in , ,

Lirik HANYA PADAMU Nyanyian Dayang Nurfaizah

Album keenam Dayang Nurfaizah telah pun berada di pasaran. Saya telah pun memiliki album yang berjudul Dayang Nurfaizah 2007 ini dan sangat enjoy mendengar muzik dan irama segar daripada penyanyi kelahiran Bumi Kenyalang ini.

Antara lagu runut soundtrack dari drama Samarinda popular Emil Emilda yang Budiey paling gemari berjudul, Ingin Ku Miliki. Bisa buat gue goyang-goyang dan berdansa di rumah. Album ini memecah rekod sepanjang karier Dayang sebab antara album paling lama untuk disiapkan. Patutlah album ini ada nilai sentimental tersendiri buat Dayang setelah menunggu 2 tahun.

Peminat Dayang dah tentu suka mendengar suara dan muzik R&B dan balada dari Dayang dan saya juga gemar mendengar lagu Hilang dan lagu Hanya Padamu yang memang ada kelas! Lirik Hanya Padamu ditulis oleh seorang rakan blogger dan juga wartawan terkenal, Juan Danza. Tahniah Juan, anda memang berbakat kerana penggunaan bahasa dalam lagu ini memang puitis, berbunga tapi masih senang difahami dan sampai maksudnya.

Good luck dan selamat maju jaya untuk Dayang dalam program realiti TV, Ikon Malaysia mencari ikon terbaik peringkat semi final. Dayang bersama 9 bintang yang lain seperti Mawi, Farah Breep-breep, Reshmonu, OAG, Jinbara, May Gerhana Ska Cinta, Flop Poppy dan Jaclyn Victor akan bertanding untuk merebut tempat ke peringkat akhir berlawan dengan ikon dari Filipina dan Indonesia.

HANYA PADAMU
Dayang Nurfaizah

Jernih wajahmu
Menyinari dunia tika ini
Senyummu kasih
Bisa merantai hatiku ini

Tapi adakah nyata
Atau mainan cuma
Impianku
Ucapan cintamu

Akan kutulis memori kasih
Biar terluah rasa hati ini
Biar ku seri mahligai kita
Bawalah daku bersama

Nafas terhenti
Saat kau menyata harapanmu
Sinar rembulan
Gugur ke ribaku saat itu

Tapi adakah nyata
Atau mainan cuma
Impianku
Ucapan cintamu

Akan kutulis memori kasih
Biar terluah rasa hati ini
Biar ku seri mahligai kita
Bawalah daku bersama

Misteri cinta kini terbuka
Terungkai jua rahsia di jiwa
Kini manisnya… (rindu berdua)
Hanya satu cinta padamu

Lagu: Baby Rani
Lirik: Juan Danza

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kata Aluan Dari Sharad Sharan Pengarah Filem DIVA

Pelakon Ako Mustapha Mengaku Tangkap Khalwat, Ini Alasan Sebenar