in ,

Gambar Linda Onn Pakai Baju Jubah dari Mekah

Penyampai Suria FM paling slim selain Myra ialah Linda Onn. Semalam, Linda Onn hadir di rakaman Melodi Raya 2010 dengan memakai jubah merah ala kaftan yang dibelinya di Mekah.

Selain sibuk dengan dunia penyampai di SuriaFM dan bisnes Nasi Ayam & Asam Pedasnya, Linda Onn juga telah menyibukkan dirinya dengan rakaman HIP TV edisi Raya dan drama arahan Mawi iaitu Pak Nil Mak Kirim Salam.

Walaupun cuma scene untuk Linda dalam drama taklah banyak tapi beliau rasa sangat puas dan seronok. Wataknya adalah ustazah yang kena ragut. Selain drama ini, Linda juga terlibat dengan drama muzikal raya arahan Azwan Ali bertajuk Cinta Lemang & Raya. Linda memegang watak sebagai Cikgu Suci. Nak tonton, kenalah tunggu 10 September 2010 ini jam 10.30 pagi di TV2.

Linda Onn adalah penyampai Suria FM yang dikatakan menerima bayaran yang tinggi berbanding dengan penyampai Suria FM yang lain. Bercakap pasal bayaran ni, hari ini Budiey ada terbaca dalam Harian Metro tentang gossip ini…

Soseh Soseh: DJ lebih gaji pekerja gigit jari

TAK dinafikan, persaingan dunia penyiaran begitu hebat. Jadi SS tengok semua stesen radio berlumba-lumba bersaing bagi memenangi hati peminat. Maklumlah, apabila pendengar semakin bertambah, pengiklan akan tertarik mengiklan barangan di stesen pilihan peminat.

SS akui hasil dari sumber iklan memang lumayan buat stesen radio dan TV. Tak hairanlah apabila pihak atasan radio berhempas pulas memerah otak untuk menghasilkan program menarik bagi memenangi hati peminat. SS tengok kalau dulu stesen radio A menduduki tangga teratas, tahun berikutnya pula stesen radio B ambil alih takhta kerana kerja keras bosnya.

Bercakap pasal perkara ini, SS nak sentuh mengenai stesen radio yang dulunya boleh diibaratkan ada macam tiada kerana kurang dipedulikan pendengar. Namun, SS tak nafikan mereka ada pendengar sendiri yang tertarik dengan segmen tertentu yang diperkenalkan. Dapatlah juga mereka bernafas.

Setelah beberapa tahun begitu, rombakan pengurusan pun dibuat. SS tengok stesen radio itu semakin memberi saingan kepada stesen lain. Bagaimanapun ia masih tak cukup kerana jumlah pendengarnya tak banyak meningkat dan kedudukannya juga masih di tangga terbawah di antara radio berbahasa Melayu.

Bagaimanapun, baru-baru ini stesen tersebut mengalami perubahan pengurusan lagi dan dikendalikan individu yang memang mempunyai pengalaman luas dalam stesen radio.

Kehebatan individu itu dibuktikan apabila berjaya membawa masuk dua penyampai popular yang sudah mempunyai pengikut sendiri. Tambah pula kedua-duanya kontroversi, lagilah meletup stesen itu.

Strategi ini berjaya membawa nafas baru buat stesen ini yang semakin menjadi sebutan dan pilihan pendengar. Kemasukan dua nama hebat ini ternyata menaikkan lagi rating pendengar stesen radio terbabit. SS ucapkan tahniah di atas kejayaan pihak pengurusan dan semua kakitangan stesen ini yang bekerja keras demi menaikkan nama mereka.

Namun di sebalik semua ini, SS terdengar pula cerita balik tabir yang tak sedap bunyinya. Dari satu sumber, SS diberitahu demi mendapatkan dua nama hebat ini pihak pengurusan mengambil tindakan drastik mengurangkan gaji pekerja dan penyampai lain serta mengehadkan kewangan syarikat. Maklumlah, bayaran ditawarkan kepada dua penyampai ini agak tinggi juga.

SS tak pasti kebenaran cerita ini kerana hanya keluar dari pihak ketiga. Mohon maaf jika apa yang disampaikan hanya rekaan. Tapi seorang rakan beritahu SS, bos stesen itu pernah mengaku kedua-dua mereka sebagai anak emas. Bagaimanapun, tugas mereka bukan saja sebagai penyampai tapi dalam masa sama turut menurunkan ilmu kepada penyampai baru.

Ini gambar LO yang Budiey sempat ambil…

Rakaman Melodi Raya 2010

Rakaman Melodi Raya 2010

Rakaman Melodi Raya 2010

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Filem Senario Asam Garam

Gambar Megat Evan Raez Anak Intan Sarafina