in ,

Lirik Lagu Pendusta Alif Satar Kisah Si Curang

LAGU “PENDUSTA” DARI ALIF SATAR KISAH SI CURANG

Komposer / Penulis Lirik : Zimi

LELAKI SEPERTI AKU nyanyian penyanyi berbakat Alif Satar, telah mendapat sambutan luar biasa! Single ini juga telah pun mendapat perhatian daripada peminat muzik.

Paling membanggakan, lagu ini juga pernah menjuarai carta lagu di beberapa buah radio tempatan. Selepas kejayaan lagu LELAKI SEPERTI AKU, Alif Satar kini tampil dengan lagu PENDUSTA.

Lagu Pendusta Alif Satar Kisah Si Curang

Lagu PENDUSTA juga dimuatkan dalam album ke- 2 artis tersebut.

Selain dari menjadi seorang pelakon, pengacara, Alif Satar juga masih bergiat rancak dalam bidang nyanyian. Dalam rangka mempromosi kan single terbarunya berjudul PENDUSTA, juga merupakan track ke – 3 di dalam album LELAKI SEPERTI AKU, Alif Satar tidak ketinggalan untuk meluangkan masa untuk turun ke padang bertemu dengan peminat serta jemputan-jemputan nyanyian.

Lagu yang diberi tajuk PENDUSTA ini agak sedikit berbeza berbanding dengan lagu Lelaki Seperti Aku dan Abdul. Ini kerana lagu PENDUSTA yang banyak memberi impak kematangan dalam penyampaian penyanyi itu sendiri, telah membuatkan peminat-peminat Alif Satar kagum dengan alunan muzik yang rancak serta lirik yang mudah disenangi.

Menurut kata Zimi juga selaku komposer & penulis lirik PENDUSTA,

“Lirik lagu ini mengisahkan tentang kecurangan seorang kekasih.Lagu ini juga sememangnya tidak ada kena mengena dengan sesiapun. Saya juga berharap agar lagu ini mendapat tempat di hati peminat-peminat Alif Satar, paling penting pendengar-pendengar radio. Ini adalah kali kedua saya berkerjasama dengan Alif Satar. Kerjasama dengan Aliff memang senang. Dia penyanyi muda yang sangat berdisplin dan berbakat.”

Ulas lanjut oleh Rina Baharin selaku Pengurus A & R di Sony Music Malaysia, “Dalam album pertama Alif Satar, Zimi telah mencipta lagu ‘Cukup Indah’.

Sony Music Malaysia juga banyak memberi kepercayaan kepada Zimi untuk menerbitkan beberapa album artis-artis dari syarikat rakaman Sony Music sendiri. Setakat ini, promosi yang dilaksankan menempah kejayaan. Zimi dan Panji mempunyai keserasian yang sangat unik. Zimi juga merupakan seorang komposer yang tahu akan kehendak Alif Satar.

LIRIK LAGU
TAJUK : PENDUSTA
PENYANYI : ALIF SATAR
KOMPOSER & PENULIS LIRIK : ZIMI

Indah sungguh tika dahulu
Tingginya sungguh cintamu
Bila waktu telah berlalu
Tertusuk semua hati ku

Bukan tak mencintai mu
Segala hanya untuk mu
Tapi kau tak pernah tahu
Betapa hancur hati ku

Kau katakan cinta
Semua memang ku punya
Tak pernah untuk berubah

Ku katakan dusta
Segala yang kau kata
Tak pernah untuk setia

Kau katakan cinta
Semua memang ku punya
Tak pernah untuk berubah

Ku katakan dusta
Segala yang kau kata
Tak pernah untuk setia

Untuk berubah
Kau katakan cinta
Semua memang ku punya

Tak penah untuk berubah

Kau katakan dusta
Segala yang kau kata
Tak pernah untuk setia

Kau katakan cinta
Semua memang ku punya
Tak pernah untuk berubah

Kau katakan dusta
Segala yang kau kata
Tak pernah untuk setia

Lagu Pendusta Alif Satar Kisah Si Curang

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Coca Cola Talk on Exercise and Obesity

TV3 Catat Rating Paling Tinggi Penonton Program Raya