Lirik Lagu Menanti Pasti – OST Filem Kayangan
Lagu Menanti Pasti nyanyian Datuk Siti Nurhaliza dijangka akan melariskan penjualan album OST KAYANGAN. Apa tidaknya, sekali saya dengar rentak Waltz lagu ini, buat saya jatuh cinta dengan bait lirik dan irama lagu tersebut. Begitu gemersik dan lunak merdu suara Siti menyerikan bait irama lagu ciptaan Ajai ini. Sebuah lagu soul berhantu yang akan menghantui carta top radio nanti. Betul kata orang, berikan apa sahaja lagu untuk Siti Nurhaliza, pasti akan meletop punya. Itulah fleksibiliti vokal emas milik Siti Nurhaliza sehingga berjaya mengolah dari nada rendah ke nada tinggi. Lagu tersebut dicipta oleh Ajai ini sepatutnya dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza secara duet bersama seorang penyanyi wanita popular. Namun, terpaksa ditolak. Khabar angin mengatakan penyanyi tersebut adalah Misha Omar. Soalnya mengapa Misha menolak pelawaan Ajai? Mengikut sumber Misha menolak kerana lagu tersebut tidak sesuai dengan suara Misha. Lagi pun saya ada dengar Misha Omar ada mendakwa dia tak mahu dicop sebagai penyanyi lagu runut untuk filem. Aiyo, macam tu sekali ke? Atau Siti sendiri yang tidak mahu berduet dengan Siti sebab takut Misha overshadow aura Siti? Pandai je buat speku ni. Selain lagu Menanti Pasti dari diva nombor satu Malaysia, peminat akan mendengar suara Ning Baizura, Syed Azmir, Shazzy, Sarah, Zahid dan Farah.
Filem Kayangan yang akan ditayangkan tidak lama lagi dilakonkan oleh bintang dramatis Samarinda Kasih Suci, Fazura dan Siti Shahrizah Saifuddin atau Eja. Eja akan membawakan watak Suraya, seorang yang tidak disukai ramai kerana sikapnya yang suka mementingkan diri sendiri. Di bawah arahan Raja Ahmad Alaudin pastinya akan memberi satu impak yang hebat kerana heronya adalah dari pelakon Indonesia iaitu Teuku Zacky. Kini, Siti Nurhaliza dalam perancangan untuk ke Bali bagi mengikuti pengambaran video klik lagi Menanti Pasti.
Album CD ini telah berada di pasaran berharga RM25.90 dan kaset RM17.50. Antara lagu yang termuat dalam album OST KAYANGAN ialah:
- Kayangan (Rock Version) Ajai & Tunku Mimi Wahida
- Cara Yang Berbeza- Siti Sarah
- Gembira Hidup Ini- Farah
- Menanti Pasti- Siti Nurhaliza
- Perlukah- Zahid & Shazzy
- Redupan Kayangan- Ajai
- Sabarlah- Sad Angry Babies (S.A.B)
- Ungkapan Terindah- Ning Baizura
- Kuasa Cintamu- Syed Azmir
- Terakhir- Sad Angry Babies (S.A.B)
- Kayangan(Strings Version)-Ajai & Tunku Mimi Wahida
LIRIK MENANTI PASTI ( CT NURHALIZA)
Kegelapan malam ini menyesakkan jiwa
tanpa bintang untuk aku mimpikan mimpimu
aku… merindu indah bulan
menyuluh kelam malam
mengharap bintang akan bersinar
kesepian hati ini mengundang derita
penantian satu seksa bila tanpa balas
aku… menanti kata hati
darimu satu pasti
mengharap mimpi akan hakiki
Korus:
Cinta
bisikkanlah asmaraku
padanya gelora di kalbu
hembusan nafas ini hanyalah kepadanya
mencintai setulus hati
Cinta
bukakanlah asmaranya
padaku setia menunggu
antara kau dan aku ada persamaan
untuk cinta bersemi nanti
andai ada di hatimu….
ruang cinta itu
kan ku simpan anugerah
ke akhir hayatku
menanti pasti….
[tags]Album, Kayangan, Datuk Siti Nurhaliza, konsert kuala lumpur, konser, lirik lagu, malaysian concerts, mp3 download, Menanti Pasti, Gambar, foto, lirik Menanti Pasti Siti, photo, sidang media, Berita Harian, Harian Metro, Siti Shahrizah Saifuddin, Eja, Cinema Online, iMDB, film, movie, Filem, Cinta Yang Satu, Fazura, Kayangan, Rock Version, Ajai, Tunku Mimi Wahida, Cara Yang Berbeza, Siti Sarah, Kasih Suci, Samarinda, Gembira Hidup Ini, Farah, Perlukah, Teuku Zacky, Zahid, Shazzy, Ikon Malaysia, Ulasan Album, Redupan Kayangan, Sabarlah, Sad Angry Babies (S.A.B), Ungkapan Terindah, Ning Baizura, Kuasa Cintamu, tips aura cantik, tips cantik macam Siti, fesyen, fashion, gaya terkini, mangga online, majalah URTV, majalah, wartawan, reporter, gersang, cun, comel, carta terkini radio, Malaysia, Syed Azmir, Kosmo, gossip sensasi, Terakhir, Sad Angry Babies (S.A.B), pertunangan Fazura, Ning Baizura, Sarah, Zahid dan Farah, plot cerita, cara menulis skrip, tips menulis drama, tips mengarang esei[/tags]

Tags: Lirik, Siti Nurhaliza
Tags: Lirik, Siti Nurhaliza, Ajai, Album, Berita Harian, cara menulis skrip, Cara Yang Berbeza, carta terkini radio, Cinema Online, Cinta Yang Satu, comel, cun, Datuk Siti Nurhaliza, Eja, Farah, fashion, Fazura, fesyen, Filem, film, foto, Gambar, gaya terkini, Gembira Hidup Ini, gersang, gossip sensasi, Harian Metro, Ikon Malaysia, iMDB, Kasih Suci, Kayangan, konser, konsert kuala lumpur, Kosmo, Kuasa Cintamu, lirik lagu, lirik Menanti Pasti Siti, majalah, majalah URTV, Malaysia, malaysian concerts, mangga online, Menanti Pasti, movie, mp3 download, Ning Baizura, Perlukah, pertunangan Fazura, photo, plot cerita, Redupan Kayangan, reporter, Rock Version, Sabarlah, Sad Angry Babies (S.A.B), Samarinda, Sarah, Shazzy, sidang media, Siti Sarah, Siti Shahrizah Saifuddin, Syed Azmir, Terakhir, Teuku Zacky, tips aura cantik, tips cantik macam Siti, tips mengarang esei, tips menulis drama, Tunku Mimi Wahida, Ulasan Album, Ungkapan Terindah, wartawan, Zahid, Zahid dan FarahClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:



