Lirik Lagu Kau Ada Dia - The Lima
Setelah meletop dengan lagu single pertama, Separuh Masa, kini The Lima terus menggamit perhatian pendengar dengan sebuah lagu single keduanya yang berjudul Kau Ada Dia. Sebuah lagu yang masih berkisar tentang cinta tiga segi. Cinta kepada orang yang sudah berpunya bukan mudah untuk ditempuhi. Anda akan rasa bercinta tetapi tidak seperti bercinta. Maka, timbullah ungkapan di mana cinta itu tidak semesti dimiliki.
Di peringkat memendam rasa, segala kasih terpendam terpaksa ditangguh untuk dinyatakan sehingga pada suatu masanya yang sesuai ianya membuak dan bergolak. Lagu ini dihiasi dengan lirik yang sangat ringkas dan tidak berselindung serta senang untuk difahami.
Selagi tidak diluahkan, cinta itu hanya berlegar di dalam mimpi cuma. Kalau boleh elakkan diri anda menyintai insan yang sudah pun berpunya. Samada dia tunangan orang, kekasih orang, suami orang, isteri orang… sebenarnya anda memilih jalan yang salah. Sekali anda memilihnya, agak sukar untuk anda kembali ke pangkal jalan.
Rasa Budiey, ramai lagi yang sedang single dan solo di luar sana, jadi luahkan rasa kasih sayang kepada mereka yang menginginkan anda. Bukan apa, kita hidup di dunia ini hanyalah sementara sahaja. Usah bazirkan masa untuk menjadi kekasih gelap atau menjadi kekasih separuh masa. Nasihat Budiey cuma satu…”Setialah pada yang satu”.
Sudah lama ku memendam rasa
Cinta di dalam dada
Namun tidak pernah bersuara
Kerana takut kecewa
Ku tunggu waktu yang lebih baik
Untuk langkah pertama
Jauh dari apa yang ku kira
Hatimu ada yang punya
Di dalam mimpi kita berdua
Mesra bersama dilamun cinta
Oh tetapi kenyataannya aku sedar kau ada dia
Mungkin juga semuanya salah ku
Terlalu mengharapkan cinta
Tapi sepi yang merasuk kalbu
Membawa angan melayang
Di dalam mimpi kita berdua
Mesra bersama dilamun cinta
Oh tetapi kenyataannya aku sedar kau ada dia.
(Edry Abdul Halim) KRU Publishing Sdn Bhd

Technorati Tags: lirik kau ada dia, the lima album baru, mp3 download, torrent, kru publishing, hak milik terpelihara, songs news, cover album, trailer, cinta buta, tips cinta, love married woman, married man cheating
Tags: Lirik, The Lima, cinta buta, cover album, hak milik terpelihara, kru publishing, lirik kau ada dia, love married woman, married man cheating, mp3 download, songs news, the lima album baru, tips cinta, torrent, trailerBaca artikel lain yang berkaitan:









January 13th, 2008 at 7:07 am
bro camner ko letak code imeem tu kat wordpress, leh ajar tak?
January 13th, 2008 at 7:51 am
Hi Rjuna,
nak letak code imeem tu kat wordpress senang aje. Mula-mula kena copy n paste code tu kat ruangan [code] iaitu sebelah kanan pada [visual] di entri baru kita tu… dan terus klik publish. Jgn klik visual sebab code dia akan pecah.
January 20th, 2008 at 5:18 pm
sapa nak berkaraoke with “kau Ada Dia” miliknye The Lima sila klik the link below :
http://www.youtube.com/watch?v=kOayBuLLRT8
February 26th, 2008 at 9:09 am
lagunya saya x tahu sbb saya x dengar pun lagi. Lain kali bila nak promok 2 bagilah orang dengar lagu 2 dulu. Apa mahal sangat ke lagu awak 2? saya rasa lagu 2 xlah sedap sangat, entahlah ini hanya komen saya… Ok saya couu dulu…
Bye..Bye..
March 26th, 2008 at 6:18 pm
irsyah u kate x sedap sangat lagu thelima ni? i rase pendengaran u saje yang sikit error, thelima im your BIG FANS i tetap sokong u all…
May 13th, 2008 at 3:57 pm
ELYANA SUKA MENDENGAR LAGU THE LIMA ……………………………..LAGU SANGAT POPULAR………………………………… TOLOAG KAMU BALAS BALIK OK………………………………………………………….?
May 13th, 2008 at 3:59 pm
BANGAT SEDAP LAGU NI. LO TAHU NGAK KATA SAYA. KALAU LO TAK TAHU TANYA KEPADA ORG INDONE.
May 13th, 2008 at 4:05 pm
MAAF KAN AKU. AKU NGAK SENGAJA. TOLONGLAH MAAFKAN AKU.AKU SUKA MENDENGAR SEMUA LAGU KAMU……………………………………………. TOLONG BALAS OK?
May 18th, 2008 at 8:26 pm
ade x lagu de lima yg baru tu..ape ntah tajuk dia..buloran cinta???..alaaaa….ade cinta2 gak blakang die..tolongla nak mp3 dia..nk dload..plissss
June 11th, 2008 at 3:07 pm
ade x lirik lagu delima -buloran cinta
July 6th, 2008 at 11:36 am
waduh!..lagu ni terkena pula kat diri ini
July 7th, 2008 at 2:20 pm
salam semua… first time dgr lagu btol2 terkena kat btg hidung sendiri.. sedih merana coz cintakan pakwe org.. nk lupakan dia dlm hidup ase cm nk kiamat je dunia but we still jd kwn wpun dlm hakikat cinta pada die masih ada pai akhir hayat..mybe bila die da jd suami pad awek die 2 saya baru mengundur diri dan cuba untuk lupakan die tapi untuk masa sekarang menerima cinta yang lain terlalu sukar…. inilah cinta… sakit apabila bertepuk sebelah tangan huhuhu
July 14th, 2008 at 10:08 am
lagu2 from thelima…semuanya bagus…tinggal lagi lagu “kau ada die” menyentuh hati aku…dgn melodi nye…sedap sekali…
July 16th, 2008 at 8:33 am
touching song…
da kena mgena lak dgn kisah idup nie..
mmendam rs kt sorg shbat…
merana…