in

Lirik Lagu I Heart You dari SMASH

SM*SH atau SMASH merupakan sebuah kumpulan dari Indonesia yang ditubuhkan pada 10 April 2010. Nama SMASH merupakan singkatan daripada ‘Seven Men As Seven Heroes’. ‘Heroes’ di sini merupakan pendekatan yang mereka gunakan bagi menyampaikan hasrat mereka yang ingin menginspirasi anak muda untuk berfikiran positif. SMASH adalah sekumpulan anak muda yang ingin berkongsi kegembiraan dan perasaan menerusi muzik dan penampilan mereka.

smasher

SMASH terdiri daripada tujuh remaja iaitu Morgan Oey, Rangga Dewamoela Soekarta, Rafael, Dicky Muhammad Prasetya, Reza Anugrah, Muhammad Ilham Fauzi, dan Bisma Karisma. Kumpulan ini menjadikan band-band Korea sebagai inspirasi mereka dari segi tarian, penampilan dan genre muzik iaitu pop-dance. Dengan imej yang juga ala-ala ahli band Korea ini, SMASH tentunya akan mencuri perhatian peminat artis-artis Korea di negara ini!

Penampilan SMASH pada julung kalinya di Malaysia ini mempertaruhkan single mereka yang bertajuk “I Heart You”. Lagu ciptaan Sogi Indradhuaja, Decil Prapanca, Buni D’Looney, dan Hendi ini adalah sebuah lagu rancak bertemakan rasa cinta terhadap seorang gadis remaja. Melalui penyampaian lirik yang ringan dan penggunaan kosa kata yang ringkas, lagu ini mudah difahami dan tentunya senang diterima oleh kebanyakan golongan masyarakat.

LIRIK ‘I HEART YOU’

Kenapa hatiku cenat cenut tiap ada kamu
Selalu peluhku menetes tiap dekat kamu
Kenapa salah tingkah tiap kau tatap aku
Selalu diriku malu tiap kau puji aku

Kenapa lidahku kelu tiap kau panggil aku
Selalu merindu romaku tiap kau sentuh aku
Kenapa otakku beku tiap memikirkanmu
Selalu tubuhku lunglai tiap kali kau bisikan cinta

(Korus) You know me so well
Girl I need you
Girl I love you
Girl I heart you

I know you so well
Girl I need you
Girl I love you
Girl I heart you
Tahukah kamu saat kita pertama berjumpa
Hatiku berkata padamu ada yang berbeda
Tahukah sejak kita seiring jalan bersama
Tiap jam menit detik ku hanya ingin berdua

Tahukah kamu, ku takkan pernah lupa
Saat kau bilang, punya rasa yang sama
Ku tak menyangka, aku bahagia, ingin kupeluk dunia
Kau izinkan aku tuk dapat rasakan cinta

(Ulang korus)

Tak ada yang bisa, memisahkan kita
Waktu pun takkan tega
Kau dan aku bersama
Selamanya

Bagi yang meminati genre K-pop sebegini, terimalah ‘I Heart You’ daripada SMASH! Abadikan lagu ini sebagai nada dering anda! Bagi Maxis Caller Ringtones, dial *131*227702# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.musicunlimited.com.my. Bagi Celcom Call Me Tones, sila dial *888*123988# dan tekan call/send, ataupun dengan melayari http://www.thecube.my. Manakala bagi Digi Caller Tunes pula, anda boleh dapatkan lagu ini dengan menaip CT0129192 dan hantar ke 2000 ataupun dengan melayari http://ct.digi.com.my. Bagi mendapatkan U Mobile Colour Tones, sila dial *118*5*2*308304# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.u.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Album CINTA SEJATI Koleksi Lagu Cinta Yang Syahdu

Miliki Njoi TV Satelit Dengan Hanya RM288