in

Lee Hom Meriahkan Pesta Muzik Planet EUPE 2014

Eupe Corporation Berhad, salah satu pemaju hartanah utama Malaysia dan beroperasi di utara Malaysia, hari ini mengumumkan akan menganjurkan salah satu acara hiburan terbesar di rantau ini.

Pesta Muzik Planet Eupe yang akan berlangsung pada 1 Mac, 2014 akan mempersembahkan beberapa acara muzik terbaik dari seluruh Asia dan juga Malaysia. Maklumat serta perjalanan acara ini diumumkan pagi tadi pada satu majlis sidang akhbar yang diadakan di Hilton Hotel Kuala Lumpur.

Taman Air Carnivall Eupe, yang terletak di Cinta Sayang Resort di Sungai Petani, Kedah dipilih sebagai lokasi penganjuran acara itu. Pesta Muzik Planet Eupe akan menampilkan bintang Mandopop tersohor Wang Lee Hom, yang merupakan salah seorang artis Asia yang disegani dan popular.

Dato' Beh and Datin Michelle Gan with Local Chinese Singers Participate In Planet EUPE Music Fest

Turut membuat persembahan pada malam itu adalah penyanyi serta penulis lagu, Yuna, Kumpulan K-Pop popular dari Korea Selatan, U-KISS dan sensasi elektro-pop Taiwan, Jeannie Hsieh. Artis tempatan lain yang turut tersenarai adalah Orange Tan, Najwa Latif, Da.Mon.Ster , KahJun dan Mint G.

Pesta Muzik Planet Eupe juga akan menjadi lokasi pemilihan peserta dari Malaysia yang layak untuk menyertai Kejohanan Tarian Antarabangsa Hip Hop Malaysia 2014 yang bakal diadakan di Las Vegas, Amerika Syarikat. The WonderLand+ adalah syarikat pengurusan acara yang mengendalikan Pesta Muzik Planet Eupe.

Menurut Pengarah Urusan Eupe Corporation Berhad, Dato’ Beh Huck Lee, acara ini mempunyai potensi untuk mengubah muzik dan landskap budaya wilayah utara. Syarikat itu juga berminat untuk menjadikan Pesta Muzik Planet Eupe sebagai acara tahunan sekaligus sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan syarikat itu untuk menyokong dan melabur dalam komuniti tempatan di mana mereka beroperasi.

Eupe Corporation berhad Dato' Beh Huck Lee

“Eupe Corporation Berhad sangat teruja untuk menjadi tuan rumah acara ini. Apa yang kami mahu bukan saja sebagai membuka satu lembaran baru dalam sejarah buat syarikat iaitu kemasukan Eupe ke dalam pasaran hartanah Kuala Lumpur tahun depan tetapi juga memperkenalkan utara Malaysia kepada dunia, ” kata Dato’ Beh.

“Penganjuran acara festival muzik bertaraf dunia ini juga adalah satu cara kami menyatakan terima kasih kepada rakyat di utara Malaysia yang sudah lebih suku abad membantu dan terus menyokong kejayaan syarikat kami. Dengan sokongan yang diberikan situ wajarnya mereka diberikan ganjaran dengan acara hiburan berskala besar seperti ini.” katanya.

”Pesta Muzik Planet Eupe bukan sekadar platform untuk menonjolkan artis tempatan – ia juga menjadi satu bukti untuk disaksikan artis antarabangsa yang terbabit bahawa lokasi perbandaran seperti Sungai Petani juga mampu menjadi tuan rumah acara muzik utama untuk negara. “

Sejumlah 20,000 tiket untuk acara ini akan dijual mulai 18 Disember, 2013. Harga yang ditawarkan adalah seperti RM90 (berdiri), RM190 (berdiri), RM290 (tempat duduk bernombor) dan RM390 (tempat duduk bernombor). Promosi pembelian tiket awal bermula 18hb hingga 31hb Disember 2013. Dapatkan tiket anda sekarang untuk potongan harga sebanyak 15 peratus untuk semua harga. Tiket boleh dibeli di Cinta Sayang Resort serta melalui TicketCharge – ( www.ticketcharge.com.my ) dan kedai yang terpilih.

Maklumat lanjut mengenai acara ini boleh didapati menerusi laman sesawang www.ticketcharge.com.my atau hubungi TicketCharge di +603 9222 8811 atau Cinta Sayang Resort di+604-6459811 atau
layari www.PlanetEUPE.com dan www.facebook.com/PlanetEUPE

Artistes Participate In Planet EUPE Music Fest left from Da.Mon.Ster, Orange Tan & Kah Jun

poster

Mengenai Eupe Corporation Berhad
Eupe adalah salah satu syarikat pemaju hartanah perbandaran terbesar Malaysia dan terletak di bahagian utara tanahair. Sejak 1986, apabila ia ditubuhkan untuk memajukan perbandaran secara besar-besaran di negeri Kedah, ia telah membina lebih daripada 20,000 rumah. Kebelakangan ini, syarikat itu telah mempertingkatkan lagi tahap inovasi pembangunan kediaman mereka di Sungai Petani dan Pulau Pinang iaitu dengan memberi tumpuan kepada inovatif, reka bentuk berasaskan komuniti dan integriti alam sekitar. Mulai tahun depan, Eupe akan meluaskan fokus komersial mereka di Kuala Lumpur iaitu mempertingkatkan kediaman utama di kawasan yang sudah dikenal pasti seperti Bangsar South dan Cheras. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.eupe.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zain Saidin & Rozita Che Wan Sah Bergelar Suami Isteri

Achey & Harun Salim Bachik Kembali Gamatkan Kintang Kintung