in ,

Lirik Ingin Ku Miliki – Dayang Nurfaizah 2007

Sebuah lagu yang berentak R&B disuntik dengan beberapa version remix dari lagu ciptaan Audi Mok iaitu Chaos Club Mix dan Salsa Mix.

Seolah memberi ruang pada peminat untuk sama-sama berjoget dan menari riang mengikut ritma yang segar. Tidak perlu pergi disco atau kelab malam untuk menari you all. Sesuai untuk anda yang ingin buat akrobatik… eh bukan aerobik. Hehehe…

Termuat dalam album terbaru Dayang Nurfaizah 2007, lagu ini mempunyai satu rentak yang begitu sesuai dengan vokal Dayang. Budiey gemar lagu ini sejak diperdengarkan setiap kali drama Emil Emilda bermula.

Menjadi lagu tema drama popular seperti Emil Emilda menjadikan satu hip yang lebih kepada Dayang dalam rangka promosi album terbarunya.

Good luck to Dayang. Terbaru, jangan lupa Dayang Nurfaizah akan menyambut hari istimewanya pada 21 Julai nanti di Planet Hollywood jam 3 petang.

Dayang Nurfaizah – Ingin Ku Miliki

Jangan kau mengingatkan
Malah memikirkan apa
Diam ku terpaku
Tak bermakna apa apa

Takkan ku beralah
Tunduk pada malu ku
Aku dihambat rindu

Tiada ku sangka
Bila bila berjumpa
Sama sama terpinga
Cinta mula terpanah di jiwa

(Korus)
Ohh pinta ku sambutlah
Kasih ku tak berbelah
Wajahmu menggenggam hati
Ingin ku miliki

Dirimu ku suka
Jiwaku meronta
Meraih cinta darimu
Ingin ku miliki

Apa harus aku mendiamkan
Biar apa saja bisa
Pergi mendahului ku
Menghalangi langkah

Tiada ku sangka
Ku menerima saja
Ketentuannya

Ku… selami ke dasar hati mu
Untuk mengisi ruang yang ada
Di tempat yang teristimewa
Dan bertakhta
Pinta ku, sambutlah

Dayang Nurfaizah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dafi AF5 Dari Maestro Kini Dilamar oleh KRU Music

Betul Ke Ada Kejutan Konsert Agnes Monica Live in KL Malam Ini