in

Lirik Lagu Dibius Cinta Dari Melly Goeslow dan Yusri KRU Cicakman 2

Sebuah lagu yang akan dimuatkan dalam filem terbaru KRU Studios, Cicakman 2 Planet Hitam. Kolaborasi dua suara dari dua negara, Yusri dan Melly Goeslow yang pastinya akan menaikkan filem lakonan Saiful Apek dan Aznil Haji Nawawi ini ke Indonesia.

Klik play untuk mendengar lagu Dibius Cinta:

Menggunakan perkataan BIUS yang bermaksud ubat pelali. Apabila cinta dibius, pastinya insan akan terlena dan terbuai dengan keasyikannya. Dalam konteks lagu ini, situasinya begitu komplikated bila mana kedua-dua insan yang merasai getaran cinta sesama mereka tidak berani untuk meluahkan perasaan.

Maka, cinta itu hanya dalam hati mereka dan tidak diluahkan. Sehingga suatu masa, cinta masing-masing akan dileraikan dengan mengakui bahawa mereka akan saling cinta mencintai. Keras hati dan keegoaan adalah faktor utama di mana cinta ini tersekat di tengah jalan.

Irama lagu ini begitu catchy dan terlalu nampak sangat lagu ini dicipta oleh Melly untuk dirinya dan Yusry. Gabungan suara dan vokal yang serasi. Budiey kira lagu ini akan meletop di Malaysia dan Indonesia.

LIRIK DIBIUS CINTA

Ku membiusku dengan cinta
Cinta yang malu kukatakan
Kau membiusku dengan cinta
Sampai aku tak bisa berkata

Kau membius sampai aku jadi sering melamun
Memikirkan kita bisakah bersama

Aku bius Cinta
Cinta yang tak ada tandingan
Namun mungkin tak ada tandingan
Entah ku tak tahu…

Kita yang malu hati untuk mengakui saling cinta
Usaha sekeras hati bersama selamanya
Aku dibius cinta…

Ku membiusku dengan cinta
Cinta yang malu kukatakan

Kau membius sampai aku jadi sering melamun
Memikirkan kita bisakah bersama

Aku bius Cinta
Cinta yang tak ada tandingan
Namun mungkin tak ada tandingan
Entah ku tak tahu…

Kita yang malu hati untuk mengakui saling cinta
Usaha sekeras hati bersama selamanya
Aku dibius cinta…

Aku dibius cinta…
Aku dibus cinta…

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Anuar Zain, Ella, Ning Baizura, Faizal Tahir Dalam GhazalRock

LIST OF HOLLYWOOD’S BEST AND WORST MOVIE STARS 2008