in

Legenda Muzik Indonesia Idris Sardi Meninggal Dunia

JAKARTA 28 April – Legenda muzik Indonesia, Idris Sardi meninggal dunia di Hospital Meilia, Cibubur di sini pada pukul 7.25 pagi ini. Allahyarham Idris yang juga seorang penggesek biola tersohor menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun selepas menderita penyakit paru-paru.

Idris Sardi

Idris yang dilahirkan pada 7 jun 1938 mula mengenali biola pada usia enam tahun dan pada usia 10 tahun pula, seniman itu mengadakan persembahan solo pertama di Yogyakarta sehingga mendapat perhatian ramai.

Ketika bapanya, M. Sardi meninggal dunia pada 1953, Idris yang berusia 16 tahun terpaksa menggantikan bapanya sebagai pemain biola pertama bersama Orkestra RRI Studio Jakarta pimpinan Saiful Bahri.

Idris merupakan bapa kepada pelakon filem terkenal Indonesia masa kini, Lukman Sardi. Jenazah beliau akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Menteng Pulo, Jakarta Pusat di sini petang ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kamelia Syermain Perkenal Lagu Baru KHABAR AKU

Sinopsis Drama Bersiri Anissa Dan Anissa