in

LELAKI HARAPAN DUNIA Ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Fajr

Filem Malaysia “LELAKI HARAPAN DUNIA” ditayangkan di pawagam di Perancis dan akan bertanding di Festival Filem Antarabangsa Fajr ke-33 di Tehran, Iran.

Lelaki Harapan Dunia (atau tajuk Inggerisnya “Men Who Save The World”), yang diarahkan oleh Liew Seng Tat telah terpilih untuk program „cinema on demand‟ yang diuruskan oleh I LIKE CINEMA di Perancis. Tayangan pertama dijadualkan pada hari ini.

Ia juga akan bertanding di Festival Filem Antarabangsa Fajr yang ke-33 di Tehran, Iran dalam kategori „East Panorama‟ (25 April-2 Mei 2015).

Liew telah mengembangkan filem Lelaki Harapan Dunia semasa di program Cannes Director’s Residence – Cinefondation lagi dan turut mengambil bahagian di Sundance Screenwriters Lab 2011. Filem ini telah menerima sokongan dana antarabangsa dari 7 buah negara dan merupakan sebuah penerbitan bersama Malaysia dengan Belanda, Jerman dan Perancis.

Lelaki Harapan Dunia telah ditayangkan di pawagam di Malaysia pada November lalu. Sejak tayangan perdana dunia di Festival Filem Antarabangsa Locarno pada Ogos 2014, ia telah terpilih dan ditayangkan di beberapa festival filem antarabangsa di seluruh dunia termasuk festival berprestij Toronto, Busan, Rotterdam, Gothenburg, Hong Kong dan banyak lagi.

Ikuti berita-berita terkini tentang filem ini dengan melanggani laman Facebook:

www.facebook.com/lelakiharapandunia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lawak Harith Iskander di Minggu Setiausaha Anchor WEIL Hotel

Harga OnePlus Lebih Murah Dengan Pelan MaxisONE