Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Lidyawati Tuntut Cerai Oleh Suami Datuk Azhar Mohd Zar



“Kalau dia nak cerai, cerailah. Saya pun tak kisah kerana apa tujuannya kami hidup bersama kalau tak ada sefahaman langsung. Dia pun tak jalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik. Terlalu banyak yang dia dah buat pada saya dan saya pun dah tak tahan nak hidup dengannya lagi,” kata aktres popular era 90-an, Salina Zaimon atau Lidyawati berhubung tuntutan permohonan cerai oleh suaminya, Datuk Azhar Mohd Zar yang diperdengarkan di Mahkamah Syariah Kuala Langat, Selangor, semalam.

Pada 16 Februari lalu, Lidyawati dan suaminya yang merupakan ahli perniagaan pernah menjalani proses kaunseling di Pejabat Agama Daerah Kelang untuk menyelamatkan rumah tangga mereka. Dalam sesi kaunseling itu Lidyawati telah meletakkan beberapa syarat kepada suaminya.

Antaranya jika dalam tempoh tiga bulan suaminya tidak berubah, mereka akan bercerai secara taklik. Namun belum sempat tempoh itu berakhir, suaminya pula telah membuat tuntutan cerai.

“Saya tidak terkejut dengan tindakannya itu (cerai), tetapi Pegawai di Pejabat Agama Kelang pula yang terkejut kerana kami masih ada satu lagi sesi kaunseling pada pertengahan April ini. Setahu saya surat tuntutan cerai itu telah dibuat sejak 18 Mac lalu, tapi entah kenapa dia sengaja melewatkan pemberian surat itu kerana 27 Mac baru saya terima. Apa pun tujuannya saya dah bersedia.

“Terus-terang, lepas proses kaunseling tu dia langsung tak berubah. Masih dengan perangai lamanya. Bukan sahaja masih menuduh dan memfitnah saya yang bukan-bukan, tapi dia juga dah keterlaluan kerana sanggup mengambil semula mas kahwin yang dia berikan pada saya dulu. Malah dia juga menuntut saya bayar semua duit dan segala perbelanjaan yang dia pernah berikan sebelum ini. Walaupun lima sen pun dia nak.

“Apa namanya suami kalau dah macam tu? Kalau dia lelaki yang beragama, dia sepatutnya tahu, haram dia ambil semua tu, lebih-lebih lagi mas kahwin saya. Bukan itu sahaja, dah banyak kali dia lafaz cerai pada saya. Bila bergaduh dia kata, ‘awak dah bebas, terpulanglah awak nak buat apa, nak pergi mana’ dan halau saya dari rumah. Dia tak sedar yang dia dah lafazkan cerai pada saya dan saya sendiri pun dah lama was-was adakah saya masih isterinya lagi. Jadi kalau dia nak ceraikan saya lepas ni pun, saya terima,” luah Lidyawati yang dihubungi Sinar Harian kelmarin.

Menurut Lidyawati lagi, suaminya itu bukan sahaja terlalu cemburu dengan menuduhnya menjalinkan hubungan dengan lelaki lain, tetapi juga melemparkan pelbagai tohmahan yang ada kalanya tidak masuk akal. Lebih menyedihkan, bila suaminya menuduh dia mengamalkan ilmu hitam.

“Saya tak pernah tuntut cerai. Saya sudah cuba yang terbaik untuk mempertahankan rumah tangga kami tapi kalau dah tak ada jodoh saya terima. Sekarang pun saya dah kembali berlakon untuk menyara diri, anak-anak dan orang tua saya,” kata Lidyawati yang tidak menyesal walaupun perkahwinannya dengan Datuk Azhar itu tidak sampai setahun. [sumber]

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Kes Tuntut Cerai Isteri, Seri Bayu Tak Setuju
  • Ida Nerina & Sha’arin Masih Suami Isteri Sah
  • Kes Cerai Anne Ngasri
  • Aleeza Kasim Dan Datuk Mohd Fauzi Sah Bercerai
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza Bertemu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
  • Profile Azharudin Bin Ramli AZHAR Calon Pelajar AF 6
  • KISAH PENYANYI POPULAR YANG DAH JADI BINI MUDA
  • Gambar Anak Isteri Azhar Sulaiman
  • Keputusan Pemenang Peraduan Jom Menonton Filem Eden Lake
  • Kad Raya MMS Dari Pembaca Budiey.com



  • 11 Komen untuk entri “Lidyawati Tuntut Cerai Oleh Suami Datuk Azhar Mohd Zar”

    1. Dr who kata:

      ..another one bites the dust….who’s next?!!

    2. june kata:

      erkkk…nk ceraii plak da….

    3. Lisa kata:

      dengar cerita suaminya muda lagi kan dari Lidyawati….
      so perangai pun macam budak2 lagi…..

    4. Ntahla.... kata:

      ..Biasela artis…cerite2 cerai ni da x jd heran da…

    5. suria kata:

      aku rasa lydiawati ni isteri ketiga kan? ligat betul datuk muda ni… x serik2..

    6. Kak Teh kata:

      ala, kalau dah perangai ghupa itu… cerai jelah…

    7. reeta kata:

      dunia sekarang ni, banyak kita tengok orang tak betul. samada lelaki maupun perempuan. sebetulnya, mereka yang dah ada kerjaya dan hidup yang stabil ni, tak payah sibuk or taksub sangat dengan life orang yang bergelar Datuk or sapa2 yang mereka rasa-rasa kaya ni. Banyak yang tak betul daripada betul. elok2 jadi pelakon, stabil and ada steady income, kawin dgn Datuk tak betul. Tambah lagi satu masalah. Banyak lagi lelaki yang betul2 ada duit, betul2 nak kawin, betul2 nak hidup berumahtangga,lelaki mcm ni yang ptt dikejar.bukan yang mengada-ngada mcm tu. diri sendiri juga yang susah

    8. Azura Yusoff kata:

      Bila berlakunya perceraian mesti berlakunya salah menyalah diantara satu dgn lain . Semua telah ditentukan olehNYA .Saya harap Lidya kuat untuk menempuh semua ini .

    9. Dzar kata:

      taati lah Allah dan Rasulullah, nescaya hidup kamu bahagia dan gembira=)
      masuk islam lah secara kesuluruhannya, nescaya kamu merasa kejaiabannya di hatinya+)

    10. sara kata:

      sedih mdgr kisah lydiawati,hampir sama dalam hidup sy…..bezanya sy selalu dpt suami bujang tiada anak,entahlah…x fhm dgn lelaki zaman skrg..hrp lydia tabah…ala lydia kan masih cantik lg..ramai yg menunggu…artis2 duda pun ramai…he.he…he….

    11. mata kucing kata:

      semua komen diatas adalah tidak benar.. yang sebenarnya dapatkan kisah sebenar dari tuan punya badan (dari kedua belah pihak)..itu yang betulnya… kalau nak tahu cerita sebenar, sila hubungi saya…
      setiap kenyataan berharga rm2.50..per statement ..yg pastinya jgn lah kita menyibuk dgn hal rumah tangga orang lain…. apalah korang nih…

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK