in

Lee Kwang Soo Running Man Tiba di KLIA Malam Ini

Ada juga pihak yang buat rumors acara Fan Meeting bersama Lee Kwang Soo pada Sabtu ini dibatalkan. Ish ish… mana diaorang ni dapat info ek? Pada hal, yang sebenarnya acara tu tidak batal! Lee Kwang Soo datang, itu yang pasti! Jadi, kepada sekalian peminat Lee Kwang Soo, anda dialu-alukan untuk menjadi antara orang terawal yang menyambut kedatangan beliau buat pertama kalinya, ke tanah air.

[pullquote align=”right”]Menerusi kiriman email daripada pihak penganjur, model, pelakon juga penghibur popular Korea Selatan ini dijangka tiba hari ini (3 Januari), di Lapangan Terbang KLIA dengan pesawat Korea Airlines (KE 671), pada jam 10.30 malam ini.[/pullquote]

Kwang Soo cukup popular menerusi rancangan realiti no.1 terbitan SBS, Running Man kerana gelagatnya yang lucu sekaligus membuat para penonton tidak kering gusi setiap kali muncul dalam program tersebut.

Selain itu, oleh kerana beliau mempunyai ketinggian yang mencecah 190cm, Kwang Soo juga terkenal dengan jolokan ‘zirafah’. Tak cukup dengan itu beliau juga dikenali sebagai seorang yang ‘suka mencari perhatian’ dan sering digelar ‘pengkhianat’ dalam Running Man.

Dek kerana personalitinya yang kelakar dan penuh karisma, Kwang Soo pernah menerima jolokan “Asia Prince” kerana popularitinya yang merentasi majoriti negara di Asia menerusi Running Man.

Penghibur berusia 28 tahun ini bakal mengadakan sesi bertemu peminat Malaysia pada 4 Januari, Sabtu (esok). ‘Temujanji’ tersebut akan diadakan di pusat membeli-belah KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur pada jam 7 malam.

Pada acara Lee Kwang Soo Fan Meeting in Malaysia anjuran JS Concert Productions dan Faith & D Entertainment serta King Kong Entertainment itu, peminat akan dihiburkan dengan beberapa lagu nyanyian oleh Kwang Soo sendiri. Disamping berpeluang beramah mesra dengan beliau serta menjalankan beberapa aktiviti menarik.

LEE KWANG SOO Fan Meeting In Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Stacy Akui Banyak Tanya Akim Pasal Agama Islam

Dazrin Jawab Gosip Tidak Berdisiplin & Tamak