Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Lirik Lagu RAMA-RAMA – Ella



Sumber poster: Planet Hollywood (yang dihantar oleh Klubbkidd ke kotak email budiey.com)

    Foto penghias cover album RAMA-RAMA menampilkan imej Ella ditransfer kepada imej yang lebih muda, segar dan berjiwa remaja. Satu revamp yang memang nampak realistik! Tabik spring kepada tukang solek dan tukang rias! Saya suka dengan gaya Ella yang masih menampakkan kematangannya sebagai seorang lagenda rock yang terulung di Malaysia.

    Saya suka bercerita sedikit tentang pemahaman saya tentang lirik lagu Rama-Rama ini. Khabarnya, lagu ini menceritakan kehidupan Ella setelah berkecimpung lebih 20 tahun dalam bidang nyanyian. Perjalanan seni Ella ternyata bukan suatu yang mudah. Ella gigih, Ella yakin dan Ella teruskan perjuangannya. Sampai sekarang, namanya bertapak dan lagu-lagu nostalgianya masih menjadi siulan kenangan.

    Rama-rama digambarkan satu kebebasan bagi seorang wanita. Cantik sayapnya namun perlu diingatkan rama-rama akan bertukar rupa juga pada masa yang sudah dijanjikan. Ya! Manusia akan berubah mengikut peredaran masa.

    Rama-rama adalah simbol kepada kedamaian dan ketenangan. Manusia mana yang mahu hidup dalam derita dek peperangan dan kemusnahan. Terbangnya rama-rama yang sentiasa mewarnai alam mencerminkan satu kehidupan yang sentiasa mencabar. Hidup perlu ada satu matlamat dan tujuan.

    Erti kata lain, hidup ini bukan satu permainan. Hidup satu perjuangan yang tiada penghujung. Selagi nyawa tidak bercerai dari jasad, selagi itu manusia akan mengejar impian dalam meniti titian kehidupan.

Lirik RAMA-RAMA

S Fauzan / Azam Dungun EMI Music
Publishing Malaysia Sdn Bhd / Luncai Emas Sdn Bhd

Seumpama rama-rama
terbang bebas di udara
tanpa ada halangan
aman damai suka-suka
riang ria tanpa ada
rasa duka sengketa
rama-rama

Ekspresi dirimu menawan hatiku
ingin aku terbang bersamamu
melihat kerenah melihat telatah
manusia yang sering telagah

Ekspidisi ini bagai tiada henti
kan menjadi antologi diri
terhentilah mimpi terhapuslah sepi
sanubari yang lebih berani

Terminal yang pasti satu fitrah hati
kerana yang sejati tiada kekal lagi
terbanglah ke sini mencari abadi
terbanglah ke mari mencari hakiki

Seumpama rama-rama
melewati panorama
yang penuh warna warni
taman bunga taman damai
dengan aksi lincah
berputik hidup yang harmoni
rama-rama.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album terbaru Ella – Rama-Rama:

  1. Rama-Rama
    S Fauzan / Azam Dungun EMI Music
    Publishing Malaysia Sdn Bhd / Luncai Emas Sdn Bhd
  2. Dua Sejoli (O.A Dewa 19)
    Ahmad Dhani
    PT Satu Mitra Saja Publishing
  3. Harum Ikhlas
    S Fauzan / Azam Dungun EMI Music
    Publishing Malaysia Sdn Bhd / Luncai Emas Sdn Bhd
  4. Dekat Padamu (O.A Yusry KRU)
    Edry Abdul Halim
    KRU Publishing
  5. Won’t Let You Down
    Melissa Endot
    Universal Music Publishing
  6. Jujur & Ta’kan Melupakanmu (medley) (O.A Radja)
    Moldy & Jipeng / Ian Kasefa PT
    EMI Indonesia
  7. Sekilas Cinta
    Loque & Hilman / Loloq
    O.P: Butter Trade Music; S.P EMI Music Publishing Malaysia Sdn Bhd / Luncai Emas Sdn Bhd
  8. Imagine (O.A John Lennon)
    John Lennon
    EMI Blackwood Music Inc
  9. Percaya Diriku (Soundtrack Gol dan Gincu)
    A Lutchounig / Ida Lisa / Zuraini
    Biglife Music Ltd
  10. Rama-Rama (Radio Edit)
    S Fauzan / Azam Dungun
    EM! Music Publishing Malaysia Sdn Bhd

Pencipta/Penerbit : Mac Chew, Jenny Chin, Bong, Kieran Kuek dan Zuraini.

