in

Lebih 900 Peniaga Dah Mendaftar di Mega Bazaar 2014

Tik tok tik tok, cepat betul masa berlalu kan? Tinggal 30 hari lagi je lagi Mega Bazaar 2014? Budiey pun rasa berdebar-debar jugak sebab Budiey pun antara yang akan buka gerai di Mega Bazaar 2014 ni. Jadi, kepada anda semua jangan lupa untuk datang membeli merchandise dan juga kek marie cheese dan macam-macam lagi jenis kek yang akan dijual di gerai Budiey.com nanti.

Budiey dengar ramai peniaga online yang ikut serta. Mmmm, happening gak. Havoc ke tak, korang bayangkan hanya tinggal 100 booth saja lagi? OMG!

[pullquote]Pejam celik, pejam celik dah tinggal sebulan saja lagi untuk kita sama-sama memeriahkan bazaar terbesar di Malaysia, Mega Bazaar 2014 anjuran syarikat Eh Eh Bazaar Sdn Bhd.[/pullquote]

Siapa sangka, sudah lebih 900 orang mendaftar sebagai vendor pada 21 dan 22 Jun ini bertempat di MAEPS Serdang. Awalnya macam tidak percaya, tapi itulah hakikatnya apabila kesemua peniaga online berebut-rebut mendapatkan ruang niaga di Mega Bazaar 2014 ini.

Menurut Pengarah Urusan Eh Eh Bazaar Sdn Bhd, Puan Iffah Zaimi, pihak penganjur sendiri tidak percaya dengan sambutan yang diterima.

“Tinggal lagi 100 saja gerai yang masih kosong dan belum ditempah lagi. Dalam masa seminggu selepas Sidang Media Mega Bazaar 2014, lebih 500 booth kami sudah ditempah. Ini kerana harga yang kami tawarkan begitu berbaloi untuk dua hari berniaga.”

Menariknya, Mega Bazaar 2014 berbeza daripada kebanyakan bazaar lain kerana ia adalah paling besar dan bakal direkodkan dalam sejarah penganjurannya sendiri.

Malah lebih 50 selebriti terkenal seperti Neelofa, Hanez Suraya, Yana Samsudin, Adira, Afdlin Shauki, Amer Forteen dan ramai lagi akan turut memeriahkan Mega Bazaar 2014 ini dengan membuka gerai masing-masing.

Kenapa tunggu lagi? Kepada anda yang begitu aktif berniaga secara online di laman sosial Instagram dan Facebook umapamanya, ini adalah peluang keemasan untuk kita berniaga secara offline.

Jangan tunggu lagi. Dapatkan gerai anda sekarang dengan menghubungi +60 12 292 0131. Jumpa anda di sana!

Mega Bazaar 2014

Mega Bazaar 2014

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hafiz Suip & Adira Buat Persembahan di Konsert Kilauan Emas

Izreen Azminda Akui Sudah Bercerai Dengan Muhammad Riza