Fashla & Tauke Kini Bergabung Dalam SATE