in ,

Lirik Lagu Musim Asmara Soo Wincci

Soo Wincci mengakui dia meletakkan harapan yang sangat tinggi untuk video muzik Musim Asmara yang menelan kos sebanyak RM50,000. Soo Wincci ingin membuktikan bahawa Malaysia juga mampu menghasilkan klip video berkualiti.

Untuk menjadikan video muzik ini nampak hebat, Soo Wincci telah menjalani penggambaran selama sehari di Jalan Klang Lama dengan menggunakan pengarah hebat, Abhilash Chandra yang menciptakan sinematografi yang cantik untuk muzik video ini. Malah ia menelan belanja yang tinggi kerana menggunakan alatan-alatan serta kamera yang berkualiti.

Lirik Lagu Musim Asmara Soo Wincci

Lirik Lagu Musim Asmara – Soo Wincci

Pertemuan dua insan
Menyatu hati jiwa
Terlukis rasa

Semakin lama ku kenali dirimu
Kau semakin dekat di sisiku
Saban hari ingin ku bersamamu

Ketika rindu mekarnya di musim asmara
Terciptalah pelangi kita
Biarpun jauh dapat ku sentuh
Lambang warna-warna indah
Seagung cintamu, kasih

Semakin lama ku kenali dirimu
Kau semakin dekat di sisiku
Saban hari ingin ku bersamamu

Ketika rindu mekarnya di musim asmara
Ku temu erti bahagia
Menantimu di dalam mimpiku
Bersama hamparan suci untukku

Ketika rindu mekarnya di musim asmara
Terciptalah pelangi kita
Biarpun jauh dapat ku sentuh
Lambang warna-warna indah
Seagung cintamu, kasih
Seagung cintamu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Pelangi Untukmu Ning Baizura Ditunda

Gambar Sekitar Malam Gala Filem Vikingdom