in , ,

Lirik Altimet feat. Imran Ajmain – Maafkan Kami

Lirik Altimet feat. Imran Ajmain – Maafkan Kami

Sebuah lagu yang mengadaptasi irama Maafkan Kami yang pernah dilagukan oleh Allahyarham P. Ramlee. Cuma lirik lagu ini ditukar untuk mencipta satu kelainan. Begitu juga dengan bahagian part untuk rapping oleh penyanyi hip hop solo terkenal iaitu Altimet, ditambah untuk menambah perisa dan diharap lagu ini boleh dijual di pasaran. Syabas untuk Imran Ajmain dan Altimet. Maafkan Kami sebenarnya adalah luahan hati mereka kepada peminat dan semua pendengar.

[Altimet]
Hello
Cuba teka siapa kembali
Mmm di main sample lagi
Macam lagu dulu pukul 6 pagi
Mereka yang mereka terus sakit hati
Bisik bisik bisik bikin kontroversi
Bukan lagu dia seakan seperti
Lagi si fulan yang itu ini
Tapi dilajukan key lebih tinggi
Jadi mereka menuding jari
Kamu tak kreatif sang pencuri
Tak kamu kurang memahami
Dalam muzik kami inilah naluri

[Imran Ajmain]
Wahai cik abang janganlah meradang
Kami di sini hanya berdendang

[Korus]
Maafkan kami (x8)
Maafkan kami..

[Imran Ajmain]
Wahai cik abang
Bawalah bertenang
Cerita kami bukan temberang

Jadi kami susun sepuluh jari tapi
Tak berani janji takkan sample lagi
Kami makan dulang mari jemput mari
Tua muda bismillah kongsi royalti
Bukan pencuri kami anak seni
Dari bawah tanah diam berisi
Tak perlu tongkat boleh berdiri
Kalau tak sudi kami jalan sendiri
Mari mari kita sama berniaga
Kamu kami kita saya berkarya
Masing-masing tepuk dada tanya selera
Kami tak kisah asal selesa

[Korus]
Maafkan kami (x8)
Maafkan kami..

[Imran Ajmain]
Nandung nandung dayang senandung
Wahai saudari maafkan kami..

Maafkan kami (x 19)

Altimet dan Imran Ajmain juga turut hadir di Party Ulangtahun Budiey.com ke-4 yang diadakan pada 8 Januari 2011 lalu.

Imran & altimet

Imran Ajmain yang makin berisi. Senang hati…

Imran & altimet

Altimet turut menghiburkan pembaca dengan lagu Syukur dan berduet dengan dua orang pembaca bertuah untuk lagu Kalau Berpacaran.

Terima kasih kepada Imran Ajmain dan Altimet kerana sudi hadir.

Kepada pembaca, jangan lupa tonton HIP TV di TV9 malam ini jam 9.30 malam kerana Hip TV akan memaparkan sekitar Party Budiey.com ke-4. Jangan lupa tonton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama KLIK Astro Ceria Lakonan Aeril Zafrel & Zoey Rahman

Gambar Nasha Aziz di Green Cheongsam The Weld