Dapatkan CD yang original dari EMI Malaysia berharga RM24.90 sahaja.

Berikut merupakan Album-album Ella selama 20 tahun:

  1. Battle of the Bands II (Ella & The Boys – 1986)
  2. Ella & The Boys I (1986)
  3. Ella & The Boys II (1987)
  4. Pengemis Cinta (1988)
  5. Puteri Kota (1989)
  6. Sembilu (1989)
  7. Identiti (1990)
  8. Mendung Tak Bererti Hujan (1991)
  9. 30110 (1992)
  10. Ella USA (1994)
  11. 8494 (1995)
  12. Demi (1996)
  13. Jalan Ke Sisimu (1997)
  14. Standing in the Eyes (1998, an album for the Commonwealth Games)
  15. E (1999)
  16. Baldu Biru (2000 – duet with Awie, Lagi Gempaq compilation album)
  17. Ilham Bicara (2001)
  18. Simbiosis (2003)
  19. Ella – A Journey Beyond (2005)
  20. Ratu Rock (2006)
  21. Rama-Rama (2007)

Lawati MySpace Ella: http://www.myspace.com/1norzilaaminuddin

Info Ella dalam Wikipedia: http://ms.wikipedia.org/wiki/Ella

Sumber Info Album & foto: http://putraworks.wordpress.com

Tags: , , , , ,

Tags: , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Muzikal Raya Ratu Rock Ella
  • Isu Fitnah Ella & Jojie Berbogel dalam Video Klip Filem Lucah?
  • Senarai Lagu Popular Ella di Konsert Ella
  • Ella akan berkahwin?
  • Ella Bersedia Untuk Konsert Ella Istana Budaya
  • Penjelasan: Budiey Bukan Bakal Suami Ella!
  • Senarai Lagu Berjaya Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik
  • Lirik Puisi Hamba – Ella
  • Profil Watie Bekas Anggota Elite
  • Sekitar Showcase Sunday Nite Live – Ella di Planet Hollywood



    • http://www.rights.com.my ayu

      kak ella suara kak ella sangat sedap
      kak ella bile nak kahwin.

    • http://- hanakimi

      kak ella mmg cantik……..

      and ida suke lagu niiiiiiiiiiiiiiiiiii………………….

    • e-ya

      hai…saya nie peminat awak,saya masih bersekolah kak ella memang artis kesukaan saya!!!!!

    • http://atikah nana

      wah,bes nya lagu ni
      mancam nk nyanyi sama2
      mancam nk dengar lg
      seronok

    • http://atikah shiera

      besnya lagu ni
      =)

    • http://barbiegood barbie good

      i like you ella

    • ACHIK MIMI

      HAI SAYA NIE PEMINAT KAK ELLA.SY SUKS SNGT KAT KAK ELLA.NNT SY NK SLIN LAGU RAMA2 KAK ELLA.BYE.I LIKE KAK ELLA.

    • ACHIK MIMI

      KAK ELLA SY DH DPT LIRIK LAGU RAMA2 TAPI SY X ADA LAGU RAMA2.TAPI X APALH SBB NNT KLU KWN SY ADA LAGU RAMA2 SY BLUETOOTHKT KWN SY APA SUSH.

    • nuralya farha

      hye…..sy pminat kak ella..lagu rama2 ny,lagu kesukaan sy…kak ella ny cute sgt…!!
      heheh.
      tp kak ella lg pminat kesukaan sy…kak ella ny cute,sy ska sgt 0wg cm kak ny…!!!!
      rsa cm nk cubit pipi akak je….emmm,k lah smpay disini sy mnulis…
      byeeeeee kak ELLAAA….KAK ELLA CUTEEEEE SNGT……..:)

    • http://frommiasara mia Sara

      best la lagu ni macam2 ada tapi kak ella sangat cuteeeeeee

      byeeee kak ella

    • http://hye amirah qistina

      salam kak ella , saya ni peminat kak ella , sye baru darjah 4…saya suka suara kak ella…..kak ella ni rock la…!!

    • farah busyra

      best nyer la bila dengar lagu nie..tahniah akq ella…

    • http://www.facebook.com/people/Badrul-Bahari/100001892894843 Badrul Bahari

      best la lagu kak ella……….



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK