in

Life Centre Kini Berwajah Baru

Live it Up @ the New LIFE CENTRE!
Life Centre kini berwajah baharu dengan restoran yang unik dan hiburan yang menarik

[dropcap]L[/dropcap]okasi trendy Kuala Lumpur kini diberikan nafas baru. Memperkenalkan wajah terkini LIFE CENTRE, hab F&B dan hiburan yang menawarkan hidangan gastronomi yang unik dan acara-acara yang menarik di tengah-tengah ibu kota.

Selepas kerja pengubahsuaian dan pembaharuan yang menyeluruh, LIFE CENTRE kini muncul sebagai lokasi yang menarik di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur untuk pengunjung tidak kira usia untuk bersantai dan menikmati suasana yang tenang di tengah-tengah ibu kota. Pelbagai pengalaman baharu menanti pengunjung di setiap sudut bangunan setinggi tujuh tingkat ini yang menempatkan antaranya restoran mewah yang ternama, kafe yang unik, bilik pameran kereta berjenama mewah, kedai serbaneka serta dewan hiburan canggih yang menjadi lokasi untuk persembahan para bintang tempatan dan antarabangsa.

Menurut James Ng, Pengarah LIFE CENTRE ketika berucap di majlis pembukaan LIFE CENTRE:

“Dengan pilihan restoran dan kafe serta hiburan yang ada, kami di LIFE CENTRE dapat mengekalkan kedudukannya sebagai hab F&B dan hiburan untuk semua pengunjung-pengunjung yang pelbagai di sekitar KL.”

Salah sebuah outlet F&B di sini, Serai Asian & Western Cuisine, pengunjung boleh menikmati hidangan asli dan bermutu yang menggabungkan cita rasa timur dan barat.

Doraku Sushi & Latin Cuisine pula menawarkan makanan Jepun yang diolah dengan hidangan Amerika Latin dan Pan Asia. Bagi mereka yang gemar dengan makanan asli Jepun tentunya berpuas hati dengan hidangan yang ditawarkan di Kingyo Japanese Cuisine.

[pullquote align=”right”]Bintang pop antarabangsa Mizz Nina juga sudah tidak sabar menantikan persembahan konsert yang bakal diadakan di KL Live.[/pullquote]

Amadeus Bistro & Wine Bar menggabungkan irama muzik yang merdu dengan hidangan Eropah yang lazat, manakala Dirty Nelly’s English Pub pula menawarkan kombinasi hidangan masakan ala Inggeris.

Bagi mereka yang inginkan sajian mewah China seperti dim sum premium, abalone dan makanan laut, segala pilihan boleh didapati di Ah Yat Abalone Seafood, manakala Vespa Pizza tentu akan memuaskan hati pengunjung yang gemar dengan hidangan istimewa dari Itali.

Peminat kereta dan yang memerlukan vroom dalam kehidupan mereka akan teruja bahawa terdapat sebuah pusat pameran kereta berjenama LEXUS. Demi kemudahan pelanggan, terdapat juga sebuah kedai serbaneka 24 jam bernama 7-11.

Akhir sekali, jangan lupa untuk mengunjungi dr.Cafe® Coffee untuk menikmati secawan kopi yang enak sebelum pulang.

“Tidak kira sama ada anda seorang penggemar kopi, peminat hidangan Barat atau gemar menikmati makanan Timur, segala-galanya menanti anda di sini ,” jelas James.

Noh Hujan, penyanyi kumpulan popular, Hujan, yang hadir di majlis pelancaran, turut gembira dengan pelbagai pilihan lazat yang didapati di bawah satu bumbung.

“Semua restoran di sini mempunyai suasana yang hebat dan terdapat banyak pilihan makanan untuk memenuhi selera semua pengunjung. Tempat ini memang sesuai untuk saya dan rakan-rakan bersantai. Kami boleh pergi minum selepas makan atau meneruskan perbualan kami sambil menikmati secawan kopi tanpa perlu memandu ke tempat lain,” menurut Noh lagi.

Satu lagi daya tarikan LIFE CENTRE ialah KL Live, sebuah dewan tertutup yang terkenal sebagai hos kepada konsert secara langsung yang hebat, parti DJ, pertandingan tarian serta acara korporat di Kuala Lumpur. Antara nama artis-artis muzik tempatan dan antarabangsa yang terkenal seperti Simple Plan, Train, Stereophonics, Christina Perri, Greyson Chance, Ning Baizura, Bosco Wong, Sherman Chung dan Jay Park pernah membuat persembahan mereka di dewan ini yang mengandungi dua aras, sebuah pentas (termasuk ruang belakang pentas dengan bilik persiapan) dan dua buah bar yang berlesen.

Bintang pop antarabangsa Mizz Nina juga sudah tidak sabar menantikan persembahan konsert yang bakal diadakan di KL Live.

“Saya suka menghadiri konsert dan parti DJ; interaksi antara penghibur dan penonton menjadikan suasana sangat menarik! Saya teruja dengan apa yang bakal ditawarkan oleh KL Live untuk para peminat dunia hiburan di Kuala Lumpur,” kata Mizz Nina.

23 tahun dahulu tapak hiburan ini hanyalah deretan rumah teres biasa. Pada tahun 1988, pelopor rekod muzik En. Ng Lian Chin telah mula membina LIFE CENTRE di kawasan yang utama ini. Dua tahun kemudian iaitu pada 1990, pembinaan selesai dan LIFE CENTRE memulakan operasinya.

“Sebagai seorang usahawan yang tidak seperti yang lain, Encik Ng tidak berminat untuk memaksimumkan pulangan daripada sebidang tanah yang begitu mahal di tengah-tengah ibu kota. Sebaliknya mahu melihat kewujudan sebuah pusat hiburan dan F&B yang memenuhi keperluan gaya hidup anak-anak muda serta para eksekutif yang bergaya di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur.

“Sebagai peminat muzik, Encik Ng juga mahu menjadikan LIFE CENTRE sebagai sebuah platform persembahan untuk artis-artis di bawah label Life Records, iaitu label yang diasaskan olehnya. Ini menjadikan dewan konsert – Life Entertainment Hall – sebagai ciri utama pusat ini yang dilengkapi dengan segala peralatan untuk mengacarakan persembahan para artis antarabangsa dan tempatan pada ketika itu,” jelas James.

Kunjungilah lokasi terkini untuk berhibur! Datanglah ke LIFE CENTRE hari ini untuk menikmati segala keseronokan yang ditawarkan di Kuala Lumpur di bawah satu bumbung.

KL Live Centre

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Airasia X Launches X-Citing Fares For PRU13

Pendaftaran Larian Amal Feel Good Run 2013