in

LG Lancar TV 3D Full LED Slim INFINIA

Satu Perspektif Baru dalam Hiburan Rumah

LG membawakan anda teknologi gambar terbaik menerusi TV 3D Full LED Slim INFINIA

Semalam, jam 11 pagi, Budiey sempat untuk melihat pelancaran produk TV terbaru dari LG iaitu TV 3D Full LED Slim INFINIA yang diadakan di Main Ballroom, One World Hotel, Bandar Utama. Pelancaran ini dihoskan oleh selebriti terkenal, Eline Daly.

LG Electronics (LG), peneraju global dan pencipta teknologi dalam pasaran paparan panel rata dan peralatan audio-video, hari ini melancarkan rangkaian INFINIA yang mengetengahkan satu-satunya TV 3D Full LED Slim di negara ini, LG LX9500.

Menerusi teknologi LED sebagai barisan hadapan teknologi paparan, LG LX9500 kini satu-satunya TV 3D di pasaran yang memiliki ciri Full LED Slim, yang menjanjikan pengguna dengan teknologi gambar dan pengalaman menonton yang terbaik.

LX9500 menggunakan struktur cahaya belakang yang inovatif bagi memberikan paparan gambar mengagumkan untuk pengalaman sebenar 3D. Diterangi oleh panel-panel LED betul-betul di belakang skrin (model 55-inci menyediakan 1,200 LED), paparan Full LED memberikan imej mengagumkan dari segi kecerahan dan kejelasan untuk kualiti gambar yang tiada tandingan.

Dilengkapi dengan nisbah kontras dinamik 10,000,000:1 dan TruMotion 400Hz, paparan gambar LX9500 yang memukau itu membawa penonton berada di tengah-tengah aksi.

“Teknologi Full LED Slim LG yang unik mengukuhkan kedudukan LG sebagai peneraju global dalam rangkaian hiburan rumah 3D,” kata Encik Jeff Cheh, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif LG Electronics (M) Sdn Bhd pada majlis pelancaran berkenaan.

“Sebagai tambahan kepada pembuatan rangkaian penuh TV 3D, kami turut mengadakan persepakatan dengan penyedia isi kandungan dan peralatan untuk menetapkan penanda aras yang lebih tinggi dalam industri TV 3D global.”

LG komited untuk memperolehi kedudukan dominan dalam segmen yang pantas berkembang ini secara global dan untuk mencapainya, ia merancang untuk menawarkan barisan produk yang pelbagai dari segi saiz skrin, daripada 42 inci sehingga 150 inci yang menggunakan kedua-dua kaca jenis pecahan dan pengatup; dan melancarkan keluarga produk 3D termasuk TV LCD LED, TV Plasma, pemain cakera Blu-ray dan projektor 3D Full HD yang pertama di dunia.

Dengan segala kelebihan Full LED, bahagian luaran LX9500 yang inovatif juga bersedia untuk mencipta pengalaman 3D yang sebenar.

Menerusi reka bentuk INFINIA yang nipis dan licin, LX9500 tidak hanya menarik perhatian dengan badannya yang nipis, 22.3mm malah menyediakan bezel 16mm yang sangat sempit yang membolehkan imej 3D lebih penuh dan meluas yang membawa penghayatan mendalam penonton.

Elaine Daly sebagai pengacara

Dalam satu lagi penemuan untuk industri, LX9500 menyokong Format Paparan Pelbagai, iaitu standard gambar 3D yang membolehkan pengguna untuk mencipta dan menikmati kandungan 3D dengan mudah.

Menerusi LX9500, ini bermakna penonton boleh menyaksikan gambar yang diambil oleh kamera 3D serta-merta tanpa perlu mengubahkannya terlebih dulu pada komputer mereka.

LX9500 menggunakan kaca pengatup (model: AG-S100) yang menambah kedalaman dengan secara alternatifnya menghalang satu kanta pada satu masa yang selaras dengan kadar terkini skrin.

Kaca berkenaan mampu digunakan untuk tempoh yang panjang dan dicas semula menerusi USB sehingga 40 jam tanpa sebarang gangguan tontonan.

Spesifikasi LG LX9500:
– TV 3D (Jenis kaca Pengatup)
– Full LED Slim dengan Kawalan Titik (Local Dimming)
– Reka bentuk INFINIA: Kedalaman Ultra Nipis, Bezel Sempit, Uni-layer, Uni-color
– Full HD 1080p
– 10,000,000:1 Ratio Kontras Dinamik
– TruMotion 400Hz (480Hz)
– Picture Wizard II
– Gred Kristal dengan Cahaya Pelbagai (Facet)
– Pembesar suara tidak ketara (10W + 10W + 5W)
– Suara tepat
– Bunyi Jelas II
– NetCastTM ( Broadband TV )
– Hubungan AV Tanpa Wayar
– DLNA tersedia (dengan pilihan DLNA Dongle)
– USB 2.0 (HD DivX, MP3, JPEG play, MPO)
– HDMI 1.4
– Pengimbas pintar
– Tambahan Penjimatan Tenaga Pintar

LG LX9500 boleh didapati dalam saiz skrin 47″ dan 55″, hadir dengan 2 unit kaca 3D dan dijual setiap satu pada harga RM18,999 dan RM23,999.

Di bawah rangkaian televisyen LG INFINIA, pengguna juga membuat pilihan untuk TV Full LED Slim LG, TV Full HD LCD LG atau TV Plasma Full HD LG.

Rangkaian premium juga termasuk produk hiburan rumah terbaik seperti Sistem Teater Rumah Blu Ray LG dan Pemain Caker 3D Blu Ray LG untuk melengkapkan pengalaman menonton anda.

• TV LG Full LED Slim (LG LE8500)

• TV LG Full HD LCD (LG LD650)

• TV Plasma LG Full HD (LG PK950)

• Sistem Teater Rumah Blu Ray LG (HB965TZ)

• Pemain Cakera 3D Blu Ray LG (BX580)

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian televisyen dan produk hiburan rumah LG, kunjungi pengedar sah berhampiran atau layari www.lg.com/my

¯

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Camelia Sudah Kahwin?

Movie Day Out Sensasi Selebriti – Filem A Nightmare on Elm Street